Bila Peperiksaan Menjelang


Bila Peperiksaan Menjelang | Hari ini , para pelajar UPSR seluruh Malaysia sedang menjalani peperiksaan . My anak buah Nabila adalah diantaranya . Dari semalam lagi my kakak dah tanya alat keperluan peperiksaannya sudah disediakan ke belum . Malam tadi , dah pesan tidur awal tapi pukul sebelas masih turun naik tangga anak dara tu . 

Bila Peperiksaan Menjelang


Hari ini , macma biasa , my kakak berpuasa . Bercakap tentang puasa ni , moh ler kita berpuasa beramai -ramai Sebelum menjelangnya hari Tashrik .

Malam tadi lagi sis dah pesan supaya dia bangun sepertiga malam buat solat . Untung kan budak zaman sekarang . Ibu mereka diberi pendedahan apa perlu dilakukan bila anak nak periksa . Kalau zaman sis dulu , ko nak lulus , ko kenalah rajin belajar ! Tapi my arwah bonda ada beri air penerang hati yang dia bacakan ayat dan tiup pada segelas air . Cumanya , sis tak tanya apa yang dia baca .

Gambar kat atas tu adalah persediaan dak Nabila nak UPSR . Sila abaikan lukisan-lukisan kreatif di sekitarnya . Itu lukisan kreatif dak nabila and the gang masa mereka jadi kanak-kanak ribena . 

Sebenarnya , masa peperiksaan percubaan UPSR , si dak Nabila ni tersalah tulis peribahasa . Jadinya , dia salin banyak-banyak tas kertas dan dan tampal di dinding bilik kakaknya . Kenapa bilik kakak ? Sebab dak Nabila banyak tidur dan melepak dengan kakak-kakaknya . Lagi satu , maksud peribahasa tu si dak nani yang akan jelaskan pada dia . Dah jadi buku bergerak le si dak nani tu . 



Bila Peperiksaan Menjelang

Nota kat atas ni lak , si dak nani punya . Dia ni PT3 . Nota tu dia lekat kat kepala katil . Cantik juga tulisan budak ni . Tak macam mak usunya . Tulisan macam budak sekolah rendah ! Korang jangan pelik ya bila tengok ada lukisan kreatif tu . Si kakak tak lukis tapi adik-adik yang gatal tangan . Si kakak dah malas nak melayan .

Teringat dulu cikgu ada tegur pasal nota-nota ni . Katanya , kalau dah banyak buat nota tampal kat dinding , tiap hari pandang dan baca tapi masih tak hafal , ambil je nota tu , masukkan dalam air dan minum airnya ... hahahaaaa ... sadis betul keperlian cikgu kan !


Bila Peperiksaan Menjelang


Semoga anak-anak yang menduduki peperiksaan itu akan diterangkan hati , dibukakan mindanya dan dipermudahkan untuk menjawab soalan ... 

Sis ni generasi Penilaian Darjah 5 . Kertas soalan kami semua objektif  tak macam UPSR . Cuma perlu pilih jawapan A,B,C,D dan E yang disediakan . Ramai je yang ' pening ' guna buah dadu untuk jawab soalan ... heh heh heh .



10 comments:

  1. semoga berjaya buat kedua dua anak akak...

    bila nak dekat exam nota ringkas sangat penting

    ReplyDelete
  2. good luck utk anak buah vee tu..irda pun adik bongsu ambik upsr tahuj ni..wish kat wassap group family je..satu A ada ganjaran..huhu hopefully dia cemerlanglah..bab tampal nota kat dinding tu memang ada jugak buat dulu..hehe teringat zaman kita ambik upsr kan..

    ReplyDelete
  3. Zaman kita sit for exam dah lama berlalu, Vee. Betul kata Vee tu, kalau dulu musim exam, pandai-pandai komelah nak belajar gaya mana. Makpak doakan aje. Sekarang ni beruntung, makpak main peranan tolong anak-anak selagi terdaya ditolong. Dah masuk dalam dewan exam tu, pandai-pandailah nak 'hidup' !

    Good luck untuk anak buah Vee. Anak saya tengah bersenang-lenang relaxing kat rumah tu sebab dapat cuti 4 hari. Jumaat aje kena pergi sekolah!

    ReplyDelete
  4. good luck buat anak buah vee, nabila ... ibu dia mesti lagi gementar dari anak kan :)

    ReplyDelete
  5. good luck Nabila..semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Mudah2an mereka akan berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  7. KAKAK N ADIK SALING BANTU DLM ULANGKAJI MOGA SUKSES CEMERLANG NABILA DLM UPSR

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...