Jus Tomato Dan Khasiatnya ...


Apa khabar teman - teman ? 
Dah tentu sihat kan !
Kalau tidak , tak de la entry baru . 
Tapi ada gak yang tetap post entry walaupun sakit .
Itulah semangat kental blogger .




Alhamdulillah , semalam hambo dapat selesaikan misi berpuasa .
Jus tomatolah pembuka selero hambo semalam .



Bahan utama sudah semestinya tomato lah .
Hambo bakar / panggang tomato nih .
Sebelum masuk ke dalam wak blander tu , buanglah dulu kulit nya ya .
Kang hitam lak jus tomato anda !

Tomato kalau dimasak  akan mengeluarkan bahan anti oksida .
Makin lama kita masak dia , makin banyaklah bahan yang keluar .
Anti oksida adalah agen penghalang kanser .

Resepi Jus Tomato

Makhluk pertama yang perlu dikisar adalah nenas .
Hambo masukkan separuh jer .
Masukkan juga 1/3 air dari gelas tuh .
Tujuannya untuk kisar lebih halus .

Pas tu barulah masukkan tomato dan kisar .
Bila dah hancur , masukkan semua air dalam gelas tuh dan kisar lagi bagi sebati .



Keluarkan jus , masukkan ke dalam gelas .
Masukkan sedikit madu dan perahan air limau , kacau sebati .
Ambil 1/2 baki nenas , potong dadu .
Pastu taburkan lah ke dalam jus tomato tuh .
Selesailah cam kat imej atas nih .

Khasiat Tomato


Setiap orang dah tentu nak kulit yang gebu , cerah , lembut dan bermaya kan !
Apa kata kita guna jer tomato yang dah tentu alami lagi asli .
Boleh masukkan dalam makanan dan tepekkan kat muka selain daripada buat jus .
Kat bawah ni hambo share sikit maklumat khasiat tomato daripada majalah rasa ...


1. MENYIHATKAN KULIT

Tomato dikhabarkan mampu menjadikan kulit sihat, cantik selain melindunginya daripada pancaran sinar matahari. Kajian mendapati pengambilan tomato yang diproses di dalam diet seharian responden wanita dalam ujian saintis mampu meningkatkan kadar perlindungan kulit mereka.




2. ANTI PENUAAN 

Tomato merupakan sayuran yang mempunyai banyak khasiat. Kandungan Lycopene yang terdapat pada tomato berupaya meremajakan kulit di samping bertindak melambat proses penuaan.




3. SUMBER ANTIOKSIDAN

Lycopene yang terdapat di dalam tomato bukan sahaja menjadikan kulit lebih sihat dan muda, malahan ia adalah antioksidan yang berkuasa mengurangkan tindakbalas keradangan terhadap kemusnahan UV bagi meneutralkan molekul berbahaya yang terhasil dalam kulit. 




4. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pakar antarabangsa mengesyorkan bahawa tomato yang diproses mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser bagi mereka yang memakannya. Ini dibuktikan menerusi kajian terhadap 28 orang sukarelawan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengambilan diet tomato yang rendah dan tinggi dalam tempoh enam minggu. Keputusan mendapati, tekanan darah bagi lelaki dan perempuan secara signifikannya lebih stabil berbanding tekanan darah sebelum ini. 


5. SESUAI BAGI ESAKIT DIABETES


Kandungan Karbohidrat yang terdapat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.



6. BAIK UNTUK IBU YANG MENYUSU BADAN


Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Ini kerana memakan produk berasaskan tomato boleh meningkatkan kandungan Lycopene di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.




Selamat Membaca ...



BACA JUGA :










12 Sila komen:

  1. Kakak memang penggemar tomato Vee. Tapi kakak tak buat jus kakak makan dengan nasi atau masuk dalam masakan.

    Nak cuba cara Vee ini bila senang. Nenas kakak tak begitu suka tapi tomato kakak memang suka.

    ReplyDelete
  2. dulu ada kawan akak yang mak dia keje ngan sarimah m.. memang dia amalkan minum tomato.... kalau akak amalkan mesti awet muda dahkan.. tapi tuler tak leh telan ler...

    ReplyDelete
  3. eh, sdap ke? klu tomato mentah tu suka la makan... tapi klu jus tomato, xpernah minum lagi...

    ReplyDelete
  4. Tomato... waaa. Xsuka. Macam. Huuuu

    ReplyDelete
  5. suka buat ulam je tomato nie terutamanya tomato ceri tue

    ReplyDelete
  6. Waahh sedapnya...sarimah pn minum jus tomato jgk rupanya..

    ReplyDelete
  7. nini pon slalu amalkan jus tomato skang....dengan buah2 lain jugak...hehe

    ReplyDelete
  8. jus tomato? errkk...tak boleh telan la...huhu...

    ReplyDelete
  9. tomato. anak buah suka makan tomato macam makan epal. dasat2.... kompem besar nanti cantik molek semuanya. hehe...

    ReplyDelete
  10. tabiat buruk iha ialah kurang gemar makan buah.. tapi kalau dijadikan jus insyaAllah suka sangat, hehe..

    ReplyDelete
  11. Salam...tak berapa suka tomato ni, tapi makan juga kerana khasiatnya..hehehe

    ReplyDelete
  12. deno biasa makan tomato, tapi jus tomato tak pernah rasa lagi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...