Assalamualaikum ...
Semalam petang , rumah ini dikecohkan dengan insiden yang tak sanggup dilihat . Siapa yang kecoh ? Sudah tentulah my anak buah . Bagi mereka itu perkara menarik tapi bagi orang dewasa macam kami ini , ianya dah jadi satu beban !
" mak usu , pagi tadi mama langgar lori . Kat bucu depan kemek sikit . "
den dengan tenang bertanya semula :
" macam mana boleh langgar ? "
" mama tak nampak lori . "
Muka my kakak dah tak bermaya dah . Maka den mengatur langkah kaki melihat sendiri bahagian yang kemek .
" mama , itu bukan sikit , tapi banyak ! "
" nak buat camna , aku tak nampak , tetiba je kat depan mata . cuma sempat elak je . lori tu parking makan jalan . sebelah kanan ada kereta , jalan jadi sempit . "
Diringkaskan cerita , masa my kakak sedang tunggu my anak buah kunci pagar , dia dah nampak di depan berkabus . maklumlah , jerebu lagi kan . Oleh kerana jalan lurus , maka my kakak teruskan je perjalanan macam biasa . Dalam kawasan perumahan , mestilah tak laju kan . Masa my kakak tukar lampu tinggi , baru dia nampak ada bontot lori tersembul di jalan yang lurus itu . Dia cuma sempat elak . bila terlanggar juga dah tentu ada bunyi . bila ada bunyi , tuan punya lori pun ada keluar tapi sebab my kakak kejar masa , my kakak teruskan je perjalanan .
Korang rasa , siapa yang salah ? Den malas nak fikir ...
Lori itu milik my jiran . Suaminya tentera pencen . Sekarang ni dah ada company sendiri , security . Ada sebiji kereta mercedes 3 pintu . Isterinya jual nasi lemak di simpang jalan taman kami . Hubungan my kakak dengan mereka suami isteri baik . Masa anak dia bertunang , my kakak dijemput juga . Malah my kakak rajin beli nasi lemak berlauknya .
Bila man in the house balik , my anak buah pun buat laporan . Sepantas kilat lah dia pi belek kereta kesayangannya . Maka meletoplah ... bagi dia , itu salah jiran sebab parking makan jalan . Sepatutnya lori itu diparking lurus bukan senget . dan dan itu juga dia menuju ke rumah my jiran . Herannya , tak ada orang dirumah . Bukan sekali pergi tapi dua kali . Selalunya , isterinya sudah habis jual nasi lemak jam 12 tengah hari . Maknanya , dia pun terasa yang dia juga bersalah . Malamnya , selepas solat isyak . my kakak dan man in the house yang masih tak puas hati , bertandang lagi ke rumah jiran itu . Balik dari sana , den tengok mereka berdua ok je . siap sembang sambil makan di meja makan . Malam ini , my jiran telefon lagi . Kedengaran ada gelak tawa di situ .
My kakak ni jenis yang lebih kurang dan tak suka panjangkan cerita . Berbeza lak dengan man in the house . Dia ni cermat guna kereta . setakat ini tak pernah langgar dan di langgar . orang lelaki kan kalau sayang kereta lebih sayang dari dia sayang isteria dia . Walaupun kereta itu milik my kakak , bulanan pun my kakak yang bayar tetapi bila kereta masuk workshop , man in the house yang bayar .
Den malas nak tanya dan tak kuasa nak tanya hasil perjumpaan mereka . Bimbang nanti terdengar sisi yang negatif , jadi mengumpat pulak . Tak memasal buat dosa kering . Den cuma harap , mereka dapat win win solution . Tak perlu fikir salah siapa sebab benda dah jadi . Berjiran pun mungkin sampai akhirnya kan . semoga dipermudahkan ...
Tetiba den terfikir ... bagaimana kalau pemilik lori itu drive mersnya dan terlanggar kenderaan yang diparking senget kerana keadaan berkabus ya ? Adakah dia marah juga macam man in the house , atau ok je atau lebih meletop dari itu ? ... ermmm
alhamdulilah selesai cara baik..hidup berjiran ada masa perlu lebih kurang..arap lepas ni jiran tu parking betul2 kan..
ReplyDeletesekrg ni dia dah parking betul2 lah ...
Deletemoga ada jaln penyelsaian..:)
ReplyDeletealhamdulillah , ada ...
Deletehidup berjiran ni kena banyak bertoalak ansur jgn asyik nk menang saja yg salah tetap kena ngaku salah barulah khidupn harmoni..
ReplyDeletenasib baik bkn jiran sebelah rumah ... hehehee
DeleteTu lah kan hidup berjiran. Kadang salah dia yang parking tak betul tapi melalaknya macam kita yang salah besar. Ada jiran tu pula suka park tempat orang lain tapi depan rumah dia clear. Dia cuma fikir hal dia je hal orang lain dia pedulik apa. Sabor je lah dengan kerenah jiran yang pentingkan diri sendiri bukannya pentingkan kejiranan.
ReplyDeleteada satu jiran india . semua kerta mewah dia park kat tepi jalan sbb laman rumahnya mcm taman ...
Deletehuhuhu.. betullah.. tu bukan sikit tapi banyak..
ReplyDeleteRM lagi byk mengalir ... huhuhuuu
DeleteKalau ikut undang2 Thailand, dalam keadaan apa pun si-pelanggar tetap bersalah, sapa suruh dia langgar? Tapi undang 2 Malaysia lain, di sini lebih adil, tak ada pemandu yg waras sengaja nak langgar kenderaan orang lain...
ReplyDeletebetullah JR . mana ada org rela nak rosakkan kenderaan sendiri ...
Deletenak salahkan sesiapa pon dh tak boleh. benda dh pon jadi. makan kena keluarkan duit baiki kemek tu
ReplyDeletemmg byk tu nina ... huhuhuuu
Deletehuhu.. teruk jugak tu sis.. last year I bawak kereta abah gi kerja selama sebulan.. U nak tau, ada org langgar belakang kereta masa nak parking kat kedai makan.. lepas langgar dia terus blah.. ada pekerja kedai nampak n bagitau since dia pun kenal I sebab pelanggan tetap.Menurut abg pekerja tu yg langgar tu tgh guna fon masa memandu. geram gila I, hampir 2 minggu I setia pergi kedai tu dgn kereta kemek, dgn harapan dapat jumpa. Tapi kami xdak jodoh.. Balik kmpg bagitau abah, mujur dia tak marah. Dia siap pesan jgn garang2 sangat risau ada yg wat tak elok nanti.. Sedih kot org buat kita macam tu.. Ingat pakai keta besar bagus sangat leh langgar2 kereta org.. Bukan nak sangat duit dia, just nak dia say sorry ka at lez..
ReplyDeletebetullah . klu mrk yg duk kat tpt my kakak ,confirm marah juga ...
DeleteBiasalah lelaki syg isteri..klu keta rosak terpaksa lah suami antar..heheh
ReplyDeletenak buat camna , nafkah tu ... hehehee
DeleteAdusss... Nangessss... Semoga tabah dgn ujian!
ReplyDeleteterpaksa tabah ... sadis je bila tgk yang kemek tu SS
Deletedah repair ke?
Deletebelum ... klu repair sekarang , bebudak gi sekolah jln kaki ler ... huhuhuuu
DeleteSayangnya kereta tu, teruk juga kemek tu...
ReplyDeletemmg teruk zumal ...
Deleteorang lelaki kalau bab kereta ni lain macam sikit..semoga semuanya diselesaikan secara baik
ReplyDeletebetullah kan ... alhamdulillah .
DeletePayah juga sebenarnya nak buat keputusan...jiran pula tu....tapi kalau saya...saya maklum juga...supaya dia tak letak makan jalan....maklum baik2 sama dia......polis pun keluar saman kalau kita makan jalan....
ReplyDeletetu lah kan . kena maklum juga lah kan . biar dia thu kesalahan dia ...
Deletesakit mata memandang, sakit lagik bahu memikul nak mengrepair kete mak kann., huhu2
ReplyDeletedah tak terpikul bahu mak wak ... adehhh .
Deleteinsah Allah ...
ReplyDelete