Home / HERBA
Showing posts with label HERBA. Show all posts
Showing posts with label HERBA. Show all posts
Semalu Merawat Pelbagai Penyakit
ASSALAMUALAIKUM ...
Semalu Merawat Pelbagai Penyakit | Pokok Semalu (Mimosa pudica L) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat kita untuk menyentuhnya kerana daun kupuannya kucup ke dalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit.
Tetapi anda perlu berhati-hati kerana batangnya yang berduri boleh melukakan kaki anda jika hanya memakai selipar .
Khasiat Pokok Pegaga
Pokok pegaga | Pegaga atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya cantella asiatica . Banyak khasiatnya malah kaya vitamin A dan C serta zat besi .
Glikosida triterpenoida yang juga disebut sebagai asiaticoside adalah merupakan anti-lepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa . Rasa pahit pegaga adalah terhasil dari zat vellarine .
Pokok pegaga berkhasiat bukan sekadar pada daun malah batang juga akarnya . Orang tua - tua zaman dulu merebus akar pegaga semata - mata untuk merawat kencing manis .
Daun Peria Laut / Pantai
Assalamualaikum ...
Pernah dengar daun peria laut
atau ada orang panggil daun peria pantai ?
Pokok peria laut / pantai ni senang hidupnya .
Pokok ni mudah membesar .
Kalau nak pokok ni keluar banyak cabang ,
kena lah rajin patahkan dahannya .
Vee ada tanam kat belakang umah .
Ambil dari kampung .
Rasa daun ni ada getir sikit .
Bila kunyah lama , lepas tu akan ada rasa manis .
Daun Peria Laut / Pantai
Dari segi perubatan
Daun peria laut / pantai ni digunakan sebagai ubat kumur untuk menyembuhkan ulser mulut. Selain itu, pokok ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu mengawal diabetes.
Daripada rujukan, daun pokok peria laut / pantai
dikatakan boleh digunakan sebagai sabun.
Daunnya menghasilkan buih apabila diramas dalam air.
Apa pun, Vee sendiri belum pernah mencubanya lagi .
Resepi / Jenis Masakan
Jenis masakan daun peria laut / pantai ni ,
selalunya Vee masak bening je .
Makan dengan ikan masin dan sambal totok ikan bilis .
Perghhh ... zombi lalu pun tak pandang .
... heh heh heh .
Satu hari tu suruh my anak buah masak sayur ni .
My anak buah masak goreng .
Owh ... lagi sedap rupanya .
Sebab rasa pahit getirnya tak berapa keluar .
My anak buah yang tak suka makan pun ,
semuanya makan selamba je sampai habis .
My kakak tanya :
" sedap ke sayur tu . "
" sedap mama . "
kata si abang dengan makan sambil angguk kepala .
Ada satu hari tu ,
tengok pucuk daun peria laut / pantai ni banyak benor .
Vee pun celur je kat air mendidih .
Pas tu makan lah dengan sambal sardin .
owhhh ... sedap juga .
Vee ratah je sayur celur tu .
Vee tak tau lah ada ke tak jual kat pasar .
Tapi khabarnya ada di pasar Putrajaya .
Kalau kat pasar borong , tak jumpa lagi .
Korang pernah makan tak ?
Manfaat Daun Tenggek Burung
Assalamualaikum ...
Pernah tak korang dengar dan nampak daun tenggek burung ? QV tahu ada antara korang memang tak penah jumpa dan nampak duan tenggek burung ni kan . Nak makan nasi berulamkan daun tenggek burung , jauh sekali . Tapi sekarang ni , dah senang nak jumpa kat kedai makan . Cuma korang kenal ke tidak dengan daun tenggrk burung tu je . Adakalanya ada dijual di pasar . Berani cuba ?
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)