Terkesima


Assalamualaikum ...

Sabtu lepas 10 - 10 - 2015 tarikh yang cantik . Maka ramailah juga yang buat majlis kahwin walaupun pada tarikh tu sekolah ganti . My anak buah kata :

" lima orang je yang datang mak usu . "

my kak lak kata :

" ada je mak bapak yang whatsapp minta maaf sebab tak tahu . "


Terkesima
Berkat





My anak buah yang bersekolah cuma dua orang je . Si qistina nak sangat ke sekolah sebab teruja dengan sukan 1 Malaysia . Si Najwa lak nak tengok tempat periksa PT3 . Kemana lagi 3 orang ? 2SI abang dan Nabila ikut abahnya balik kampung sebab sepupunya kahwin . Kata my kakak :

" lepas bulan 10 dan bulan 11 . Masa tu kan dah cuti sekolah . Kot ya lah pun , sabarlah sikit . Kalau buat cuti sekolah kan semua adik beradik sedara mara dapat datang . "

hahahaaa ... den gelak je . Anggap je lah pengantin tu nak sangat tarikh cantik 10 / 10 ... heh heh heh .

Si Hanani malas nak sekolah , boring katanya . Jadinya , dia kena jadi nanny jaga si baby Ainul . Selepas solat subuh , pi join baby Ainul sambung tidur . Mak usunya join sekali sebab nak ' kelon ' dengan baby ainul . Tapi dia cari kakak dia juga ... cisss .

Bila si Hanani dok umah , confirm lah dia pegang remote . Bila dia pegang remote , memang dia bawak ke hulu ke hilir . Jadinya , mak usunya ni redha je lah dengan apa je cerita dia tengok .

Bosan dengan cerita hanani , den pilah on tablet , buka facebook . Sambil belek - belek apa cerita teman persekolahan . ermmm selalunya memboringkan .

Si hanani bila nampak je mak usunya buka facebook , dia pun join sekali . Kesian tv dok cakap sensorang ... heh heh heh . Bila kepala pening baru teringat belum sarapan . boleh gitu ?

Masa den tengah sibuk bersilat di dapur , si hanani tunjuk satu benda ... jeng jeng jeng ...

TERKESIMA den sekejap . Rupanya ada video lucah dalam den punya wall facebook . Orang yang share status video tu orang indon yang den memang tak kenal . Cepat je hanani cakap :

" Facebook mak usu kena hack ni . "

Maka melenjanlah si Hanai mengecek satu persatu dan delete .Banyak tau korang . Rasanya lebih dari 5 . Korang bayangkan gambar videot tu orang melekat tengah buat . Kalau si hanani klik , memang terus ke nampak orang mengenjut tau !

Den tak tau la video tu ada ke tidak kat timeline facebook den masa tu . Tapi rasanya video tu kat wall facebook je . Dan ini kali pertama berlaku . Makanya , kena rajin cek timeline facebook lah lepas ni .

Selambe je den cakap :

" korang zaman remaja lagi dah tau macam mana proses nak buat anak . Mak usu dulu , dah keluar U baru tau . Tu pun sebab ada babak tu dlm video . "

Bila my kakak balik , si hanani laju je buat laporan . Maka my kakak pun cakaplah :

" hari tu , aku tergerak hati nak cek facebook budak - budak ni . Benda tulah yang aku jumpa berlambak kat facebook akif dengan nabila . Aku terpaksa cek satu - satu facebook kawan - kawan dia . Rupanya akif ada add orang yang dia tak kenal . Si nabila lak , video tu datangnya dari gambar - gambar anim yang dia share . Kalau tengok kat phone memang tak nampak . Nasib baik aku tergerak hati nak tengok kat laptop . "

Hah , panjang tak kakak den menerangkan kejadian sama yang dia dah jumpa . Korang bayangkanlah , si nabila dan akif yang masih sekolah rendah tu jadi mangsa . Tak pasal - pasal kena tanggung dosa kalau ada kengkawan mereka yang klik video tu .

My anak buah ni , mungkin takut terlupa , jadi mereka semua tulis password kat dalam satu buku nota kecik . Sebab mereka ni jarang buka facebook . Sebulan sekali belum tentu . Den terjumpa , pastu den pas kat my kakak ... heh heh heh .

Jadi kan korang , rajin - rajinlah cek facebook anak korang ya . Kalau anak korang dok dalam bilik sensorang , pastu pi kuci pintu , segeralah rasa curiga ya . 


28 Sila komen:

  1. inilah yang membimbangkan ky sekarang ni. zaman anak2 dah lepas.bimbangkan cucu yang sedang meningkat remaja. emak ayah leka berkerja..ntah di pantau nya ke tidak anak2 mereka..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuah kan . klu budak dok dlm bilik , tak tau apa mrk buat . lagilah time tgh mlm org sdg tidur ...

      Delete
  2. pasal video lucah tu memang dah merata orang dok share sekarang nih...hari tu ada gak dok tag instagram akaun gay boy... uhukss... cepat-cepat block ...habis cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dewasa selalunya x layan benda tu tapi budak remaja yg membimbangkan ...

      Delete
  3. nice to meet you,, , jom join utk meramaikan kenalan di alam maya
    http://jepunmari2.blogspot.my/2015/10/segmen-jom-tambah-follower.html

    utk tambah follower.. :)

    ReplyDelete
  4. bahayanya..adoi, orang yang jarang check FB macam saya lagi berisiko kena..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah , cepat cek . kang tak memasal dapat peringatan dari ' penaja ' ... hehehee

      Delete
  5. hahaha..tak sabar ye..tapi hari ni tarikh lagi cantik 15/10/15...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik tarikh hari ni . birthday my kawan tapi dia demam dan ambik mc ... keisan .

      Delete
  6. zaman skrg pengawasan ke atas kanak2 kena lbh...bkn takat luaran je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . cuma ibu bapa x de masa yg banyak nak pantau ...

      Delete
  7. Bahayakan Vee bila FB ke hack..
    Pastu keluarlah pulak gambar tak senonoh tu..
    Aduhai.. takut anak2 kecik yg buka jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan ... bebudak bkn tau ... kang tak memasal dia bertanya yg bukan2 ...

      Delete
  8. dah lama x buka facebook..nak kena check jg ni..huhu..dunia tanpa sempadan..

    ReplyDelete
  9. astaghfirullah..mengucap sakan baca n3 qv ni...makayah zaman la ni terpksa hadapi masalah gitu pula ya..mesti sentiasa awasi geraklaku anak2 la ni...yg mudah akses apa saja dgn klik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi masalah bila internet dah murah kat phone . jadi senang je bebudak dpt tgk ...

      Delete
  10. Saya pun dah lama tak begitu layanz FB..
    ehem..nasi berkat tu, buat jadi lapar la..huhu

    ReplyDelete
  11. Suatu yg memang amat sukar utk dielak. Hal ini tak dapat tidak anak kakak pun dah tertengok baru sibuk inform mama mereka. Dunia makin canggih ini syaitan pun makin canggih. Jadi iman kena dicanggihkan juga pada anak-anak jagaan kita.

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang tu spam kak...susah kita nak detect...nasib jugak akak dapat detect...kalau yg jenis virus tak boleh detect..mau haru biru!

    ReplyDelete
  13. Facebook sejak 2 menjak ni sering memaparkan 18x

    ReplyDelete
  14. Bila internet tanpa sempadan..semua hjg kuku je..sebenarnya tiada keperluan pun anak2 perlu ada media sosial cm fb atau ig...

    Ermm..tapi tulah...zmn die org x sama mcm zmn kita kan.. zmn kita duk bermain lumpur, main guli, glh pjg bagai..skrg?? Duk perap dlm rumah ngan hp...

    Mmg ade byk skrg ni fb kena hack...dgn video lucah...lagi haru bila tuan punya fb xtau apa2..hehehe...

    Mak ayah kena perhatikan anak2 ni lebih sikit :)

    ReplyDelete
  15. Kita mungkin tak layan video macam tu (bajet iman kuat).. Kalau jumpa dek budak2 belia ni rosak2..

    ReplyDelete
  16. aduhai....ada plak Indo share video tu...mmg x boleh sekat eh...mmg bahaya kalau budak2 yg tgk video camtu

    ReplyDelete
  17. bahaya kan ... risau pula ni nak membesarkan anak-anak zaman internet ni

    ReplyDelete
  18. Memang betul tu, Vee. Zaman kita-kita dulu, perkara macam ni 'rahsia'. Nak cakap-cakap lepas pun malu. Zaman sekarang ni tak payahlah susah hati nak mengajar. Kalau tak dikawal, anak-anak memang boleh belajar sendiri. Zaman dah modenkan katanya!

    Risau juga dengan anak bujang den tu. Maklumlah asyik melekat depan komputer. Takut jugalah termelekat kat tempat yang tak sepatutnya pulak!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...