JDT


Assalamualaikum Sahabat ...

JDT | Selamat pagi semua . Semalam , sis ternampak baju JDT di ampaian . Ada dua helai . Satu kecil dan satu besar . Maka tahulah sis , misi my anak buah telah berjaya . Agaknya misi apa yang my anak buah rancangkan ya . Meh , baca cerita sis seterusnya .

Powww



Pada Disember lepas , masa my kakak menyping barang keperluan sekolah my anak buah di kampung , my anak buah sempat lagi ' mengecek ' kat mamanya baju JDT dan baju muslimah berserta tudung . Oleh kerana my kakak nak bayar insurans dan road tax , maka cuma baju muslimah berserta tudung sahajalah yang mereka dapat . Tak cukup di situ , masa cari kasut sekolah di giant , mereka sempat poww mama mereka lagi dengan baju muslimah ... adeh .


Powww
masa mak usunya ambil gambar ni , hanani kata mak usu jahat ... hehehee
pastu tanya , mak usu tak nak beli ke ? ... not my taste le beb!


Korang yang ada anak , mesti tak sampai kan bila anak merengek nak itu dan ini . Walaupun masa tu dah over bajet dah . Itulah penangan kasihnya ... ibu .

Jadinya , minggu lepas , masa cuti panjang Tahipusam , my kakak balik kampung untuk hadiri majlis pertunangan anak buah man in d house . Adalah masa untuk cuci mata kat pasar di pekan Senggarang tu . Maka , pucuk dicita ulam mendatang le my anak buah .

" habis dipownya duit aku dengan abahnya . "

Itu luahan hati my kakak . Mana tak ya nya , dah dapat baju JDT seorang satu , pi borong lagi baju T untuk di pakai di rumah . My kakak dan abahnya layan je lah . Lagi pun harganya suma dalam RM16 sehelai . Murah kan ...

My anak buah ni bukannya peminat tegar JDT tapi mereka proud to be Johorian walaupun mereka lahir dan membesar di Selangor . Kiranya orang Selangor lah kan . Yang Johorian tu mama ngan abahnya . Mak usunya lak , belot tukar jadi orang selangor ... ngeh ngeh ngeh . Bukan apa beb , senang nak berurusan . Tapi kalau sultan johor itu memerintah johor macam sultan brunei memerintah brunei , confirm sis jadi orang johor semula ... heh heh heh

Bila fikir balik , shopping kat kampung macam lagi muarh berbanding di sini . Maknanya , bila balik kampung lagi pada CNY nanti , confirm kena sediakan duit lebih utnuk belanja . 

Sebenarnya , memang best shopping kat kampung tu . Sis kalau pergi Parit Raja , gatal je tangan nak membeli itu ini . Tapi kena pandai cari kedai lah . Ada juga kedai yang harga baju ni lebih kurang sama je dengan di sini .

Bia sebut bab shopping ni , dalam pada harga barang melambung , masih mampu juga kita berbelanja sakan kan . Apa yang sis perhatikan , sebenarnya yang melambung ni banyak pada harga makanan tak kira lah korang beli kat pasar ke atau pun supermarket .

Kalau bab harga baju , kasut , tudung , masih harga mampu beli lah ...

Tepuk dada , tanya RM ... heheheee





2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...