Petua Menangani Asid Urik Dan Gout


Assalamualaikum ...

Penyakit gout ni selalunya menyerang lelaki yang berusia seawal 30 tahun . Apa sebenarnya penyakit gout ni ? Gout adalah penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang terlalu banyak dalam badan . Asid urik ini berkumpul di bahagian sendi seperti buku lali , lutut , jari tangan dan kaki . 


Petua Menangani Asid  Urik Dan Gout



Petua Menangani Urik Asid Dan Gout


Ada beberapa kaedah yang korang boleh gunakan untuk menangani asid urik dan gout . Kaedah ini membantu anda menghilangkan rasa tidak selesa dan sakit akibat gout . Antaranya yang dapat vee kongsikan disini berdasarkan pengalaman sebenar mereka dengan hanya  menggunakan bahan seperti berikut sebagai rawatan :

1- Betik Muda


Ambil betik muda yang dalamnya masih berwarna putih . Kupas kulitnya dan buang bahagian dalam yang ada biji . Cincang halus isi putih itu dan rebus selama 2 jam dengan sekurang - kurangnya 3-4 liter air . Selepas itu tutup api . Kemudian masukkan 1 sudu besar daun teh hijau dan kacau guna senduk kayu . Lepas tu , tutup dan biarkan selama 30 minit . Korang boleh minum secara panas ataupun sejuk . Amalkan mememinumnya selama 2 minggu pertama secara konsisten selepas bangun tidur dan sebelum tidur . Selepas itu korang boleh minum seminggu dalam sebulan sebagai susulan .

Alternatif ini akan dapat membantu menangani asid urik dan gout korang . Betik mentah yang dalamnya berwarna putih itu mengandungi enzim yang dapat menghilangkan asid urik .

2- Kunyit


Kunyit didapati sangat berkesan dan bagus untuk menangani asid urik dan gout . Korang hanya perlu ambil satu sudu sebuk kunyit bersama segelas air suam dan sesudu madu atau satu inci ubi kunyit sehari . Selepas 7 hari , anda akan merasainya kesannya . Amalkan makan kunyit selalu seberapa banyak anda mahu . Minum ketika perut anda masih kosong . Mengamalkan minum air kunyit ini juga baik untuk hati korang juga .

3- Bawang Putih , Kunyit Dan Cuka Epal


Bila umur korang mencecah 35 tahun , anda perlukan makanan tambahan untuk menjana kesihatan . Makanan tambahan cara semulajadi yang anda boleh amalkan adalah ambil bawang putih  dan campurkan bersama cuka epal di dalam jar dan simpan . Ambil lagi satu jar , hiris ibu kunyit dan campurkan dengan cuka epal dan simpan . Setiap pagi ketika perut masih kosong , ambil satu sudu cuka epal yang bercampur dengan bawang putih dan minum kemudian ambil lagi satu sudu cuka epal bercampur kunyit .

Kaedah ini bukan sekadar berkesan menangani asid urik dan gout , malah penyakit lain dalam badan . Malah ianya membantu menyihatkan badan serta melancarkan sistem penghadaman .

Petua Vs Ubat Hospital


Vee harap sedikit petua menangani asid urik dan gout di atas dapat membantu korang yang sangat memerlukannya . Menggunakan kaedah semulajadi aka petua itu lebih selamat berbanding ubat hospital yang sudah tentu akan memberi kesan sampingan pada jangka masa panjang . Malah tak boleh menyembuhkan pun . Cuma sekadar mengurangkan dan menahan sahaja .


Petua di atas adalah amalan beberapa orang penghidap gout yang vee jumpa melalui kotak komen dalam sebuah entry blg berbahasa Inggeris dan vee kongsikan di sini bersama anda .








8 Sila komen:

  1. Susah nak hindari asid urik dalam masakan moden sekarang. Asid urik memang sangat bahaya, boleh menyebabkan batu karang dan kerosakan buah pinggang. Tapi apa nak buat jika selalu makan di luar terpaksalah tangung risikonya...

    ReplyDelete
  2. Ayah mertua akak ada penyakit nih..memang kesian tengok..kalau diua sakit sangat dia duduk je dalam bilik bila kami balik kampung...dia tak bagi kami tengok dia sakit kot..

    ReplyDelete
  3. Wow.. tak perlukan ubat dokter.. ramuan tradisional je pun dah ade utk dicuba ^_^

    ReplyDelete
  4. Abang saya ada penyakit gout ni. Selalunya kalau menyerang memang dia pergi hospital dapatkan injection. Tapi memang dia banyak berpantanglah, apa yang tak boleh makan memang dia tak makan.

    ReplyDelete
  5. Gout dengan Dobby Ghout sama ke? He He He..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...