Manfaat Daun Tenggek Burung


Assalamualaikum ...

Pernah tak korang dengar dan nampak daun tenggek burung ? QV tahu ada antara korang memang tak penah jumpa dan nampak duan tenggek burung ni kan . Nak makan nasi berulamkan daun tenggek burung , jauh sekali . Tapi sekarang ni , dah senang nak jumpa kat kedai makan . Cuma korang kenal ke tidak dengan daun tenggrk burung tu je . Adakalanya ada dijual di pasar . Berani cuba ?

Manfaat Daun Tenggek Burung


Pokok Tenggek Burung


Pokok tenggek burung tumbuh melalui biji benih yang diterbangkan burung yang memakan biji-bijinya . Masa QV kecil , selalu juga ikut abah masuk kebun . Jadi , QV nampaklah pokok ni banyak hidup meliar kat kebun . Dari pengamatan QV , pokok tenggek burung ni termasuk dalam kategori pokok hutan . Kalau dibiarkan besar , memang sangat besarlah pokoknya nanti . Selalunya , abah akan tebang pokok ni dan biarkan keluar dahan dan pucuk baru . Jadi bolehlah ambil daun mudanya untuk buat ulam . Setakat ni , itu saja la kegunaan pokok tenggek burung yang QV tahu selain dijadikan kayu api . Rasa daun ni kelat sedikit tapi rangup bila dimakan .


Manfaat Daun Tenggek Burung Untuk Kesihatan


  • Daun tenggek burung dapat merawat darah tinggi , 
  • serta dapat memperbaiki peredaran darah ,
  • dapat kecutkan rahim bagi wanita yang baru lepas bersalin ,
  • hilangkan lenguh - lenguh di badan  ,
  • jadikan badan rasa ringan sedikit 
  • malah dapat menyegarkan badan .

Manfaat Daun Tenggek Burung Untuk Lelaki


Bagi Kaum lelaki , daun tenggek burung boleh membantu

  • melambatkan keluar air mani  
  • menegangkan zakar lebih dari biasa .
  • menjadikan zakar lebih sensitif
  • menyegarkan badan

Cara pengambilannya adalah anda perlu makan 6 atau 7 helai daun tenggek burung untuk sekali makan . Boleh di makan pada waktu siang juga malam mengikut kesesuaian anda . Kesannya akan dapat dilihat selepas 3 atau 3 jam .



BACA JUGA :

Khasiat Daun Kemangi
Khasiat Sireh Pasir
Khasiat Sayur Meranti



9 Sila komen:

  1. ramai yg xtahu tu...terima kasih berkongsi info.

    ReplyDelete
  2. Agaknya pokok itu bernama sedemikian kerana burung suka bertenggek di atasnya???

    ReplyDelete
  3. Oh baru tau nama pokok ni tenggek burung. Thanks

    ReplyDelete
  4. tertarik dengan khasiat dapat lenguhkan badan...nak belasah makan 1 kilo selepas ni. Tk berkongsi

    ReplyDelete
  5. haaa? tenggek burung? ni first time dengar ni

    ReplyDelete
  6. Ooo pokoknye besar...igtkan jenis pohon renek...tpi xsure plak rietta, ulam yg rietta makan tu inikah dia...sebab nampak macam sama...cuma rietta xtahu namanya...

    ReplyDelete
  7. dulu masa kecik selalu makan, tp bila dah besar tak jumpa lagi pokoknya atua dah lupa..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

    Rerama hijau
    Stevia
    Halia bara
    Lempoyang
    Turi
    Ulam raja
    Sambung nyawa
    Tenggek burung
    Tebengau
    Belalai gajah
    Turi
    Pokok2 buah
    DAN BANYAK LAGI

    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

    Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
    hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0123106846 -Faizal @
    0122440099 -Azizi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...