Apa Khasiat Sireh Pasir ?


Assalamulalaikum ...

Apa Khasiat Sireh Pasir ? |
QV mula diperkenalkan dengan pokok ni oleh my kakak .
Arwah suami dia yang ajar dia makan .
QV pun cuba la makan ... not bad lah .

Apa Khasiat Sireh Pasir ?



Namanya jer sireh pasir tapi taklah sepahit sireh rasanya .
Just nice bagi pecinta ulam cam QV nih .

Namanya sireh pasir .
Ada juga yang memanggil sebagai sireh nyonya / cina .
Ketumpang / ketumbang air juga namanya .
Setakat ni QV makan buat ulam jer .
Rasanya lebih sedap dan rangup . 
Pernah juga masak goreng tapi agak liatlah sikit sayurnya .

Namanya jer sireh pasir tapi taklah sepahit sireh rasanya .
Just nice bagi pecinta ulam cam QV nih .



Apa Khasiat Sireh Pasir ?


Nak tanam pokok ni pun senang .
Lepas tanam sepokok , beranak pinak lah nanti .
Pokok hidup melalui bijinya yang mudah disebarkan .

Setakat ni QV tak tahu apa khasiatnya .
Cuba cari kat google pun tak jumpa .
Kalau teman - teman tahu khasiatnya ,
kongsilah dengan QV yer .


Update terkini :Hasil daripada perkongsian QV di FB group ,maka inilah khasiatnya :* mengubat penyakit buasir .* untuk redakan demam .( ramas dan sapukan di kepala dan badan )* darah tinggi , kencing manis .* ubat gout .

Sinsei Cina menjualnya tapi dah dikeringkan .
RM10 untuk 100gm .
Nampaknya ia sangat berharga untuk kesihatan .



BACA JUGA :

Khasiat Daun Tenggek Burung
Khasiat Daun Kemangi
Khasiat Sayur Meranti



14 Sila komen:

  1. pokok ni rajin tumbuh melata kat tanah yg lembab n subur kata orang boleh menambah tenaga bagi yg lumpuh...walahualam.

    ReplyDelete
  2. tu rasanya pucuk kaduk tu, org Tganu panggil la, sedap buat nasi kerabu, buat campur dalam sayur lemak putih.

    ReplyDelete
  3. Macam pernah tengok pokok ni, tapi tak tau namanya dan tak tau khasiatnya...

    ReplyDelete
  4. baru tau tumbuhn nI QV..tau daun sireh sj

    ReplyDelete
  5. Tak pahit ke kak?? Ena ritu try gigit sirih biase tu pun dah menggeliat badan ena.. pahitttt! XD

    ReplyDelete
  6. Hahaha memang sedap ni pucuk dia!!!!!!! tapi kat sini kita tak panggil sireh... alamak lupa lak nama dia.. nanti saya buat entri pasal pokok ni jugak.... :D
    nak kena pi cari petang ni... hahahaha... hmmm dah terliur dah..

    ReplyDelete
  7. Nampak macam pucuk kaduk. tapi tak tahulah kalau lain.
    Kalau pucuk kaduk kakak pun buat ulam, buat kerabu, masuk dlm masak lemak cili padi ikan pun sedap. Kalau buat botok-botok pun boleh camputkan daun ini dlm resepinya sedap. Tapi kalaulah pucuk kaduk. Kalau sireh pasir itu tak sama dgn kaduk so jgn ikutlah...

    ReplyDelete
  8. tak penah makan kot akakni .. sedap yerk..

    ReplyDelete
  9. serius KA baru tau, tntang sireh pasir ni... tq share yer

    ReplyDelete
  10. baru tau nama pokok serta baru tau ia boleh dimakan...pokok ni byk tumbuh dalam pasu2 bunga serta pasu orkid kt rumah ni..tak larat nak buang..

    ReplyDelete
  11. nama lain utk pokok ni ketumpang air,sirih laut,sirih cina. Namanya sirih sebab bentuk daunnya seakan sirih je... tak tergolong dalam famili sirih pon. rasa pokok ni mcm tauge n bayam tu yg membuatkan pokok ni unik. dibuat ulam,salad, ataupun goreng mcm goreng kangkung tu tambah udang sikit dah sedia utk dimakan, ohhh mudahnyaa.

    ReplyDelete
  12. sedikit info tambahan. mmg pokok ni dlm gambar nampak mcm daun kaduk. tp lain bebeno sebenarnya. saiznye jauh lebih kecil dr daun kaduk atau pucuk kaduk. selain dr tu cara nk kenal die dgn tgk batang pokok ni die flexible n lembut kalau kite cuba nk patahkan. betulkan kalau silap ye. tq

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...