Petua Rawat Senggugut



ASSALAMUALAIKUM ...

Senggugut memang satu perkara yang orang perempuan tak dapat elak bila waktu period . Sakit memang sakit . Lagi seksa bila rasa sakit tuh sampai ke pinggang . Ada yang merasa sakit nih hanya untuk beberapa jam . Ada gak yang sampai sehari / dua .

Kat sini QV ada beberapa petua yang korang boleh cuba .

1. Minum air Kunyit . Ini petua dari omak QV 

Caranya : Ambil kunyit , tumbuk halus , pastu perah ambil airnya + sedikit garam .

2. Minum air Serai . Ini petua dari makcik QV . 

Caranya : Ambil beberapa batang serai , rebus bersama 3 cawan air . Biarkan mendidih sehingga jadi satu cawan .

3. Minum air Rumput Jarum Emas

Caranya : Rebus rumput jarum emas bersama air . Minum ketika suam .

4. Minum air Halia

Caranya : Ambil segenggam halia , tumbuk hingga lumat . Masukkan ke dalam segelas air suam . Bila halia mendap , ambil air dan minumnya .

5. Telan kapsul halia + lada hitam

Caranya : Ambil serbuk halia dan lada hitam . Kuantiti mestilah sama banyak . Masukkan ke dalam kapsul kosong . 
Makan 2 biji selepas makan tengahari dan makan malam . Sminggu sebelum haid .

6. Minum air Teh tanpa Gula

Caranya : Ketika sedang haid , minumlah air teh pahit tanpa gula .


p/s : Jangan makan timun disaat HAID, kerana boleh menyebabkan darah HAID melekat di dinding rahim,setelah 5-10 hari dapat menyebab KETUMBUHAN & CANCER RAHIM .
- kajian .




2 Sila komen:

  1. semua tu tak penah buat. Yg penah buat..makan pain killer!!
    huhuu..

    ReplyDelete
  2. Petua yang menarik. Selain itu, bagi mengelak senggugut, kaum wanita juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin A, B6, C, D dan E kerana kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan vitamin berikut kurang diserang penyakit ini. Sekadar berkongsi.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...