Khasiat Herba Tradisional


Assalamualaikum ...

Khasiat Herba Tradisional  | Orang tua kita / orang zaman dulu - dulu hanya gunakan bahan yang ada disekeliling mereka untuk menjadikan mereka sihat dan awet muda . Mungkin ada antara anda yang nak tahu khasiat dan kegunaan bahan - bahan tersebut .



Khasiat Herba Tradisional





Herba Tradisional 



Terdapat banyak jenis herba tradisional di Malaysia . Kalau nak disenaraikan , ada saja nama yang kita tak pernah jumpa . Herba tradisional yang paling asas adah yang kita boleh jumpa di dapur kita .


Khasiat Herba Tradisional 


Terdapat pelbagai jenis khasiat di dalam herba tradisional kita . Khasiat herba tradisional didapati dapat menyembuhkan pelbagai penyakit secara semulajadi . Berikut adalah antaranya .


Khasiat Herba Tradisional

MANJAKANI



Kaya dengan tanin , vitamin A , dan C , kalsium iron , tannic dan asid gallic , fiber , protein dan karbohidrat . Ia adalah astringen yang unik yang bertindak untuk membaik pulih kesihatan , mengembalikan keanjalan , keremajaan , dan mengetatkan dinding vagina . Ia juga bertindak sebagai antiseptik untuk menyembuhkan luka dan kudis .



Dalam perubatan , ia berguna :
  • Awet Muda
  • Pencegahan kencing manis
  • Mengawal lendir dan lelehen faraj
  • Mengecutkan semula tisu - tisu selepas bersalin
  • Mata yang sihat
  • Mengekalkan kebersihan mulut
  • Mengawal kulit kering dan berminyak

Khasiat Herba Tradisional

SIRIH


Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan , lemah badan , serak kerongkong , mulut berbau dan lain - lain masalah mulut , hidung dan lapisan dinding perut . Sirih yang di adun dengan ramuan lain juga akan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan .

Khasiat Herba Tradisional

KACIP FATIMAH


Terbukti boleh merawat buasir, penyakit dalam tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj .

Khasiat Herba Tradisional


AKAR SERAPAT



Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama herba - herba lain ( kacip fatimah dll )  , sangat berkesan untuk membina rahim , mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan .

Khasiat Herba Tradisional

KURMA


Kaya dengan protein , serat , vitamin A dan C , zat mineral atau galian seperti besi , kalsium , sodium dan potassium , membantu menyerap tenaga dengan segera , mencegah bengkak usus , memperbaiki sistem saraf , tekanan , menguatkan ingatan , meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual .

ASAM JAWA


Kandungan " Flavanoid " di dalamnya bersifat anti - radang dan membantu pengeluaran peluh Asam jawa juga membantu melangsingkan badan

Khasiat Herba Tradisional

SERAI


Kandungan  " CITRAL " di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan , melegakan kekejangan , ketegangan otot , sengal - sengal dan sakit kepala . Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan ( khususnya tapak kaki ) . Serai juga membantu menurunkan suhu badan ( sesuai apabila demam ) . Ia juga bersifat antiseptik . Kandungan tonik didalamnya akan merangsang sistem badan . Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat .

Khasiat Herba Tradisional

JARUM EMAS


Terbukti mamapu meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual .

Khasiat Herba Tradisional

MADU


Sangat baik untuk sakit sendi , otot rheumatic , arthritis dan anti radang . Ia juga melancarkan peredaran darah serta bertindak sebagai anti - oksida .










7 Sila komen:

  1. Banyak kebaikan herba2 tradisional ni berbanding ubatan moden skrg..

    ReplyDelete
  2. Jarum emas tu nama herba rupanya... baru tau, ingat jenama produk kesihatan ja.

    ReplyDelete
  3. sirih tu mmg kerap digunakan sbb hampir setiap rumah dulu ada tanam pokok sirih ;-)

    ReplyDelete
  4. Kalau ambik yg dah proses, harap2 khasiatnya masih dikekalkan

    ReplyDelete
  5. skrang nak makan semua2 ni ada gak yang senang nk dapat..
    tapi semua dah diproses..

    ReplyDelete
  6. Yg selalu okje makan, benda yg selalu masuk dlm masakan hihi..... kurma, madu pun jarang makan jugak...

    ReplyDelete
  7. temulawak tu herba x...hari tu minum di yogja..pahit!!! tp byk khasiat

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...