Nasi Goreng Daun Betik


Nasi Goreng Daun Betik | Daun betik rasanya pahit . Yang manis adalah buah betik . Walaupun daun betik itu pahit , tetapi rasa pahit itu adalah ubat . Malah , orang zaman dahulu , jamu yang mereka buat dan minum kebanyakannya adalah pahit . Rasa pahit daun betik itu jugalah dikatakan dapat membantu merawat demam denggi oleh pengkaji di Universiti Teknologi Malaysia .

Nasi Goreng Daun Betik

Pada cuti CNY yang lepas , my adik beradik berkumpul di kampung untuk mengadakan kenduri arwah bonda yang ke 100 hari . Tapi tak semua yang dapat baik . 3 abang dari pada 4 tidak dapat hadirkan diri . Kenduri arwah dibuat dengan dua sesi . Sesi malam untuk orang kampung dan sesi petang untuk anak murid my kakak .

Bila nak balik KL , my kakaks di kampung telah membawakan pelbagai buah tangan . Ada pucuk ubi , ubi kayu , pucuk betik , daun kesum , limau purut dan bunga kantan . Selain lauk pauk kenduri . Bunyinya macam boleh buka gerai tepi jalan dan buat jualan ... meh meh meh .

Oleh kerana my kakaks di kampung tahu si adik tecik ini suka bebenor dengan pucuk betik , maka gigihlah mereka mematahkan pucuk betik pokok muda untuk dibawa balik KL .

Sabtu lepas , my kakak arahkan my anak buah buat nasi goreng . Bila sis keluar bilik , join my anak buah layan astro , sis ada nampak satu talam ( dulang kecil ) nasi goreng yang tidak habis dimakan .

" kenapa tak habiskan ? "

Lancar je mulut sis bertanya . Si Hanani hanya senyum sahaja . Begitu juga si abang . Maka mak usunya pun selamba saja teruskan layan astro .

Bila masuk tengahari , my kakak pun turun bersama si tecik Ainul . Kemudian duduk di depan setalam nasi goreng yang masih menggunung . Lalu bertanya :

" kenapa tak habiskan nasi goreng ? "

kemudian my kaka pun menjamah sesuap . Kemudian bertanya :

" kenapa pahit ? "

Selamba je sis jawab :

" ko tanya kat yang buat . "

" sapa buat ? Hanani ? "

" Ko letak daun betik , memang lah pahit . "

Bhahahahaaaa ... 

" ko tak kenal daun betik ke ? Ke saja nak test rasanya sedap ke idak ? "

" tau , saja nak letak . "

Selamba je hanani jawab .

Sudahnya my kakak yang habiskan nasi goreng daun betik itu .

Terror tak my anak buah . Orang lain tak pernah buat pun nasi goreng daun betik . Sis ok je . dah memang daun betik tu feveret .

Selalunnya , daun betik itu sis celur dan makan cecah sambal belacan . Sis tak ada masalah untuk makan daun betik tanpa nasi . Kalau arwah my bonda , dia suka daun betik muda tumis / goreng pedas

Maka baki daun betik yang ada itu , sis masak goreng pedas bersama isi ikan yang ditumbuk . Sis dan my kakak , memang tak ada masalah untuk makan . Surprisenya , my anak buah pun boleh makan juga . Maknanya , walaupun sedikit pahit tapi sedap lah tu kan ... masuk bakul angkat sendiri ma . dah bakul tu bawahnya lobang ... heh heh heh . Sebenarnya , pucuk betik muda bila di masak goreng , pahitnya kurang sikit .


6 Sila komen:

  1. pucuk betikpun boleh dipelbagaikan masakannya bagus tu...yg tau dibuat ulam jer.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah makan daun betik, walau pun ada baca daun betik tu bagus buat ubat.

    ReplyDelete
  3. hehehhee..xpernah dengar lagi resepi gituw

    ReplyDelete
  4. nasi goreng pucuk betik...begitu kreatif idea anak buah ya...!
    Akak tak pernah pulak buat masak goreng ,biasanya buat kerabu atau celur gitu je...nak lah cuba juga nnti.

    ReplyDelete
  5. first time daun betik dh jadi nsi goreng hehee
    mesti banyak khasiat kan nasi tu

    ReplyDelete
  6. First time dengar nasi goreng daun betik. Kalau ada dalam menu di kedai makan, memang saya tak orderlah, Vee. Tak makan, makanya saya tak tahu pun ya daun betik tu pahitnya macamana!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...