Pucuk Meranti


Assalamualaikum ...

Korang kenal tak pucuk meranti .
Den tak pasti sama ada meranti ni 
sayur kegemaran orang jawa atau 
korang pun ada makan juga .

Kalau korang tak kenal , 
meh den tunjuk gambarnya ...


Pucuk Meranti


Alhamdulillah , dok kat bandar ni 
masih boleh jumpa lagi pucuk meranti kat pasar .
Kalau kat kampung , 
pucuk meranti ni tumbuh meliar je di mana- mana .

Rasanya ada sikit pahit lah kalau korang nak tahu .
Den lebih suka pucuk meranti ni masak bening 
makan dengan ikan masin dan sambal totok juga nasi panas .
Perghhh ... anuar zain lalu pun tak heran !
oppsss ... ayat menipu tu .

Kalau Anuar Zain lalu , 
confirm maintain muka comel je kan .
dengan mata yang berkedip - kedip bak bintang bersinar tu .
Tak kan nak tunjuk melantak tak ingat dunia !


Pucuk Meranti


Kali ni my kakak masak lemak pucuk meranti .
Walaupun guna santan ,
tetap sedap makan dengan ikan masin dan sambal belacan .
Tapi kalau masak gulai negeri sembilan , 
belum pernah cubalah .

Mesti ada yang tanya .
Apa beza masak lemak dengan masak gulai ?
Masak gulai ada cili padi .
Masak emak tak ada cili padi tapi ada buah cekur .
Sebab orang jawa memang suka dengan buah cekur .
Herba katanya .

Boleh juga kalau korang nak celur .
Pastu coletlah dengan sambal belacan .
Makan dengan nasi panas .
Pun sodap juga ...









5 Sila komen:

  1. pernah makan..dulu housemate saya orang Jawa, ada masak sayur ni..masak bening dn jg masak lemak..mcm pucuk manis..

    ReplyDelete
  2. Apa kaitan pucuk meranti dengan Anuar Zain? Tajuk album baru dia ke? He He He...

    ReplyDelete
  3. Bagi saya yang 'buta' sayurannya, semua sayur hijau tu nampak sama je. Yang penting memang tekak tak terliur. Hahaha.

    Bercakap pasal masak bening, teringat arwah abah. Suka betul beliau bila makan lauk masak bening ni.

    ReplyDelete
  4. ohh..ini ke pucuk meranti..kerap kali tgk kat pasar tp x pernah beli sbb tak tahu cara memasaknya x pernah mkn...nanti nk try masak lah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...