Panik GST


Assalamualaikum ...

Kononnya sebelum GST dijalankan dengan jayanya ,
hati ini berhasrat nak beli gadget .
Tapi gadget ni yang dijanjikan 
masuk pasaran Malaysia pada Mac ni 
masih tak juga nampak bayangnya . 
Makanya beralih arahlah 
kepada barang yang pasti kena GST juga ni .


Panik GST

Panik GST


Maka vee membelilah barangan di atas .
walaupun serakat dapat bertahan selama 3 bulan , mungkin !
Jadilah juga kan .
... panik GST tahap awal ni !
Dapat gak harga sebelum GST .
sambil - sambil tu saja nak simpan resit pembelian 
boleh gak buat perbandingan .


Panik GST

Guardian bagi kad ini .
Maknanya kalau beli belah kat guardian 
pada 1 hingga 30 April ,
bolehlah dapat harga tanpa GST 
... uhuk , satu bulan je tu .
Kan bagus kalau selamanya .
kan den ni pelanggan setia guardian !

ceh ! ... jangan kau jadi manusia yang tak bersyukur !
... pssst , sekadar ingatan untuk diri sendiri yek .

Bila fikirkan nilai GST 6 % tu tak le banyak kan .
Apalah sangat kenaikannya .
Tapi kalau dah setiap barang 6 % ,
rasanya macam nak cekik leher orang je kan .
... heh heh heh .

Yang jadi sakit hati ni bila ada peniaga ambil kesempatan 
kaut untung guna alasan 6 % tu .
Kita sebagai pengguna ni 
yang tak banyak pilihan ,
memang dah sah le kena tipu hidup - hidup .

Buat masa ni , 
kalau barang dapur tu ,
vee rasa masih selamat beli kat pasaraya lah .
Kalau kat pasar tu , 
harga barang korang boleh agak sendiri kan .

Apa pun , hari ni dah bermula GST .
Semalam dah kelaur pasal rakyat panik GST kan .
Hari ini apa pula agaknya
yang akan berlaku .

Benda yang baru dilaksanakan macam GST ni ,
samalah macam BR1M .
Mula - mula tu ramai je yang tak setuju .
Kutuk , keji bagai nak gila .
Sudahnya , bila masa berlalu ...
... mereka hadam juga .

Nak tengok berita hari ini apa kisah GST ...










13 comments:

  1. Bio-essence tu nampak menarik..macam ramai juga yang review produk tu best

    ReplyDelete
  2. oh, bagusnya dapat kad macam tu..macamana nak dapat kad tu? kena buat pembelian kat guardian dulu ek?

    ReplyDelete
  3. GST dengan BRIM mana sama..sebab tu orang hadam jugak..GST ni macam terpaksa hadam la..hahahah

    ReplyDelete
  4. Memang ramai yang panik dgn GST.
    Tapi panik tak panik pun GST tetap berlaku.

    ReplyDelete
  5. fikir positif gst xlah terlalu membebankan sbb org kita ni mudah bertolak ansur..fikir pening2 pun kenyataannya sama saja.

    ReplyDelete
  6. nak buat camner kan, kita ni rakyat marhaen, bagai durian dgn mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena..

    cukai pukulrata, across the board ni - zalim sifatnya..

    ReplyDelete
  7. bukan je panik tapi tenstion stress...rasa berat hati nk berbelanja

    ReplyDelete
  8. Biasalah Vee, perkara baru memang selalu jadi perhatian. Tapi nak lari ke mana lagi. Bukan perkara temporari yang hari ni implement, tahun depan dah mansuhkan.

    Saya tak setia pada Guardian kerana takda membership card tapi kalau Watsons tu rajin juga terjah sebab boleh kumpuol point lepas tu tebus *_*

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...