Macaroon Jadi Red Velvet | My anak buah , bila cuti je , mulalah mulut tu nak makan itu dan ini . Makanya , merengek pada mak usunya suruh buat macaroon . Mak usunya pula , tengah tak ada mood nak masuk dapur .
Sis ni sebenarnya kalau nak masuk dapur ikut mood terutama bab membake ni lah . Sis memang hangin kalau sis tengah hadap lappy tetiba kena desak pulak membake . Nak membake ke nak memasak ke , kena buat dari hati . Kalau tak memang memang bersepah le jawabnya dapur tu karang .
Oleh kerana mak usunya tak de mood nak buat macaroon , maka my anak buah nekad je buat sendiri . Mereka buat macaroon ikut resepi yang ada dalam novel Siti Makaron yang sis pernah cerita pada entry lepas .
Dalam pada mendengar bunyi mixer berputar itu , sis teruskan menghadap blog . Pada masa yang sama , sis rasa tak sedap hati pula . Maka menjenguklah sis melihat perkembangan macaroon mereka .
Masa sis tengok tu , adunan putih telur dah kembang tapi my anak buah tak tahu sama ada putih telur tu dah kembang . Sis lak pi dok kat sofa layan astro . Pas tu pi jenguk balik . Tetiba tergerak hati nak suruh mereka hentikan mixer tu .
Sis ambil sudip dan kaut sedikit . Hok aloh ... adunan putih telur dah jadi cair semula . Maknanya dah terlebih putarlah . Makanya kena tukar plan B pula . Sis katakan pada anak buah :
" dah tak boleh buat macaroon ni . Kita buat kek ajelah . "
Suruh anak buah masukkan 3 biji kuning telur yang berbaki , putar dengan putih telur yang dah cair tu , masukkan tepung , soda bikarbonat , baking powder , minyak dan susu pekat manis dicampurkan dengan cuka .
Oleh kerana my anak buah dah letak warna merah , maka macaroon jadi red velvet lah cuma tak ada buttermilk . sis gantikan je dengan susu pekat manis campur cuka . Maka jadilah kek di atas tu ...
Lepas tu my anak buah cakap :
" kena masukkan dalam peti sejuklah mak usu . "
" dalam resepi tu tak suruh pun . "
" ada dalam novel tu . Aku baca . "
maka gigihlah si Najwa tunjuk kat mak usunya page yang dia baca .
Tak memasal sis pun baca juga sebab nak tahu lebih lanjut macam mana cikgu siti makaron tu ajar dia buat macaroon .
Makanya , kalau nak cuba buat macaroon lagi , sis kena cuba pula cara itu . Jadi ke tidak macaroon tu ya ... ermmm
Bagusnya dpt anak buah yg rajin ke dapur ni makusunya turun tangan kala perlu jer...
ReplyDeletemrk rajin sbb mama dan mak usunya malas ... hehehee
Deletepanjang betul kekdahnyaaa nak jadi seketul macaroon ni...bersambung entrii haaa...kekeke
ReplyDeletekena cerita detail baru hadam sally ... heheheee
Deletegebusnyaaaaaa
ReplyDeletegebas ... heheheee
Deleterajin anak buah vee:)
ReplyDeleterajin sbb nak mkn ... hehehee
Deletewah! nama macaroon tu asalnya nama orang ke?
ReplyDeletetak tahulah kak yon . tau mkn jee ... hehehee
DeleteHantar la kat Bangi siket Vee..hihi
ReplyDeletedah habis la fidah ... huhuhuuu
Deleteaduyaiii sebenarnya tk perlu lama dik kalau buat macaron bila dh jd merengue je stop je hehe tkpe dh jd rvc ti kira oklah tu
ReplyDeletetak pe . proses belajar mmg cam tu kak nooriah ...
Deletemacaroon memang leceh kan, patutlah sebiji pun dah mahal harganya ... kek pun kek lah, nampak sedap tu :)
ReplyDeletesbb mahal tu yg nak try buat sendiri ...
Delete