Assalamualaikum ...
Alkisahnya , si abang beitahu kat mamanya yang esok tak dapat pergi ke sekolah sebelah pagi ( ko korikulum ) . Katanya driver vannya tak nak hantar sebab cuma tahun 3 jer yang ada ko ko . Jadi membazir minyak sajalah . " Mana boleh macam tu , kan mama bayar duit minyak aka tambang ! "
Maka my kakak kata , pergi dengan dia sajalah . Tapi abang kena dok kat kantin sampai la masa ko ko tiba . Si abang tak nak lah pulak sebab pagi sangat . Jadi mamanya kata tak yah pegi ko ko . Pergi sekolah tengahari sahaja .
Hi , saya Mohamad Aqif , 9 tahun . |
Tengahari , driver vannya telefon my kakak beritahu si abang tak ada dan tanya si abang pergi dengan siapa . My kakak call QV , QV beritahu dia , mungkin abahnya yang ambil dan hantar ( tempat kerja abahnya dekat saja ) . My kakak pun call si abahnya . Abahnya kata dia tak ada hantar abang pergi sekolah ! OMG !
My kakak telefon QV dengan suara yang dah confirm menangis . Dia kata dia ada kat PPD sedang kursus . QV suruh juga my kakak pi cari kat sekolahnya ( gerak hati QV , si abang tumpang kawannya yang dok satu taman ) .
Dapat tak teman - teman bayangkan keadaan my kakak yang sedang preggy 6 bulan , terkejut anak x ada , pastu memandu daripada Sepang hingga ke sk Cyberjaya dalam keadaan otak bercelaru dan hati yang sangat hiba untuk pastikan sama ada anaknya ada atau tidak !
Bila tiba di sekolah , dengan bantuan gurunya , alhamdulillah , si abang ada di sekolah . My kakak dah menangis gila menunggu si abang tiba dan si abang sudah ketakutan , takut kena marah !
Telahan QV memang benar . Dia berjalan kaki ke rumah kawannya ! Silapnya , si abang tak beritahu pada sesiapa sama ada QV , abahnya juga si mamanya . Sebab , dia tahu dan pasti kami takkan izinkan ! Bimbang dia kena rembat semasa dalam perjalanan ke rumah kawannya .
Bila khabarkan kat abahnya , si abah tegur my kakak supaya jangan marah . My kakak kata , ini bukan soal marah tapi terkejut tahap anak dalam perut rasa macam dah nak keluar !
Coolnya lah si abahnya ya !
Petang tu , bila si abang tiba daripada sekolah , my kakak terus bawa dia pi jalan - jalan kat Giant . Balik dari Giant , si abang happy macam tak ada apa - apa yang berlaku . Bila dia naik upstairs dan diikuti oleh si abah , maka dengarlah bebelan panjang dari abahnya ... QV buat tak dengar jer ... heh heh heh .
Kenapa QV tak terfikir si abang kena culik ?
- kalau ada orang yang tak dikenali di depan pagar , dia hanya memerhati dari dalam rumah .
- dia menunggu van sekolah di dalam rumah sambil tengok kartun atau main tablet .
- jiran kiri dan kanan sentiasa ada dan sentiasa membuka pintu rumahnya .
- di rumah sentiasa ada sebuah telefon untuk call kalau ada yang mencurigakan .
- dia budak baik ... heh heh heh ... cuma kekadang dia naughty sikit . Budak lelaki kan !
Semasa makan malam , QV berdua jer dengan kakak , selamba jer QV cakap : " Tu lah anak lelaki . Nakalnya tak sama dengan anak perempuan . "
Sebenarnya si abang ni adalah anak tunggal lelaki . Nasib baik si kakak - kakak tak tahu kisah ni . Kalau tak confirm dah kena bebel awal - awal ... hahahaaa .
Kisah yang dah jadi Hari Ini Dalam Sejarah bagi kami semua . Kejadian yang hampir jadi tragedi menyayat hati . Alhamdulillah , Allah masih sayang kami dan mahu menguji kami .
wah...abahnya cool je...
ReplyDeleteZaman sekarang segalanya tak terduga boleh terjadi. Tak seperti zaman dulu-dulu, aman damai, anak keluar pagi dan balik petang ibu bapa tak risau kerana zaman itu belum ada penculik...
ReplyDeleteOnar lagi... Kasihannya
ReplyDeleteSalam Puan Qaseh Vee;
ReplyDeleteSaya ambil ibrahnya;)...
alahai abang... nasib baik tak de pape... kesian maknya... tapi biasa abah mmg terlebih cool!!
ReplyDeleteYa, Allah! QV, nasib baik takda apa-apa. Kalau saya jadi ibunya dah tentu meronta, meraung bagai dengar anak takda kat sekolah. Masha Allah, minta dijauhkan. Saya memang cepat panik apatah lagi kalau pasal anak-anak. Kalau anak sembunyi balik tiang sebelah saya dan saya tak nampak pun dah menjerit macam nak rak. Oh, tak boleh bayangkan macamana perasaan your kakak tu, QV!
ReplyDelete