Assalamualaikum ...
Beberapa hari hambo dah cuti .
Rindu teramat nak merapu dengan teman - teman .
Ha ah kan !
orang jawa jaga badan .
Walaupan dah beranak pinak ,
tapi masih slim jer memanjang .
Orang Jawa Indonesia ni kuat makan jamu .
Meh kita cungkil bahan - bahannya ...
3 cm ubi lempuyang
3 cm ubi cekur / kencur
3 cm ubi temu lawak
Tumbuk semua bahan tu hingga lumat .Masukkan 1 sudu besar air ke dalam lesung , kacau sebati .
Tuangkan ke atas kain maslin dan perah .
Masukkan 1 sudu besar madu ,dan perahan 1 biji limau kasturi .Tambahkan sedikit air jika mahu .Kacau hingga mesra .
Minum setiap pagi sebelum sarapan .
Ada juga yang suka tambah kunyit .
Orang sekarang lebih suka rasa lemon
berbending dengan limau kasturi .
Mungkin sebab ada manis sikit .
Lempuyang ni pokoknya macam halia padi .
Ini petua nenek moyang .
Cuma sekarang ni tak ramai yang kenal
dengan 3 jenis ubi kat atas tuh .
Balik kampun baru leh buat .
Kat sini susah sikit nak dapat
lempuyang dan temu lawak .
adoi...takut nak cuba hehee...
ReplyDeleteamboi
ReplyDeletepetua tradisi tu mmg patut dicuba utk slim n awet muda juga tu...xtry xtahu.
ReplyDeletetemulawak susah nak dapat kat kota sis..
ReplyDeletengeri jerr...bayangkan rasanya...tahniah la pada tuan blog yg rajin...mmg rietta kagum...
ReplyDeleteMakan jamu setengah lori pun tapi kalau selalu makan fast food, makanan berlemak dan minum air gas susah juga nak langsing....
ReplyDeletebau dia...uuu..sapa yang tahan ok, akak pati ibu kunyit diorg suruh minum masa dalam pantang pun rasa nak terbeliak bijik mata
ReplyDeleteGeram tgk badan org langsing sebab badan kita tak ada bentuk2. Ahaha.. kena senaman apa agaknya ya. .hihi
ReplyDelete