Assalamualaikum ...
Ahad lepas rumah my kakak dah jadi ' Open Door ' . Orang sibuk beropen house , kami beropen door je . itu pun dah cukup membusykan kami sepanjang hari . Minggu lepas pintu umah my kakak tutup sebab balik kampung . Tiba - tiba dapat perkhabaran birasnya eksiden . Patah kaki , tulang siku terkeluar , patah tulang tengkuk , mata sebelah tak berapa nampak . Masa my kakak pergi ziarah , scan di kepala x buat lagi . semoga isterinya tabah menerima ujian itu .
Seawal pagi , kami dapat perkhabaran ada tetamu nak datang . Jadinya , my kakak mengerah seluruh bala tentera untuk mengemas rumah yang dah tonggang langgang . Langsir pun tak tukar lagi . Ingatkan tak ada tetamu nak berziarah raya ni . Nasib baik kuih raya masih ada stok .
" mama , saudara mama ramai ke kat KL ni ? "
Hanani bertanya .
" kalau mama jemput semua , mama kena buka 2 khemah . "
" hanani , kan semalam mak usu dah kata , esok ada satu hari lagi tapi ko perabih kerepek pisang ! "
Itu cuma belah my kakak lah . Kalau campur belah man in the house , mau berkhemah - khemah lagi lah jawabnya . Walaupun sekadar sepupu dan anak buah , ada juga pakcik , tapi mereka tu ada yang dah bercucu cicit . Soerang my sepupu ,bukan sekadar dah bercicit , malah beristeri 2 . Kalau datang berziarah , memang sat batalion ramainya !
" tak kan dah sampai , awalnya . "
Dengan muka yang tak bersedia tu , kelam kabut cari kunci yang menyorok entah di mana . Rancangan nak memasak untuk tetamu pun tak sempat lagi . Rupanya yang datang my angah n family nun dari bagan datok perak . Pergi jemputan majlis kawin katanya .
My angah datang sekejap je . Tak rezeki my angah lah . Dapat makan biskut raya saja . Selepas my angah balik , secepat kilat my kakak bersilat di dapur . Lepas tu , man in the house balik bawak macam - macam lak .
Bila den nampak ada kek pisang , den suruh lah my anak buah pi potong . Lepas tu den tanya :
" mana kek yang mak usu buat ? "
" dalam saji mak usu . "
Bila den tengok , kek dah berbaki separuh dibaham my anak buah . Urut dada sekejap mak usunya tau ! Sedang kecoh menyediakan juadah , tetamu yang di tunggu pun tiba .
Lepas tetamu balik , den dengan anak buah yang kelaparan pun serbu meja . Tang den buka je saji , my kakak kata :
" ada lagi satu tetamu nak datang . "
Maka angkat kening lah den mendengarnya . Nasib baik datang ikut giliran . Kalau serentak , mana nak cekau gelas yang limited je jumlahnya tu ... adeh .
" boleh makan ke idak ni ? "
" makan le , nanti aku masak lagi . "
Maka selamba saja lah kami melantak ramai - ramai . Gambar kat atas tu baki hidangan untuk tetamu . Ada asam pedas ayam yang kebetulan den masak pagi tadi sebab teringin My kakak masak asam pedas kepala ikan merah , park choy masak sos tiram dan sambal belacan .
Sambil makan sambil bersembang . Masa den dan anak buah makan semua yang di atas itu , my kakak bersilt lagi di dapur memasak mee siam goreng . Kemudan my kakak yang keletihan , join sekali sebelah kami lalu berkata :
" hanani , habis makan tolong mama cuci pinggan . "
Selesai je my kakak cakap , dengar orang beri salam . Maka kelam kabutlah kami habiskan makanan dan kemas meja makan .
" najwa , potong tembikai . ko dah cuci ke belum gelas kat depan tu ? "
Najwa cuma mengangguk je . Maklumlah gelas kami ni limited je jumlahnya . Den macam biasa , bila tetamu dari belah man in the house datang , den memang dok dalam bilik je . Pemalu ... heh heh heh . Tu sebab tak de gambar mereka .
Dalam jam 6.30 petang , baru kami bebas tetamu . Masa tu , dapur dah tunggang langgang ! Masing - masing tak ada nafsu nak mengemas . Jadinya kami sekeluarga dok depan tv menghabiskan mee siam goreng beramai - ramai .
seronok bila ramai tetamu sis, walaupun penat , sibuk camana pun kan....
ReplyDeletebegitulah meriahnya syawal
ReplyDeletemujur sempat memasak lagi..dan mujur juga tetamu tak datang serentak kan..kalau tak jenuh juga..
ReplyDeleteramai tetamu yg hadir open door kat rumah kakak qv ya...mesti penat melayaninya...xpa tetamu datang membawa rezeki Allah...insyaAllah.
ReplyDeleteSedapnya semua hidangan tu..
ReplyDeleteLebih2 lagi asam pedas ayam tu :)
Sedap pulak tengok mee siam goreng tu ...esp kalau dah malam-malam macam ni. Dah le saya tak tak dinner tadi..diet kunun (hihi...sorry, komen tak kena topik)
ReplyDeleteAkhirnya sempat juga kalian menyediakan juadah untuk tetamu...
ReplyDeletewahh, tetamu raya pon meriah jugakk walopon dah hujung2 nih., hihi2
ReplyDeleteRamai yang datang beraya yer Vee ^-^
ReplyDeletePenat mmg penat tp mst seronok kan bila ramai mmber2 saudara mara dtg btandang...
ReplyDeletemeriahnya lahai! nasib baik anak-anak sedara mak usu semuanya rajn
ReplyDeleteOpen door hati-hati nanti pencuri masuk... heheehhhe Selamat Hari raya maaf zahir dan batin
ReplyDeleteramai bala tentera membantu..
ReplyDeletekerahan tenaga...ramai yg menolong, ringan beban...asam pedas ayam..dah lama tak makan..huhu..
ReplyDeleteNasib tak datang serentak kan.. kalau tak.. tak tahu nak layan mana satu dulu.. ;)
ReplyDeleteramainya yang datang bertandang walaupun syawal yang keberapa dah ni... meriah :)
ReplyDeletebiskut raya semua tu cantik-cantik belaka ... nampak sedap. nyum~ :)
ReplyDeletegitulah klo blh syawal ni..pasti ade tetamu y nk dtg jln beraya kan..
ReplyDeletefeberet lya asam pedas ayam tu
Nasib baik masing-masing tahu tugasan. Lagi pun anak-anak buah Vee dah boleh dikerah tenaga, takdalah susah hati mana kalau orang serbu rumah. Tetamu ni memang datangnya bawa rezeki tapi kalau datang segerombolan serentak, semput nafas tuan rumah. Keh3x.
ReplyDeletetakpe lenguh melayan tetamu untuk sehari.. asalkan berkat nya kita dapat..
ReplyDeleteDa penah kena dulu sm mcm ni jg laa situasinya
ReplyDeletebila xda org datang sunyi je, bila dtg, kita yg penat..
ReplyDeletehehehe sibuk menyediakan makanan la ye..
ReplyDeleterumah CT memang xde open2 ni.. grill pun x open ngeh3..
ya Allah....teruk eksiden nya!! semoga isterinya tabah...kita yg dengar ni pun rasa ngeri..org yg lalui tu ntah mcm mana perasaan nya....semoga mereka bersabar dgn dugaan tu
ReplyDeleteopen door? satu kelainan...betul gak kan...kalau open house...camna nk open...open house baru ada org masuk
ReplyDelete