Home / MY FAMILY
Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts
Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts
Ku Sangka Manis Rupanya Masin
Ku Sangka Manis Rupanya Masin | Korang Kalau sambut raya haji Ada buat biskut Dan kek tak ? Kalau sis selalunya buat lah sebab raya juga kan . Cuma biskut tu tak le semeriah raya haji . Dapat buat sejenis biskut pun dah ok kan . Itu pun dah warning Kat anak buah , esok baru boleh makan . Kalau tidak , habis bakar terus licin mereka ngap ... Heh heh heh ...
Bila Peperiksaan Menjelang
Bila Peperiksaan Menjelang | Hari ini , para pelajar UPSR seluruh Malaysia sedang menjalani peperiksaan . My anak buah Nabila adalah diantaranya . Dari semalam lagi my kakak dah tanya alat keperluan peperiksaannya sudah disediakan ke belum . Malam tadi , dah pesan tidur awal tapi pukul sebelas masih turun naik tangga anak dara tu .
Alahai Sarung Tangan
Alahai Sarung Tangan | Selalunya bila sis tonton drama Korea , kaum wanitanya akan memakai sarung tangan bila buat kerja terutamanya bila cuci pinggan . Kalau zaman dulu , sarung tangan digunakan untuk lindungi tangan dari tercedera tapi wanita zaman sekarang, alasan yang paling tak menahan adalah takut tangan jadi kasar ... Heh heh heh .
Virus Ke Ujian
Virus Ke Ujian | Sudah seminggu my anak buah bersilih ganti ponteng sekolah / cuti mengejut sebab tak sihat . My kakak pun sama tapi tetap kerja . Cuma sis Dan man in the house je sihat ... Alhamdulillah .
Petani Moden
Petani Moden | Tak ramai pemuda / pemudi sekarang yang nak jadi petani moden walaupun mak bapak mereka ada banyak tanah dikampung yang boleh diusahakan . Kebanyakannya , bila dah habis belajar , mereka lebih cenderung bekerja makan gaji dan memiliki kerjaya yang professional .
Kutu Kepala
Kutu Kepala | Dari mana datangnya kutu kepala ? Dah tentu jangkitan dari satu kepala kepada satu kepala yang asalnya kita tak tahu dari mana . Kita sendiri pun tak tahu di atas kepala ada kutu merayap . Gatal pada kulit asalnya yang kita anggap kelimumur , rupanya ada kaki yang berjalan ... berjalan terkedek-kedek ... grrr
Hensem !
Hensem ! | Hensem ni zaman muda-muda punya priority bila nak cari kekasih . Masa tu , kalau nampak lelaki hansem , mula nak mengedik . Lagilah kalau perasan diri tu cantik bebenor kan . Kalau tengok drama dan filem pun sebab pelakonnya hensem . Panyanyi lagi lah . Walaupun menyanyi suara ke laut , tapi sebab hensem , ada je yang sanggup beli albumnya .
Kenapa Binatang Diberi Nama Orang ?
Kenapa Binatang Diberi Nama Orang ? | Binatang yang sering menjadi kegemaran untu dipelihara manusia adalah kucing , anjing , hamster , iguana , arnab dan ikan . Kalau korang mahukan yang lebih eksotik dan ganas , boleh je bela ular , lipan , kala jengking dan sebagainya . Jaga betul-betul jangan sampai makan tuan pula ya .
Helah Mudah Elakkan Diri
Helah Mudah Elakkan Diri | Helah merupakan salah satu cara yang selalunya digunakan untuk mengelakkan diri dari perlu melakukan sesuatu , disuruh melakukan sesuatu atau menghadirkan diri ke sesuau tempat . Helah dilakukan oleh seseorang atas banyak sebab . Antaranya tidak dapat menghadirkan diri disebabkan sesuatu , ada kerja lain yang perlu dilakukan , tidak mahu melakukan kerjaorang lain dan sebagainya . Senang cerita , helah ni tujuannya untuk selamatkan diri lah .
Belajar Buat Cup Cake
Belajar Buat Cup Cake | Sis suka je kalau masuk dapur buat itu dan ini . Cuma yang sis tak berapa suka bila didesak untuk buat itu dan ini . Bagi sis , sis lebih selesa kalau buat itu dan ini ikut kehendak hati . Maknanya , bila tergerak hati nak buat , terus je buat dengan penuh semangat dan keikhlasan .
Nasi Goreng Daun Betik
Nasi Goreng Daun Betik | Daun betik rasanya pahit . Yang manis adalah buah betik . Walaupun daun betik itu pahit , tetapi rasa pahit itu adalah ubat . Malah , orang zaman dahulu , jamu yang mereka buat dan minum kebanyakannya adalah pahit . Rasa pahit daun betik itu jugalah dikatakan dapat membantu merawat demam denggi oleh pengkaji di Universiti Teknologi Malaysia .
Macaroon Jadi Red Velvet
Macaroon Jadi Red Velvet | My anak buah , bila cuti je , mulalah mulut tu nak makan itu dan ini . Makanya , merengek pada mak usunya suruh buat macaroon . Mak usunya pula , tengah tak ada mood nak masuk dapur .
Bila Anak Cerewet Pilih Makan
Bila Anak Cerewet Pilih Makan | Ibu bapa sentiasa berusaha beri makanan yang terbaik kepada anak - anak mereka terutama sekali makanan itu mestilah berkhasiat . Tapi , bila ibu bapa mereka tiada di sisi , korang anak - anak ni akan pilih makanan yang berkhasiat ke ?
JDT
Assalamualaikum Sahabat ...
JDT | Selamat pagi semua . Semalam , sis ternampak baju JDT di ampaian . Ada dua helai . Satu kecil dan satu besar . Maka tahulah sis , misi my anak buah telah berjaya . Agaknya misi apa yang my anak buah rancangkan ya . Meh , baca cerita sis seterusnya .
Buat Kerja
Buat Kerja | Cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi . Masa ni mesti korang sedang pening nak urus keperluan seklah anak - anak . Sis tengok my kakak nak urus 5 orang tu pun macam dah tak terurus ... banyak sangat permintaan . Layan je lah mama .
Terkesima
Assalamualaikum ...
Sabtu lepas 10 - 10 - 2015 tarikh yang cantik . Maka ramailah juga yang buat majlis kahwin walaupun pada tarikh tu sekolah ganti . My anak buah kata :
" lima orang je yang datang mak usu . "
my kak lak kata :
" ada je mak bapak yang whatsapp minta maaf sebab tak tahu . "
Berkat
Salah Siapa
Assalamualaikum ...
Semalam petang , rumah ini dikecohkan dengan insiden yang tak sanggup dilihat . Siapa yang kecoh ? Sudah tentulah my anak buah . Bagi mereka itu perkara menarik tapi bagi orang dewasa macam kami ini , ianya dah jadi satu beban !
Cara mudah Lipat Baju
Cara mudah Lipat Baju | Dah jadi lumrah bila bebudak cepat je tangkap dan buat apa yang dia nampak tak kiralah perkara buruk atau baik . Yang den nak cerita ni benda baiklah . Sekejap dulu ramai blogger kongsikan cara mudah melipat baju dalam blog selain facebook .
Cara Mudah Lipat Baju
My anak buah si qistina pun bersemangat nak cuba melipat baju guna kertas kotak yang dibuka . Bukan dia saja , malah si abang pun join sama . Sejak dia tahu cara mudah lipat baju ni , maka terlebih rajinlah dia melipat segala jenis baju yang diangkat dari ampaian . My kakak pun tumpang seronoklah sebab dah mudahkan kerja dia .
Gangguan
Sejak kebelakangan ini , aktiviti melipat baju guna ketas kotak ni dah tak lancar macam dahulu . Bila qistina nak lipat baju je , adalah yang cuba meniru nak melipat baju juga walaupun tak pandai . Meh lah layan keletah si baby ainul join qistina melipat baju ...
Suka benar kami tengok keletah si ainul ni belajar perkara baru . Tetapi jadi sebaliknya bagi qistina . Dia jadi marah bila baju - baju yang dah rapi berlipat jadi bersepah semula . Lagi qistina marah bila si baby ainul dok atas kertas yang dia nak guna . Kami yang memerhati cuma gelak je ... zalimkah ? ... hahahaaa ...
Khemah Castle
Assalamualaikum ...
Khemah Castle | Hari yang ditunggu - tunggu para penjawat awam telah pun sampai termasuk my kakak . Macam biasa , bila hari gaji , memang my kakak akan balik lewat sedikit . Selain membeli keperluan , sudah tentu ada barang mainan untuk my anak buah aka kena pau !
Gaji
Den kalau dapat gaji , perkara pertama yang den buat adalah bayar bil dulu . Selebihnya barulah keperluan diri . My kakak bila dah kena pau dengan anak - anaknya , maka inilah dialog pertama dia bila dok sebelah den :
" bayar bil , bayar bil ... "
itu maknanya my kakak mengingatkan diri sendiri sebelum rm tetiba menyusut tanpa sedar ... heh heh heh .
Khemah Castle
Tersengih - sengih my anak buah menunjukkan barangan yang mereka bawa . Mak usunya ini dah mengagak mesti ada sesuatu yang mereka pau dari gaji mamanya . Mereka mengepau khemah castle !
" Ainul punya lah mak usu . "
Yo lah tu . Petang itu , dengan gigihnya si abang dan hanani memasang khemah castle . Si baby Ainul selamba je nene dengan mamanya . Ayat pertama yang keluar dari mulut mak usunya bila melihat khemah ini :
" mama , ko rasa kan , sapa yang dok dalam khemah castle ni nanti ? "
My kakak cuma tersengih saja . Yang pasti kami memng dah tau siapa yang akan guna khemah castle tu .
Spesifikasi:• Material: nilon yang tahan air
• Diameter: 105cm
• Tinggi: 135cm
• Warna: Biru atau Merah Jambu
Ciri-ciri:
• Ringan dan mudah untuk diseliakan.
• Sesuai untuk berkelah atau dipasang di luar rumah pada yang cerah
• Hanya 1 minit untuk dicabut dan dileraikan!
Macam yang di duga , selambe je my kucing bersantai di dalam khemah castle ni dengan selesanya . Selebihnya , selepas itu sudah tentu si abang dan si qistina pula . Bercekrama berdua di dalam tu sampaikan my kakak sergah :
" hoi , mana boleh berdua dok dalam tu . berkhalwat tau . "
kena gelak ramai - ramai . sesaja je nak usik mereka itu . Sudah pasti hujung mingu nanti khemah castle itu akan berada di halaman rumah . Bukan ainul tapi si kakak - kakak yang teruja nak mengeksploitasi khemah castle tu .
Seronok kan anak ramai macam ni ... meriah . Den kalau Allah izinkan je lah baru bolwh dapat anak ... redha kalau itu takdirnya ...
" Open Door "
Assalamualaikum ...
Ahad lepas rumah my kakak dah jadi ' Open Door ' . Orang sibuk beropen house , kami beropen door je . itu pun dah cukup membusykan kami sepanjang hari . Minggu lepas pintu umah my kakak tutup sebab balik kampung . Tiba - tiba dapat perkhabaran birasnya eksiden . Patah kaki , tulang siku terkeluar , patah tulang tengkuk , mata sebelah tak berapa nampak . Masa my kakak pergi ziarah , scan di kepala x buat lagi . semoga isterinya tabah menerima ujian itu .
Seawal pagi , kami dapat perkhabaran ada tetamu nak datang . Jadinya , my kakak mengerah seluruh bala tentera untuk mengemas rumah yang dah tonggang langgang . Langsir pun tak tukar lagi . Ingatkan tak ada tetamu nak berziarah raya ni . Nasib baik kuih raya masih ada stok .
" mama , saudara mama ramai ke kat KL ni ? "
Hanani bertanya .
" kalau mama jemput semua , mama kena buka 2 khemah . "
" hanani , kan semalam mak usu dah kata , esok ada satu hari lagi tapi ko perabih kerepek pisang ! "
Itu cuma belah my kakak lah . Kalau campur belah man in the house , mau berkhemah - khemah lagi lah jawabnya . Walaupun sekadar sepupu dan anak buah , ada juga pakcik , tapi mereka tu ada yang dah bercucu cicit . Soerang my sepupu ,bukan sekadar dah bercicit , malah beristeri 2 . Kalau datang berziarah , memang sat batalion ramainya !
" tak kan dah sampai , awalnya . "
Dengan muka yang tak bersedia tu , kelam kabut cari kunci yang menyorok entah di mana . Rancangan nak memasak untuk tetamu pun tak sempat lagi . Rupanya yang datang my angah n family nun dari bagan datok perak . Pergi jemputan majlis kawin katanya .
My angah datang sekejap je . Tak rezeki my angah lah . Dapat makan biskut raya saja . Selepas my angah balik , secepat kilat my kakak bersilat di dapur . Lepas tu , man in the house balik bawak macam - macam lak .
Bila den nampak ada kek pisang , den suruh lah my anak buah pi potong . Lepas tu den tanya :
" mana kek yang mak usu buat ? "
" dalam saji mak usu . "
Bila den tengok , kek dah berbaki separuh dibaham my anak buah . Urut dada sekejap mak usunya tau ! Sedang kecoh menyediakan juadah , tetamu yang di tunggu pun tiba .
Lepas tetamu balik , den dengan anak buah yang kelaparan pun serbu meja . Tang den buka je saji , my kakak kata :
" ada lagi satu tetamu nak datang . "
Maka angkat kening lah den mendengarnya . Nasib baik datang ikut giliran . Kalau serentak , mana nak cekau gelas yang limited je jumlahnya tu ... adeh .
" boleh makan ke idak ni ? "
" makan le , nanti aku masak lagi . "
Maka selamba saja lah kami melantak ramai - ramai . Gambar kat atas tu baki hidangan untuk tetamu . Ada asam pedas ayam yang kebetulan den masak pagi tadi sebab teringin My kakak masak asam pedas kepala ikan merah , park choy masak sos tiram dan sambal belacan .
Sambil makan sambil bersembang . Masa den dan anak buah makan semua yang di atas itu , my kakak bersilt lagi di dapur memasak mee siam goreng . Kemudan my kakak yang keletihan , join sekali sebelah kami lalu berkata :
" hanani , habis makan tolong mama cuci pinggan . "
Selesai je my kakak cakap , dengar orang beri salam . Maka kelam kabutlah kami habiskan makanan dan kemas meja makan .
" najwa , potong tembikai . ko dah cuci ke belum gelas kat depan tu ? "
Najwa cuma mengangguk je . Maklumlah gelas kami ni limited je jumlahnya . Den macam biasa , bila tetamu dari belah man in the house datang , den memang dok dalam bilik je . Pemalu ... heh heh heh . Tu sebab tak de gambar mereka .
Dalam jam 6.30 petang , baru kami bebas tetamu . Masa tu , dapur dah tunggang langgang ! Masing - masing tak ada nafsu nak mengemas . Jadinya kami sekeluarga dok depan tv menghabiskan mee siam goreng beramai - ramai .
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)






























