Helah Mudah Elakkan Diri


Helah Mudah Elakkan Diri | Helah merupakan salah satu cara yang selalunya digunakan untuk mengelakkan diri dari perlu melakukan sesuatu , disuruh melakukan sesuatu atau menghadirkan diri ke sesuau tempat . Helah dilakukan oleh seseorang atas banyak sebab . Antaranya tidak dapat menghadirkan diri disebabkan sesuatu , ada kerja lain yang perlu dilakukan , tidak mahu melakukan kerjaorang lain dan sebagainya . Senang cerita , helah ni tujuannya untuk selamatkan diri lah .

Helah Mudah Elakkan Diri



Sebelum ini sis ada cerita pasal my anak buah . Bila nampak sesiapa bangkit je dari sofa , atau man in tah house nak keluar , ada yang akan bertanya :

" nak pergi mana ? "

Jawapan yang paling win adalah :

" pi london . "

Dah tu , tak kan nak masuk tandas pun kena beritahu pada orang lain kan ... meh meh meh .

Saya Tak Ada !


My anak buah si Nabila ni adalah yang paling mesra alam kat umah ni , Tak pernah merungut bila kena suruh . Walaupun dalam kemalasan dan lemah longlainya , dia kan buat juga . Bila dah macam tu , maka ramailah yang lebih selesa minta tolong dia . Korang rasa , si Nabila ni rimas tak ?

Maka si Nabila ni pun berfikir juga . Kenapa dalam ramai-ramai orang yang melepak depan tv , nama dia juga yang dipanggil untuk buat itu dan ini . Jadinya , dia akan pandang sekeliling dulu . Kalau masa dia tengok tv , tetiba nama dia dipanggil untuk buat kerja , sedangkan ada juga adik beradiknya yang lain maka dia akan mejawab :

" saya tak ada ! "

Bila jawapan itu keluar maka mamanya akan tukar nama lain sebab mamanya tahu ada kakak-kakaknya di situ juga . 

Sekarang ini menjangkit pula pada mamanya . Bila my anak buah ditugaskan jaga si kecik ainul , dan ainul meragam , kakak's lak dah malas nak melayan , maka mereka akan cakap :

" bagi kat mama . "

Mamanya yang selaunya sedang sibuk di dapur , bila dengar je perkataan itu , maka dia akan menjawab :

" mama tak ada ! "

hahahaaa ... gelak sis tengok gelagat anak beranak tu . Bila mamanya dah jawab macam tu , terpaksalah si kakak's hadap juga si ainul yang suka kacau itu ini , panjat sana sini dan main air dalam bilik air ... heh heh heh .

Helah kat atas tu tak leteruk sangat kan . Korang pun pernah juga buat helah kan . Ya lah . Ada kalanya rumah tengah berserabut , tetiba dapat paggilan ada tetamu nak bertandang . Maka jawapan yang biasa dan paling win adalah :

" saya tak ada kat rumah ! "

kan ... heheheee ...


1 comment:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...