Assalamualaikum ...
Kerabu Bunga Betik Dan Khasiatnya |
Hari ni hambo nak cerita pasal bunga betik .
Hari ni hambo nak cerita pasal bunga betik .
Pokok betik hambo selalu benor jantan .
Hambo tak kisah pun sebab masih boleh makan .
Pucuknya hambo dah cantas .
Sebab tak nak bagi tinggi .
Nanti susah lak nak amik .
Yang tinggal bunga nya jer .
Step pertama nak wat kerabu .
Bila air mendidih , tutup api .
Pastu masukkan bunga betik .
Bila layu jer aka tukar warna , trus angkat .
Klu warna tu dah lebam , khasiat pun dah tak de kot .
Tapis dan masukkan bunga betik tu ke dalam air batu
atau air yang mengalir untuk hentikan proses memasak
aka supaya haba pada bunga betik tu cepat hilang .
Maka tak ler warna bunga tu lebam !
Ambil sedikit belacan , goreng .
hancurkan belacan tu sampai berderai .
Pastu tolak keatas dengan senduk
untuk turunkan minyak .
Masukkan belacan , bawang besar potong dadu ,
hirisan cili padi , tomato dan daun cekur
serta limau kasturi .
Perah limau kasturi dan gaul semuanya hingga mesra .
Masukkan serunding dan bunga betik .
Gaul hingga mesra .
Dah siap !
Masa untuk merasa lak .
Jom makan !
Jom kita usha lak khasiat bunga betik yer .
Bunga betik dipercayai baik untuk mengubati darah tinggi
Teman - teman juga boleh minum air rebusan bunga betik
setiap pagi dan malam .
Kalau nak sedap lagi , boleh ler masukkan gula batu .
Selamat Mencuba !
BACA JUGA :
peh....singgah cni je msti rs lapa..hehe..makanan unik2.. :p
ReplyDeleteBunga betik buat ulam pun sedap juga kan...?
ReplyDeleteermmm tengok gambar jer pun dah lecur dah...
ReplyDeletemmg feveret KA ni, tp selalu wat dengan daun pucuk betik tu sekali
ReplyDelete