Assalamualaikum ...
Kat belakang umah banyak pokok daun kaduk .
Bila makan , mesti ada ulam .
Malah hambo lebih suka makan sayur mentah daripada masak .
Analisis kimia beritahu daun kaduk ada
anti - oksida naringenin .
Makan daun kaduk ni dapat membantu penghadaman .
Daun kaduk ni macam daun sirih gayanya .
Rasa pun hampir sama .
Maka hambo pun makan dengan cara yang sama .
Kat pinggan itu ada nasi , ayam masak gulai ,
beberapa helai daun kaduk dan cili padi yang wajib !
Lagi sedap kalau ada hirisan bawang merah juga sambal belacan !
Ni cara hambo makan daun kaduk .
Stail macam makan sirih !
Ambil daun kaduk ,
masukkan nasi , ayam , dan cili padi .
Bungkus daun kaduk pastu trus masukkan ke dalam mulut lah .
Ni lah hidngan hambo untuk malam kelmarin .
Apa rasa ?
Kena cuba sendiri baru tahu .
Tekak orang tak sama .
Di Thailand ,
mereka masukkan hirisan cili padi , bawang merah ,
kelapa yang disangan ,
kacang tanah goreng dan cambal belacan juga perahan limau ke dalam daun kaduk .
Ada juga yang masukkan ikan bilis goreng .
Mereka jadikan kudap - kudapan .
Ada juga hotel di sana yang jadikannya sebagai starter .
Kalau cari kat google .
banyak variasi aka cara nak makan daun kaduk .
Bahan nya juga berbeza ikut citarasa masing - masing .
Banyak khasiat daun kaduk dalam mengubat penyakit .
Air rebusan daun , batang dan akar pokok kadukdapat melawaskan kencing , demam malaria , selsema ,
sakit pinggang , sengal tulang dan sembelit .
Minum bila air sudah suam .
Setiap malam sebelum tidur hingga anda rasa sudah sembuh !
Kisar daun kaduk hingga halusdan sapukan pada leher
dapat melegakan batuk .
Juga boleh sapu pada tempat yang ada panau .
Kunyah daun kadukuntuk melegakan sakit gigi .
Menurut kajian pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi USM ,
Prof Dr. Zhari Ismail ,
daun kadum mampu sekat lemak dalam badan .
BACA JUGA :
tak pernah makan daun kaduk sebagai ulam ataupun dengan apa cara saja pun... pahit tak rasanya?
ReplyDeletePahit tu laaa ubat...ubat spital yg telan tuu lg pahit
DeleteSaya tak makan sayur hehehe
ReplyDeleteTengahari ni pun makan nasi ulam daun kaduk. Tapi saya suka kaduk yg dicelur....
ReplyDeletepernah makan kot masa luch ngan boss dia ajak makan kat restoran Thailand tapi tak sure tu daun kaduk ker atau daun sireh.. sedih betullah sebab tak reti nak membeza :P
ReplyDeletegood info.. slama nie xprnh dgr pn dauk kaduk.. hehehe
ReplyDeletepernah makan cara thai tu sebab one of my SIL dari sana, selalu dier ada buat menda ni, lupa lak nama dier... lepas g visit family dier kat sana pun ada hidangan yang sama.. best !
ReplyDeletebiasa kat rumah mak letak dalam gulai siput sedut..
ReplyDeletetapi style jugak makan cara bungkus tu..hehe
sedap...
ReplyDeletedaun kaduk juga kata pengamalnya boleh mengubati kenser...
ReplyDeletePucuk daun kaduk ni buat masak lemak putih dan taruh udang...pergh!!! terangkat. Sebagai ulam cicah sambal pun sedap.
ReplyDeleteterbaik..
ReplyDeletekalau tak kenal..ada yg salah..jadi kaduk naik junjung..
ReplyDeletekunjungan perdana sobat,,,salam blogger
ReplyDeletekat rumah ada jugak pokok ni.. tapi tak pernah makan pun, sbb "tak masuk tekak".. bukan bau dia kuat ke..?
ReplyDeleteanyway, prof zhari tu prof saya... tergelak tengok keluar nama dia.. hehehe...
Kt kpg org buat balut tungku. Harum je bau
ReplyDeletemasuk dalam masakan tu pernah lah tapi mkn mentah tak pernah buat lagi..betul tu lain org lain citarasanya...ikut selera masing2..ana singgah sini..
ReplyDeletesuka gak daun kaduk ni. tapi belum penah lagi try makan mcm awk makan tu. konsep dia sama mcm yg org korea makan tu kan. bungkus dgn daun apa ntah tu. pastu jepun pon bungkus dlm seaweed.
ReplyDeleteeh eh..mcm daun sirih ..hihi
ReplyDelete..selama ni sy mkn je..xpnh tau pn khasiatnya..tp xde la mkn mcm org mkn sirih tu..hehehe ..cicah sambal belacan mkn ngn nasi cm tu je..sedapppp.. :)
ReplyDeleteya Allah lamanya saya tak menjenguk sini..maafkan knor..knor terlps pandang..padahal HK selalu dtg ke blog saya..
ReplyDeletenampak sgt sedap ulam2 tu..jujur tak pernah buat yg mcm ni..dulu pernah berkerja dgn org thai..mmg ini salah satu hidangan merekakan..
Saya jarang makan ulam2 ni.. Tapi tahu, memang banyak khasiat untuk badan ;)
ReplyDeleteBuat ulam sedap..Tapi kalau tak pandai makan, mesti tak naknya, bau macam sirih..Akak suka je
ReplyDeleteAssalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi
ReplyDelete