Limau Nipis Yang Banyak Khasiatnya



ASSLAMUALAIKUM...

Limau Nipis Yang Banyak KhasiatnyaBuah limau nipis ini terkenal dengan penghilang bau hamis , campuran penyedap dalam minuman , masakan dan juga digunakan dalam perubatan alternatif / Islam .

Limau Nipis Yang Banyak Khasiatnya



Korang tahu tak yang limau nipis ini juga memberi manfaat dalam kecantikan dan kesihatan


Khasiat Limau Nipis:


1. Mengecilkan pori - pori dan menghilangkan kelebihan lemak pada kulit wajah berminyak .


Caranya : Ambil dagingnya / isi , sapukan pada kulit wajah terutama di bahagian pipi .

2. Dapat memutih dan menghaluskan kulit .


Caranya : Mengusapkan potongan limau nipis pada wajah dan kulit bahagian tubuh lainnya .

3. Dapat membersihkan kuku dan jemari yang kotor kerana getah atau lainnya .


Caranya : Potongan / sisa limau nipis digogokkan pada kotoran tersebut .

4. Boleh merampingkan badan dan mengelakkan batuk .


Caranya : Minum air limau + madu pada waktu pagi , siang dan malam .

5. Dapat menghilangkan kelemur .


Caranya : Gosokkan potongan limau nipis pada bahagian yang berkelimumur dan biarkan selama 20 minit . Lakukan selalu .

6. Dapat lembutkan dan hilangkan minyak pada rambut .


Caranya : 1 mangkuk Air hangat + 2 biji perahan limau nipis 
Lakukan selalu , rambut anda jadi lembut dan berkilau .


Orang zaman dulu - dulu , limau nipis jer lah yang mereka gunakan . Bebas bahan kimia dan tak memberi mudarat pada kesihatan tubuh . Sebabtu orang dulu susah nak dapat penyakit kronik .

Kat kampung QV banyak limau nipis juga limau kasturi . Tapi , ada tapi tu kan , kalau dah sebok buat itu ini pas tu dok bersembang dengan kakak , dah tak teringat pun nak amik si limau ni dan apply kat kepala . 

Cuma confirm satu perkara . Bila dah nak berangkat pulang , pasti merembat limau nipis dan limau kasturi juga daun limau purut sebanyak mungkin .

Punya banyak macam lah nak guna sangat kan . Tapi kekadang jadi busuk selamba jer kat dalam peti sejuk sebab dah terlebih banyak dan melalui masa expired lah .




20 Sila komen:

  1. tak tau pulak buah limau boleh mmemutihkan kulit..selalunya buat air limau, masukkan ais sekali minum time panas..huhu

    ReplyDelete
  2. emm..limau yg byk khasiat..thank utk info ni..

    ReplyDelete
  3. setuju dgn org dulu kata!!tapi skrg ni ada mcm2 bhn dah dimasukkan

    ReplyDelete
  4. Kadang2 saya campurkan airnya dengan bedak sejuk dan letak pada muka

    ReplyDelete
  5. plust bayak digunakan dlm perubatan tradisional sis..
    nice sharing..nanti leh amlakn..sbab limau ni byak kat umah

    ReplyDelete
  6. nak try jugak nanti ni...

    ReplyDelete
  7. lama dah niat nak mari blog ni..baru berkesempatan..

    oh..
    Assalamualaikum kesayanganku..

    Oh ..
    Aku dengan rasa rendah diri nya ingin menjemput Datin/tengku/cikpuan seri/puan seri
    ke blog aku yang tak seberapa..
    http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    ReplyDelete
  8. Limau yg banyak kegunaan dan khasiat. Tapi rumah kakak lebih banyak guna lemon. Nak cuba tukarlah...

    ReplyDelete
  9. Salam kenal..

    nice sharing. Ummi suka sangat air limau kasturi, wangi dan sedap!!

    ReplyDelete
  10. limau nipis buat mandi berlimau segar badan ya...

    ReplyDelete
  11. wah mmg banyak khasiatnyer yer

    ReplyDelete
  12. banyakkan kelebihan dia. Ros pun tka pandai bajet nak guna. bila beli, mesti ada yang busuk dalam peti ais. huhuhu

    ReplyDelete
  13. buat air limau + madu time bukak pose kang pun sedappppp nie

    ReplyDelete
  14. Banyak khasiatnya yer. Untuk halau nyamuk pon boleh gak. Cucuk ngan bunga cengkih.

    ReplyDelete
  15. Tetiba teringat iced lemon tea pulak Vee ... tak kiralah orang cerita limau nipis kita cerita lemon pulak dah :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...