Rahsia Petua Dari Dapur



Assalamualaikum ...

Kat sini hambo nak kongsi dengan semua 
bahan semula jadi yang menjadi sumber 
kepada bahan  kecantikan . 
Senang cita , semua bahan ni 
adalah petua melayu tradisional . 

Orang melayu guna pupur badan , 


melulur badan dan mandian susu kambing 2 kali seminggu untuk dapatkan  kesan kulit lebih halus , bersih dan cerah semula jadi .

Kopi yang dikisar kasar mampu 
tanggalkan sel atau kulit mati
LULUR KOPI 
ni baik untuk peredaran darah .

HALIA 
berkesan untuk menghangatkan badan , 
buang angin dan baik untuk pengaliran darah

Kalau korang ada parut , 
jerawat pada kulit badan ,  elok gunakan 
SERBUK KAYU MANIS
Malah ia juga bertindak sebagai 
penghilang tekanan .




Bahan ni paling popular sampai la ni . 
Agak korang apa yer . 
KELAPA la jawabnya . 


Parutan kelapa dapat menghilangkan bau badan , sel kulit mati , selain menjadikan kulit lembap dan lembut .

Baru la ni hambo dengar pasal 
KACANG HIJAU
Bahan ni dapat 
mencerahkan kulit , kulit lebih halus 
dan nampak muda ya .

Semua kat atas tu adalah bahan untuk lulur . 
Step seterusnya ialah PUPUR
Ini penting supaya kulit korang 
jadi lebih berseri dan nampak gebu
Antara bahan yang selalu di guna seperti 


kacang soya , buah betik , sengkuang dan dadih . 
Semua bahan ini perlu dibiarkan di badan sekurang - kurangnya 10 minit .







Step yang last lak 
MANDIAN LULUR . 
Seelok - eloknya guna susu kambing . 
Kulit nampak lebih halus mulus dan cerah .





3 Sila komen:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

    ReplyDelete
  2. petua yg baik,murah dan menjimatkan..tapi hasil terbaik..

    ReplyDelete
  3. petua-petua ni nak kena rajin baru menjadi...kan? hee

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...