Mana Baik Mana Jahat


Mana Baik Mana Jahat | Kita selalu membezakan sesuatu . Bila membeli , mana cantik mana buruk , mana cerah mana gelap , mana besar mana kecil dan sebagainya . Itu lumrha kita sebagai manusia yang mahukan terbaik apatah lagi kalau melibatkan wang ringgit . Sekurang-kurangnya biarlah pembelian itu berbaloi .

Mana Baik Mana Jahat


Sis kan suka tegok drama korea . Jadinya , kalau sis tengok drama korea , cuma my kakak je yang join . My anak buah memang tak minat . Drama Korea ni kan banyak yang berat jalan ceritanya . Hampir setiap watak ada kaitan terutamanya yang kisah orang korporat gitu . Jadinya , my anak buah susah nak hadamlah . 

Bila my anak buah dah boring , boring ulang-ulang baca komik , baca novel , layan lappy mamanya dan main game , mereka akan sertai juga sis layan drama korea . Maka timbullah pertanyaan pertama :

" mana baik mana jahat? "

Bila soalan tu keluar , maka mak usunya akan jadi story teller bagi mereka faham . Bagi sis yang dewasa ni , bila menonton cerita , kita ada penghayatan . Bagi mereka pula lain fikirannya :

"tak sukalah citer korea ni . Asik nak gaduh , dengki-dengki je . "

Itu luahan Hanani . Maksudnya, dia tak faham macam mana sebuah jalan cerita itu perlu digharap supaya lebih mengujakan penonton . 

Di dunai realiti perkara seperti dalam cerita itu memang berlaku . Tetapi kerana dunia remaja ini setakat sekolah , gajet dan kawan-kawan , maka mereka susah sikit nak percaya ada perkara begitu dalam kehidupan .

Sebab itu , my anak buah yang masih remaja ni ada minta mereka sendiri bila tonton tv . Si Najwa suka tengok dokumentari seperti national geographic , hanani suka siri detektif seperti detektif conan dan Gerak Khas , Nabila pula sukakan animax . Si abang dan si yaya masih sukakan kartun tersangat ! Kalau tengok filem , mereka sukakan genre komedi dan seram . 

Alhamdulillah , dalam rumah ini tak ada sifat baik dan jahat , semuanya bekerjasama dan hubungan pun mesra . Itu lebih baik dari mereka belajar karaktor baik dan jahat pastu mereka cuba buat ... haru nanti jadinya ...


Tapi kan , bila mereka tengok filem tak kiralah filem apa , tak ada lak mereka tanya mana baik mana jahat ... hurmmmm .



No comments:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...