ASSALAMUALAIKUM ........
Daun betik ? Dah tentulah pahit . Korang mesti tak terliur kan ! Den suka makan gitu jer selepas dicelur , daun betik tu mestilah sekadar layu jer dan tanpa di potong ... cecah sambal belacan , masuk mulut . Soodap !
Kelebihan Daun Betik
Rasanya ramai antara PEMBACA yang menghidap darah tinggi . Macam biasalah , ubat herba ni memang lah pahit . Tapi yang pahit tu lah lebih mujarab berbanding ubat hospital yang berfungsi sekadar mengawal / mengurangkan tapi bukan untuk menyembuhkan .
Daun Betik Ubat Darah Tinggi
Air rebusan pucuk betik jika diminum dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan kita . Tapi wanita hamil tidak dibenarkan ambil ya !
1. Rebus air
2. Potong - potong daun betik muda
3. Masukkan ke dalam air yang mendidih , biarkan selama 30 minit .
4. Ambil airnya , biarkan suam dan minum .
Korang jangan pulak pi buang daun betik lepas ambik airnya . Daun tu korang boleh jadikan sajian bersama nasi .
Buang Rasa Pahit Daun Betik
Buang pahit rasa daun betik ni adalah petua dari my kakak . Caranya mudah saja .
- korang kena cari daun pokok senduduk , kemudian rebuslah bersama daun betik .
- Rebus daun betik tadi gunakan air baru . Perah limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tuh selama 5 minit .Toskan dan buang airnya .
Resepi Daun Betik Goreng
1. Goreng ikan bilis / jeruk ikan masin / belacan , letak tepi
2. Panaskan sedikit minyak .
3. Masukkan hirisan bawang putih , bawang merah , halia , cili kering / cili besar / cili padi ... tumis hingga naik bau .
4. Masukkan daun betik yang telah ditoskan airnya , kacau .
5. Masukkan no.1 dan bahan perasa , kacau sebati .
6. Hidangkan dan makan bersama nasi panas ... fuhh melilih air mata ... hahahaaaa
SELAMAT MENCUBA ......
good sharing
ReplyDeleteulam daun betik rebus memang terbaik...pahit sungguh..
ReplyDeletedaun betik ni orang guna utk melembutkan daging..
petua yang menarik
ReplyDeleteTeringat masa kecik2 dulu, mak selalu masukkan daun betik dalam gulai ayam kampung bagi melembutkan isi dagingnya...
ReplyDeletemasa kecik-kecik dulu, mak saya pernah masak daun betik buat sayur
ReplyDeleteyang buat ulam tu tahu.. celur2 kan..
ReplyDeletetapi yang rebus ni first time dengar.. ehehe.. nice sharing =)
SEDAP NI NAMPAKNYA KENA TANAM BANYAK POKOK BETIK BARU BOLEH DISAYURKN PUCUKNYA...
ReplyDeletepucuk betik ni buat sayur lemak lalu nak makan..klu buat ulam, tak lalu..
ReplyDeletedaun betik juga boleh merawat demam denggi kan
ReplyDelete