Kelebihan Daun Betik


ASSALAMUALAIKUM ........

Daun betik ? Dah tentulah pahit . Korang mesti tak terliur kan ! Den suka makan gitu jer selepas dicelur , daun betik tu mestilah sekadar layu jer dan tanpa di potong ... cecah sambal belacan , masuk mulut . Soodap !


Kelebihan Daun Betik



Kelebihan Daun Betik 


Rasanya ramai antara PEMBACA  yang menghidap darah tinggi . Macam biasalah , ubat herba ni memang lah pahit . Tapi yang pahit tu lah lebih mujarab berbanding ubat hospital yang berfungsi sekadar mengawal / mengurangkan tapi bukan untuk menyembuhkan .


Daun Betik Ubat Darah Tinggi


Air rebusan pucuk betik jika diminum dapat menstabilkan tekanan darah dalam badan kita . Tapi wanita hamil tidak dibenarkan ambil ya !


Cara Menyediakan :

1. Rebus air
2. Potong - potong daun betik muda
3. Masukkan ke dalam air yang mendidih , biarkan selama 30 minit .
4. Ambil airnya , biarkan suam dan minum .


Korang jangan pulak pi buang daun betik lepas ambik airnya . Daun tu korang boleh jadikan sajian bersama nasi .


Buang Rasa Pahit Daun Betik


Buang pahit rasa daun betik ni adalah petua dari my kakak . Caranya mudah saja .

  • korang kena cari daun pokok senduduk , kemudian rebuslah bersama daun betik .
  • Rebus daun betik tadi gunakan air baru . Perah limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tuh selama 5 minit  .Toskan dan buang airnya .


Resepi Daun Betik Goreng 


1. Goreng ikan bilis / jeruk ikan masin  / belacan , letak tepi 
2. Panaskan sedikit minyak .
3. Masukkan hirisan bawang putih , bawang merah , halia , cili kering / cili besar / cili padi ... tumis hingga naik bau .
4. Masukkan daun betik yang telah ditoskan airnya , kacau .
5. Masukkan no.1 dan bahan perasa , kacau sebati .
6. Hidangkan dan makan bersama nasi panas ... fuhh melilih air mata ... hahahaaaa



SELAMAT MENCUBA ......









10 Sila komen:

  1. ulam daun betik rebus memang terbaik...pahit sungguh..

    daun betik ni orang guna utk melembutkan daging..

    ReplyDelete
  2. memang tak pernah makan..sebab bau pun busuk..kalau pucuk betik yang orang selalu makan tu pun akak tak makan,apa lagi daun betik..heheheh

    ReplyDelete
  3. Teringat masa kecik2 dulu, mak selalu masukkan daun betik dalam gulai ayam kampung bagi melembutkan isi dagingnya...

    ReplyDelete
  4. masa kecik-kecik dulu, mak saya pernah masak daun betik buat sayur

    ReplyDelete
  5. yang buat ulam tu tahu.. celur2 kan..
    tapi yang rebus ni first time dengar.. ehehe.. nice sharing =)

    ReplyDelete
  6. SEDAP NI NAMPAKNYA KENA TANAM BANYAK POKOK BETIK BARU BOLEH DISAYURKN PUCUKNYA...

    ReplyDelete
  7. pucuk betik ni buat sayur lemak lalu nak makan..klu buat ulam, tak lalu..

    ReplyDelete
  8. daun betik juga boleh merawat demam denggi kan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...