Belajar Buat Cup Cake


Belajar Buat Cup Cake | Sis suka je kalau masuk dapur buat itu dan ini . Cuma yang sis tak berapa suka bila didesak untuk buat itu dan ini . Bagi sis , sis lebih selesa kalau buat itu dan ini ikut kehendak hati . Maknanya , bila tergerak hati nak buat , terus je buat dengan penuh semangat dan keikhlasan .

Belajar Buat Cup Cake




Sama ada sis ataupun anak buah , pantang bila nampak ada telur bertray-tray di dapur . Selalunya , man in the house akan beli dua tray telur untuk sekali beli . My anak buah ni hantu telur . Mesti ada menu omelet telur setiap kali makan . 

Jadinya , bila nampak je man in the house bawa balik 2 tray telur , ayat yang keluar dari mulut adalah :

" jom kita buat kek ! . "

Nak dijadikan cerita , minggu lepas , sis memang sibuk lah melayan blog . Hujung minggu adalah masa untuk settlekan banyak perkara termasuk buat blogwalking ke rumah kawan-kawan . Jadinya, sis rasa rimas bila kena desak buat cup cake . Makanya , selamba saja sis kata :

" nak cup cake , belajar buat sendiri ! "

Sebelum ini , si Najwa dah dua kali buat cup cake . Alhamdulillah menjadi . Masalahnya , dia buat berpandukan resepi yang menggunakan gram . Jadinya bila dia tukar gram kepada cawan menggunakan jug sukatan yang sudah ada sediakan nilai sukatan . Hasilnya , butter yang sepatutnya cuma 1/2 cawan jadi 1 cawan . Cup cake menjadi tapi berminyak sebab dah terlebih butter .

Makanya , untuk memudahkan my anak buah belajar buat cup cake sendiri, sis tuliskan resepinya dan lekatkan di pintu peti sejuk . Maka , si Hanani pula mencuba belajar buat cup cake . Sis terangkan juga serba sedikit prosesnya . Hasilnya , jadi macam gambar di atas .

Maka senyum-senyumlah sis bila tengok hasilnya sebab lepas ni mereka dah tahu buat sendiri . Selepas ni pula , sis cadang nak letak pula resepi kuih dorayaki doremon yang mereka suka sangat tu tu .

Hari ini , tah kuih apa pula mereka nak buat agaknya . Layankan ajalah . Kalau mereka dah tahu buat sendiri , giliran mak usunya lak gantung wisk ... meh meh meh .



5 Sila komen:

  1. rajinnya belajar buat kek..hehe sy tak minat sgt baking..masak lauk pauk saya suka la..;p

    ReplyDelete
  2. WAH RAJIN ANAK BUAH QV KE DAPUR MSK APA SAJA YG MRK SUKAI CUMA PERLU SEDIAKAN BHN KEPERLUAN SAJA...

    ReplyDelete
  3. nmpak hasilnya cute comfom sedap nyer

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...