Cucur Daging Burger


Assalamualaikum ...

Cucur Daging Burger |
Bila ais box dah meragam , 
maka banyak lah benda yang kena selamatkan .
Sebelum menjadi busuk , 
operasi menyelamatkan harus dilakukan .

alt image tag



Baki daging burger yang dah jadi pucat kalernya  
malah lembik juga .
Maka terpaksalah cipta resepi supaya boleh dimakan .

Ramas daging burger hingga hancur bersama pes bawang putih .
Masukkan daun bawang dan gaul sebati .


alt image tag

Pecahkan sebiji telur dan gaul hingga mesra .


alt image tag

Masukkan air ikut banyak tepung yang hendak diguna .
Juga sedikit garam dan serbuk secukup rasa juga sedikit papper .
Gaul bagi mesra .


alt image tag

Masukkan tepung gandum .
Gaul mesra lagi .


alt image tag

Masukkan bawang besar yang dipotong dadu 
dan kacang panjang .
Masuk kemudian sebab baru mai daripada pasar .

Panaskan minyak , 
gorenglah sepertimana anda menggoreng 
cekodok / jemput - jemput / cucur .



alt image tag


Inilah hasilnya ...
Makan berscecah sos cili juga mayonis sebagai pilihan .

Boleh menjadi hidangan di hujung minggu .

Bila yang makan 7 orang , 
maka cepat jer lah licinnya .
Nasib baik tukang masak sambil menggoreng sambil mulut mengunyah .
hahahaaa ...  dapat gak makan !

* QV gaul guna tangan jer  .
Lebih nikmat gitu .




15 Sila komen:

  1. wah sedapnya cokodok style baru...

    ReplyDelete
  2. ehm mestilah sedap yerk... terasa ketulan dagingnyer...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik sempat merasa... Selalunya tukang masak yang selalu kempunan. Hai, nikmatnya kalau dapat makan di petang hari, panas-panas lagi :)

    ReplyDelete
  4. kalau tak..mmg tak merasa kn QV hehe..tp kreatif la buat cekodok..nmpk sedap..

    ReplyDelete
  5. waah vee.. nampak sedap je ni.. makan pulak petang-petang time hujan..pergh..!

    ReplyDelete
  6. husihhhh idea yang menarik! ena ni kurang gemar cucur, kalau bubuh daging burger ni, memang ena suka laaaa. Boleh try lepas ni

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...