Meranti Menggoda Selera


Assalamualaikum ...

Bukan mudah nak jumpa pucuk meranti di pasar borong kat sini .
Bila nampak jer , memang terus grab lah .
Seperti orang mengidan gayanya .

alt image tag





Setaip kali nak snap , mesti sayur ini sudah disiang .
Maka tak dapatlah nak tunjuk pokok meranti .
Cuma daun meranti jer yang hado ...

alt image tag

Masa QV kecil , pokok meranti ni tumbuh melata jer kat kebun .
Masa tu arwah abah suka membakar sampah di kebun . 
Abu daripada bakaran tu ler yang jadikan pokok ni 
mudah hidup dan gemuk .
Kiranya pokok meranti liarlah .
Ada saiz besar , ada juga yang kurus kering . 

Sebelum balik , bonda akan petik pucuknya untuk dibuat sayur .
Selalunya bonda cuma masak air , santan dan tumis goreng jer .
Rasanya ada sedikit pahit .
Tapi sebab lidah dah biasa , ianya jadi lazat teramat !


alt image tag

Biji meranti ni kalau termakan dalam sayur ,
adeh , terus jadi pahit getir jer lidah tu nanti .
Apa khasiat bijinya , QV ta tahu .

Tapi kalau khasiat daun meranti , seperti dibawah :
1- Baik untuk merawat darah tinggi dan bengkak hati. 
2- Untuk merawat ulser mulut dan ulser perut juga merawat gastrik. 
Buahnya jugak merupakan ejen laxative yang baik.


 BACA JUGA :





25 Sila komen:

  1. Ulam ni memang banyak khasiat, tapi dah xramai yg jadikan sebagai sayur.
    Tiey xpernah lg makan ulam meranti, just tau kewujudan pokok meranti je.hehe

    ReplyDelete
  2. meranti ni mmg banyak tumbuh dlm kebun kelapa..kak suka masak sayur lemak campur keledek sedap...

    ReplyDelete
  3. FEVERET iman ni... kalau masak lemak cicah sambal belacan perghhh...sedapnya.nasi pns2, mkn dgn ikn goreng..alahai lapo nyer

    ReplyDelete
  4. Gitu rupanya meranti. Selama ini cuma mengenali kayu meranti untuk bina banguanan, jambatan dan lain-lain...

    ReplyDelete
  5. sedap ni ...QV...masak tumis air...kuahnya sedap dihirup...

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Sy baru je kenal.. rupanya ni pokok meranti.

    ReplyDelete
  7. Pokok meranti dengan kayu meranti tu sama ke tidak ek?

    ReplyDelete
  8. dulu masa kecik-kecik mak saya pon ada masak lemak..tapi sebab rasa pahit-pahit..saya tak berapa makan..ntah le sekarang ni macam dah tak ingat pulak sayur ni

    ReplyDelete
  9. oo..gitu rupanya pucuk meranti..baru tahu ni..t.kasih

    ReplyDelete
  10. serius KA mmg suka buat sambal tumis pedas2 best sgt !

    ReplyDelete
  11. mcm terung pipit jgk buah dia kan. QV ni mmg hebat la ilmu tumbuh-tumbuhan. Banyak yg saya tak kenal.

    ReplyDelete
  12. Saya tak suka sayuran dan ulaman jadi memang tak kenal lah hehehe. Eh nak choclairs sikit boleh? :p

    ReplyDelete
  13. salam. baru kenal daun meranti. yg biasa i tahu ialah nama Kg Meranti di Pasir Mas, Kelantan tu...heheheh

    ReplyDelete
  14. Saya ni Vee, memang gagal penuh bergaya kalau bab-bab sayur-mayur ni. Ingatkan pokok meranti ni pokok berkayu keras rupanya bukan :)

    ReplyDelete
  15. mak mertua pernah ajar makan sayur ni tapi bila dah dok sendiri memang tak pernah masak sayur ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. Baru tahu tentang ulam meranti ni...tak berapa pasti yang mana satu, nanti nak cuba tengok kat kampung. Tq berkongsi!

    ReplyDelete
  17. baru pertama kali dengar meranti ni boleh makan...hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...