Hensem !


Hensem ! | Hensem ni zaman muda-muda punya priority bila nak cari kekasih . Masa tu , kalau nampak lelaki hansem , mula nak mengedik . Lagilah kalau perasan diri tu cantik bebenor kan . Kalau tengok drama dan filem pun sebab pelakonnya hensem . Panyanyi lagi lah . Walaupun menyanyi suara ke laut , tapi sebab hensem , ada je yang sanggup beli albumnya .


Hensem !

My anak buah si Nabila ni , gila kentang ko dengan animax . Bila dia pegang remote je , channel animax lah perginya . Dah tu , bila dia tengok animax , yang lain pun kena tengok jugak . Akhirnya , sis dan my kakak pun tejebak sekali jadi terlajak suka tanpa sengaja ... meh meh meh .

Animax ni sebenarnya kartun Jepun yang biasa dipanggil anime . Kebanyakan kartun anime ni adalah kisah pelajar sekolah tinggi . Jadinya kisah cinta monyet tu adalah penyedap anime ler . Selain itu ada juga adegan baju bikini / seksi dan dialog yang kurang sesuai untuk remaja macam my anak buah lah . Dah Jepun yang buat kan . Di Jepun kan remaja 13 tahun dia dah terjebak dengan ' benda ' tu . Nasib baik my anak buah ni ok je . Cuma ,selalunya si abang jadi mangsa kena tutup mata ... heh heh heh .

" aku nak tengok . kartun tu hansem ! "

Si nabila merengek bila si kakak nak tukar channel .

" apa ? kartun pun hansem ! Biar betul nabila . "

" kawan saya suka , dia kata hensem ! "

" kawan nabila kata hensem mak usu . " hanani menyampuk .

Terberhenti mak usunya yang sedang minum ini . Nasib baik sis tak tersedak .

" Cuba ko tengok betul-betul muka kartun-kartun tu . Kan sama je . Hidung , mata , mulut , muka dia , sama je . Tang mana hansemnya ? "

Otak mak usunya memanglah tak boleh nak hadam . Tak memasal sis menggaru kepala yang tak gatal . Mak usunya ini masih tak puas hati .

" kalau ko lukis muka kartun tu jadi hansem, hansemlah dia . dia jadi hansem sebab ko yang nak . Bukannya natural macam manusia ni . kartun tu kan buatan manusia . "

Sekarang ni , si nabila gila lak tengok filem kartun batman kat channel cinemax . Boleh merengek gila at kakaknya . Si abahnya pun terpaksa hadap kartun tu sampai mengantuk ... bahahaaaa ...

Sis dulu pun suka je tengok orang hansem dan selalu berangan dapat boyfriend hansem ( memang dapat pun tapi susah jaga ! ) tapi tak le sampai kata kartun pun hansem ! ... alahaiiiii.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...