Showing posts with label Khasiat Sayuran. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Sayuran. Show all posts

Pucuk Meranti


Assalamualaikum ...

Korang kenal tak pucuk meranti .
Den tak pasti sama ada meranti ni 
sayur kegemaran orang jawa atau 
korang pun ada makan juga .

Kalau korang tak kenal , 
meh den tunjuk gambarnya ...


Pucuk Meranti


Alhamdulillah , dok kat bandar ni 
masih boleh jumpa lagi pucuk meranti kat pasar .
Kalau kat kampung , 
pucuk meranti ni tumbuh meliar je di mana- mana .

Rasanya ada sikit pahit lah kalau korang nak tahu .
Den lebih suka pucuk meranti ni masak bening 
makan dengan ikan masin dan sambal totok juga nasi panas .
Perghhh ... anuar zain lalu pun tak heran !
oppsss ... ayat menipu tu .

Kalau Anuar Zain lalu , 
confirm maintain muka comel je kan .
dengan mata yang berkedip - kedip bak bintang bersinar tu .
Tak kan nak tunjuk melantak tak ingat dunia !


Pucuk Meranti


Kali ni my kakak masak lemak pucuk meranti .
Walaupun guna santan ,
tetap sedap makan dengan ikan masin dan sambal belacan .
Tapi kalau masak gulai negeri sembilan , 
belum pernah cubalah .

Mesti ada yang tanya .
Apa beza masak lemak dengan masak gulai ?
Masak gulai ada cili padi .
Masak emak tak ada cili padi tapi ada buah cekur .
Sebab orang jawa memang suka dengan buah cekur .
Herba katanya .

Boleh juga kalau korang nak celur .
Pastu coletlah dengan sambal belacan .
Makan dengan nasi panas .
Pun sodap juga ...









Khasiat Sayur Pucuk Manis


Assalamualaikum ...

Pucuk manis ni vee suka masak lemak dengan labu . Itu je la resepi yang vee tahu berkenaan pucuk manis ni . Disebalik pucuk manis yang vee suka makan , ada banyak khasiat sayur pucuk manis yang vee tak tahu rupanya . Tahukah pembaca bahawa pucuk manis boleh tambah susu ibu ? Mari kita cari jawapannya .

 Khasiat Sayur Pucuk Manis

Khasiat Sayur Tauge


Assalamualaikum ...

Sayur taugeh yang murah dan mudah didapati ini tidak begitu disukai orang termasuklah anak buah vee . Kalau masak mee ada taugeh , confirm beratur taugeh tu di tepi pinggan . Vee pula , kalau taugeh dimasak terutama dalam sup dan masak sayur goreng , biarlah masih rangup aka sekadar layu sahaja . Bagi vee , kalau dah lecur sangat tu , memang tak berertilah makan taugeh ni . Dah tak ada khasiat . Taste vee makan taugeh mentah . Manis di mulut dan rangup dikunyah . Sesekali buat kerabu , memang mantop ! Selalunya vee tabur jer taugeh mentah atas mee . Korang tahu tak taugeh yang asalnya dari kacang hijau ni ,  kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit . Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh .


 Khasiat Sayur Tauge

Meranti Menggoda Selera


Assalamualaikum ...

Bukan mudah nak jumpa pucuk meranti di pasar borong kat sini .
Bila nampak jer , memang terus grab lah .
Seperti orang mengidan gayanya .

alt image tag




Sayur Pelampong Masak Tumis Dan Khasiatnya


Assalamualaikum ...

Kisah kat Bagan Datoh tak habis lagi .
Tetiba nampak pokok pelampung .
Apa lagi , melepas rindu ler .

Sayur Pelampong Masak Tumis Dan Khasiatnya