Khasiat Pokok Pegaga


Pokok pegaga | Pegaga atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya cantella asiatica . Banyak khasiatnya malah kaya vitamin A dan C serta zat besi . 

Glikosida triterpenoida yang juga disebut sebagai asiaticoside adalah merupakan anti-lepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa . Rasa pahit pegaga adalah terhasil dari zat vellarine

Pokok pegaga berkhasiat bukan sekadar pada daun malah batang juga akarnya . Orang tua - tua zaman dulu merebus akar pegaga semata - mata untuk merawat kencing manis . 


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora



Sejarah Memakan Pegaga


Saya ceritakan serba sedikit tentang sejarah pegaga di contest petua dan herba kongsibersamanora ini . Menurut sejarah , memakan pegaga ni bermula di India . 

Penduduk India melihat gajah selalu makan pegaga . Jadi , mereka membuat kesimpulan bahawa umur gajah panjang sebab makan pegaga . Sehingga kini , masyarakat India bukan sahaja makan pegaga malah menjadikannya sebahagian dari herba dalam rawatan Ayurveda .

Pada tahun 1949 , kajian mendapati bahawa pegaga mujarab dalam merawat penyakit kusta dan ulser kerana adanya ciri-cir anti-bakteria didalamnya .

Pada tahun 1950-an pula , kajian mendapati bahawa pegaga dapat menyembuhkan luka , kudis serta mengubati kerengsaan kulit .

Di China , pegaga digunakan dalam perubatan herba Shennong sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu .


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


Khasiat Dan Penggunaan Pokok Pegaga Dalam Kesihatan


Pokok pegaga dikatakan mengandungi banyak sebatian kimia bioaktiviti . Sebatian kimia bioaktiviti ini telah terbukti mengandungi ciri - ciri anti-inflamasi, anti-bakteria , anti-pasma, insektisid dan hipotensif . Secara tradisionalnya , ia menjadi agen anti-kanser , anti-alergi dan anti-disenteri . Malah pokok pegaga juga merupakan anti-racun , anti-infeksi , anti-sifilis dan anti-lepra .

Melalui contest petua dan herba kongsibersamanora ini saya kongsikan beberapa khasiat dan penggunaan herba pokok pegaga bersama anda .

1. Kencing Manis



Untuk mengubat kencing manis , korang cuma perlu ambil lebih kurang secekak daun pegaga yang ada akarnya . Kemudian rebus pegaga bersama akarnya tersebut dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas saja air rebusan tersebut . Lepas itu tapis dan sejukkan . Minumlah sekali sehari selepas makan malam . Amalkan minum seminggu tiga kali . Pokok pegaga

2. Kecutkan peranakan 


Kaedah ini khas untuk wanita yang mengalami peranakan kembang atau wanita yang lepas datang haid . Korang cuma perlu makan pegaga sebagai ulam atau dimasak goreng . Amalkan memakannya pada waktu utama .

My kakak  bila dalam pantang , dia memang suka makan pegaga nih . Dia kata boleh kuruskan badan .

3- Sebagai Tonik


Korang tahu tak yang daun pegaga ni juga sebenarnya boleh dijadikan tonik untuk memanaskan badan . Korang cuma perlu rebus bersama halia , kemudian minum airnya . Minum tonik pegaga dapat membersihkan darah , merawat ulser , sifilis dan kelenjar limfa .


4- Melancarkan Peredaran Darah


Pegaga sangat berkesan untuk melancarkan pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari terutama untuk wanita yang sedang kedatangan haid , merawat kejang kaki , bengkak kaki dan masalah kebas . Korang boleh je makan sebagai ulam ataupun jadikan tonik .


5- Menyembuhkan Luka


Pegaga dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka , kudis dan masalah kulit lain dengan cara meramas daunnya bersama sedikit air dan sapukan pada tempat tersebut . Malah pegaga juga dapat sembuhkan ulser dan luka bersalin .



Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


Khasiat - khasiat Lain Dalam Merawat Penyakit .

Selain itu , ada banyak lagi khasiat - khasiat lain pokok pegaga dalam merawat penyakit , antaranya :

  • penawar alahan
  • merawat asma dan juga sesak nafas
  • merawat jangkitan paru - paru 
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing 
  • merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat ceret beret 
  • merawat gastrik
  • menurunkan tekanan darah


Khasiat Dan Penggunaan Pokok Pegaga Dalam Kecantikan



Dalam bidang kecantikan , daun pegaga ni telah digunakan dan dijadikan bahan tambahan kepada krim anti-selulit dan anti-kedutan seperti di bahagian mata dan muka . 

Malah kajian mendapati pegaga dapat membantu 
  • merangsang pembentukan sel kulit baru .
  • memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti dapat menghilangkan parut , membina kolagen , merangsang pembentukan rambut dan juga kuku .
  • menyerikan wajah . Caranya sama dengan cara merawat kencing manis sebagaimana di atas .
  • menghilangkan bintik hitam dimuka

Cara Menggunakan Pegaga Untuk Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka


Korang perlu dapatkan lebih kurang 10 helai Daun pegaga yang dicuci dengan air garam kemudian ditumbuk halus . Pegaga yang ditumbuk tadi kemudian dicampurkan bedak sejuk , sedikit madu dan sikit air suam . Maka jadilah masker 

Pakailah setiap malam dan cucilah bila korang bangun tidur . Buat sampai bintik hitam kat muka korang tu hilang .


Pegaga Dalam Kehidupan


Dalam kehidupan , Vee aplikasikan penggunaan petua dan herba pokok pegaga dalam kehidupan melalui pemakanan dan minuman . Melalui pemakanan , pegaga bukan sekadar Vee makan sebagai ulam , Vee juga hasilkannya sebagai kerabu . Ada kalanya Vee jadikannya campuran dalam masakan lemak dan bening . Berikut adalah resepinya jika anda ingin  . 


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


KERABU PEGAGA

Berikut adalah resepi kerabu pegaga untuk anda yang berminat untuk mencuba .

*Bahan - bahan kerabu pegaga di mayang :

Daun pegaga ( potong kasar )

Pucuk ulam raja ( potong kasar )
Daun cekur ( potong kasar )
Bunga kantan ( mayang halus )
Serai ( mayang halus )
Cili padi ( mayang )
Bawang besar ( mayang halus )
Halia ( mayang halus )


*Bahan kerabu pegaga ditumbuk : 

Ikan kembung ( 1 ekor )  

Bawang putih
Bawang merah
Ubi cekur
Cili padi 
Garam dan sebuk perasa 

Limau kasturi

*anggaran ikut suka pembaca lah ya .

Cara membuat kerabu pegaga :

1. Tumbuk bawang putih , bawang merah , ubi cekur , cili padi hingga lumat .

2. Panggang ikan kembong , ambil isi . 
3. Campurkan no.1 dan no.2 dalam mangkuk .
4. Masukkan garam , bahan perasa dan perahan limau kasturi , gaul sebati .
5. Masukkan semua bahan yang dipotong / mayang ke dalam 4 . Gaul sebati .
6. Hidang untuk dimakan bersama nasi panas .



Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

JUS PEGAGA


Bila korang amalkan minum jus pegaga , korang dapat elakkan masalah untuk tidur , dapat merawat kerengsaan kulit juga darah tinggi . Malah dapat mengatasi masalah buasir dan keputihan serta menguruskan badan . 

Meminum jus pegaga juga dapat meningkatkan daya ingatan terutamanya kanak - kanak malah juga boleh meningkatkan prestasi kanak - kanak yang mengalami kecacatan akal . Ianya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO )


Bahan-bahan jus pegaga

1 cmb madu
1/2 lemon / limau kasturi
Daun pegaga  bersama akarnya .
Sedikit air .

Caranya membuat jus pegaga : 

1. Masukkan beberapa jenis ( sekiranya ada ) daun pegaga dan sedikit air , kisar .

2. Tuangkan ke dalam gelas
3. Tuangkan satu sudu madu dan perahan limau , kacau sebati dan bolehlah diminum .

Jus pegaga ni Vee minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong . Vee dah amalkannya selama bertahun - tahun . Setakat ni Vee suka dan akan terus amalkannya .

Semoga para pembaca contest petua dan herba kongsibersamanora dapat mencuba kedua - dua resepi diatas .


Pengambilan Perlu Sederhana 


Mengamalkan memakan pegaga dalam kauntiti yang sedikit di setiap hidangan korang sudah dapat memberi kesan yang positif dalam kehidupan . 

Tapi awas ! Pengambilan pegaga yanng berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan menghasilkan keracunan kumulatif yang seterusnya akan merangsang tumor untuk jangka panjang .

Dalam kehidupan kita ini , apa pun yang kita makan kenalah sederhana . Sama ada makanan berprotein , karbohidrat , buahan , masam , manis dan masin , jika berlebihan tetap akan mengundang penyakit di dalam tubuh korang .


Ada kenangan manis tentang entry pegaga ni . Sapa nak tahu , klik je kat SINI ye .






30 comments:

  1. Lama dah tak maakan daun penggaga.Artikel ni mmbuatkan saya teringin menyambung semula petua lama.
    Terima kasih Vee.

    ReplyDelete
  2. disini juga manfaat dan kegunaan dari daun pegaga (kalau di sini disebutnya Pegagan), selain untuk mencegah berbagai penyakit yang bisa dibuat juga untuk jus, daun pegagan ini juga sehari-hari dikonsumsi sebagai lauk pencocol sambal.

    salam kenal.
    semoga sehat dan ceria selalu

    ReplyDelete
  3. Pegaga byk khasit tp x suka pada rasanya mcm pahit sikt kan huhuhu

    ReplyDelete
  4. knor tdi buat kerabu daun selum.. pegaga pun biasa bt.. sdpkn..

    ReplyDelete
  5. pegaga tak boleh masuk tekak..hehe..ulam lain boleh..ehhe

    ReplyDelete
  6. no wonderlah akak kita ni awet muda gitu..rahsia daun pegaga rupanya..

    orang kata pahit tu lah ubat..

    ReplyDelete
  7. Dulu zumal suka gak minum jus pegaga tapi yang dijual kat kedai jew ^-^

    ReplyDelete
  8. hehehe CT jarang makan ulam..
    tapi kalo ada tersedia makan gak selai dua hehe

    ReplyDelete
  9. Pegaga ni macam-macam jenis.AB suka yang jenis ni..

    ReplyDelete
  10. Hilang terus lapar tengok kepak ayam tadi Vee bila diajukan dengan jus pegaga ^_^

    Entahlah, bila agaknya saya ni nak berubah dari segi bab pemakanan ni. Tekak saya memang tak boleh terimalah!

    ReplyDelete
  11. nice sharing... hubby suka sangat makan daun pegaga. buat ulam yg ada kelapa tu pun dia suka :)

    ReplyDelete
  12. Assalam. terima kasih kerana menyertai contest petua dan herba kongsibersamanora. Banyak khasiat tumbuh2an seperti pegaga yg mampu mengubati pelbagai jenis penyakit

    semoga banyak manfaat dr perkongsian.

    all d beat n gd luck

    ReplyDelete
  13. banyak khasiatnya pokok pegaga ni.dari daun sampai keakarnya..

    ReplyDelete
  14. Zumal suka jus pegaga dan ulam pegaga nie ^^

    ReplyDelete
  15. bagusnyer contest tuh... dana pun suke pegaga jgk... sedap n tak pahit lah bg dana lah sbb mmg dr kecik biasa dh mkn ulam termasuk lah pucuk betik...
    tq sbb share khasiat2 pegaga kak

    tp kadang saja mls nk mkn ulam2 nih, ada masa nyer ngegada melanda

    ReplyDelete
  16. tak makan pegaga...huhu...


    anyway, gud luck dear!!

    ReplyDelete
  17. Salam. Hee

    malam berjaga sebab berusia,
    rebahkan badan henti bacaan,
    ulam pegaga bak astrigensia,
    tambah ingatan, anti penuaan.

    ;p

    ReplyDelete
  18. good luck kak,,, saya suka makan pegaga dengan sambal tumis hihihi,,

    ReplyDelete
  19. bagi Vee pegaga ulam paling sedap? kalau bagi JM jika tiada pilihan ulam lain baru ambil pegaga ni sbb rasanya tu membuatkan JM x berapa suka tp byk khasiat

    good luck for this contest ye Vee

    ReplyDelete
  20. Pernah rasa sekali pegaga tapi pahit.. tak boleh ngam dengan pahit pahit ni.. huuuu..

    Apapun selamat bersegmen kak

    ReplyDelete
  21. Contest yg unik. Kakak suka membaca setiap entri blogger yg participate. Macam-macam ilmu tentang ulaman yg kakak dpt - suka.

    Pengaga yg daun kecik kakak suka bahkan kakak makan dgn akar dia sekali. Tapi yg besar dan licin kakak kurang sikit sebab kurang wanginya:)

    Good luck dear!

    ReplyDelete
  22. Salam Vee,

    Singgah nak baca entri contest. Semoga berjaya ye.

    Sedapnya pegaga

    ReplyDelete
  23. sedapnya kerabu pegaga..
    mmg feberetlah..dan byk khasuat..

    gud luck vee..

    ReplyDelete
  24. good luck sis..
    all the best..

    btw nice sharing pasai herba ni... :)
    good information

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...