3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol


3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol | Kolesterol jika tidak dikawal akan menyumbang kepada obesiti , sakit jantung dan penyakit lainnya . Tahukah anda bahawa orang kurus juga boleh ada kolesterol yang tinggi ? Kolesterol bukan sahaja terletak pada badan yang berisi tetapi juga di dalam darah . 


3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol



3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol


Untuk mengelakkan dan mengatasi kadar koleatrol yang tingg di dalam badan dan darah , berikut ada 3 Cara Untuk Mengurangkan Tahap Kolesterol .

1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol


  • Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (sila rujuk jadual Kandungan kolesterol dalam makanan ).
  • Pengambilan kuning telur dalam seminggu adalah sebanyak 2-3 biji sahaja.
  • Organ dalaman seperti hati, limpa , jantung adalah tidak digalakkan
  • Udang , sotong, ketam dan juga kerang - kerangan ( kerang , kupang , kepah , tiram ) boleh diambil secara tidak berlebihan bergantung kepada kekerapan pengambilan dan juga jumlah yang diambil .

2. Kurangkan Pengambilan Lemak

  • Lemak tepu boleh meningkatkan tahap kolesterol darah.
  • Santan merupakan salah satu lemak tepu yang biasa diambil.
  • Bagi setiap masakan di rumah , pengambilan santan perlu dihadkan kepada 2 sudu besar sahaja , sebanyak dua kali seminggu.
  • Bagi masakan di luar seperti di restoran atau gerai , pengambilan kuah santan dalam setiap masakan perlu dielakkan.

3. Tingkatkan Pengambilan Serat

  • Serat makanan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol darah .
  • Sumber serat yang baik adalah buah- buahan , sayur-sayuran dan hasil bijirin mil penuh.

Jenis-jenis lemak


Terdapat 2 jenis lemak dalam makanan iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu.

1- Lemak Tepu

  • Berbentuk pepejal dan keras di bawah suhu sejuk.
  • Biasanya daripada haiwan tetapi terdapat juga dalam lemak tumbuhan seperti santan kelapa.
  • Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

2- Lemak Tidak Tepu

  • Lembut walaupun disimpan di dalam peti sejuk
  • Kebiasaanya daripada tumbuhan

4 comments:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...