Assalamualaikum ...
Khemah Castle | Hari yang ditunggu - tunggu para penjawat awam telah pun sampai termasuk my kakak . Macam biasa , bila hari gaji , memang my kakak akan balik lewat sedikit . Selain membeli keperluan , sudah tentu ada barang mainan untuk my anak buah aka kena pau !
Gaji
Den kalau dapat gaji , perkara pertama yang den buat adalah bayar bil dulu . Selebihnya barulah keperluan diri . My kakak bila dah kena pau dengan anak - anaknya , maka inilah dialog pertama dia bila dok sebelah den :
" bayar bil , bayar bil ... "
itu maknanya my kakak mengingatkan diri sendiri sebelum rm tetiba menyusut tanpa sedar ... heh heh heh .
Khemah Castle
Tersengih - sengih my anak buah menunjukkan barangan yang mereka bawa . Mak usunya ini dah mengagak mesti ada sesuatu yang mereka pau dari gaji mamanya . Mereka mengepau khemah castle !
" Ainul punya lah mak usu . "
Yo lah tu . Petang itu , dengan gigihnya si abang dan hanani memasang khemah castle . Si baby Ainul selamba je nene dengan mamanya . Ayat pertama yang keluar dari mulut mak usunya bila melihat khemah ini :
" mama , ko rasa kan , sapa yang dok dalam khemah castle ni nanti ? "
My kakak cuma tersengih saja . Yang pasti kami memng dah tau siapa yang akan guna khemah castle tu .
Spesifikasi:• Material: nilon yang tahan air
• Diameter: 105cm
• Tinggi: 135cm
• Warna: Biru atau Merah Jambu
Ciri-ciri:
• Ringan dan mudah untuk diseliakan.
• Sesuai untuk berkelah atau dipasang di luar rumah pada yang cerah
• Hanya 1 minit untuk dicabut dan dileraikan!
Macam yang di duga , selambe je my kucing bersantai di dalam khemah castle ni dengan selesanya . Selebihnya , selepas itu sudah tentu si abang dan si qistina pula . Bercekrama berdua di dalam tu sampaikan my kakak sergah :
" hoi , mana boleh berdua dok dalam tu . berkhalwat tau . "
kena gelak ramai - ramai . sesaja je nak usik mereka itu . Sudah pasti hujung mingu nanti khemah castle itu akan berada di halaman rumah . Bukan ainul tapi si kakak - kakak yang teruja nak mengeksploitasi khemah castle tu .
Seronok kan anak ramai macam ni ... meriah . Den kalau Allah izinkan je lah baru bolwh dapat anak ... redha kalau itu takdirnya ...



