Assalamualaikum ...
Ulangtahun | Hari Khamis lepas adalah hari ulang tahun Qistina aka si kecik yaya yang ke-7 . Den dah rancang dari awal nak buat apa sempena sambutan ulang tahu si kecik ni . Seawal malam lagi den dah buat persedian . Si kakak dan abang langsung tak ingat tarikh ulang tahun si kecik ni . Tapi si kecik taulah sebab kat sekolah cikgu dia dah tulis hari tu birthday dia kat papan putih ... ermmm tak surprise ler .
Ayam Percik Madu Berempah
Masa Ramadhan yang lepas , den sebenarnya teringin nak makan ayam percik . Kalau nak beli ayam percik di bazar ramadhan , lebih mahal berbanding buat sendiri yang lebih menjimatkan . Beli lak kena lah dalam jumlah yang banyak . Den bukannya jenis makan sorok - sorok dalam bilik . Agak - agak lah kan . Kekadang buat juga ... heh heh heh .
Selepas mengoogle resepi ayam percik , den decide nak buat ayam percik madu berempah . Resepi ayam percik madu yang den tokok tambah ikut suka hati supaya puas hati ! My anak buah puji sedap ... ngeh , ngeh , ngeh . Kalau ada sesapa yang nak mencuba resepi ayam percik madu berempah den ni , klik je nama resepi kat bawah gambar tu ya . * Kuah tu sepatutnya pekat tapi den saja je buat cair sebab my anak buah suka makan nasi banjir denga kuah .
Nasi Minyak Serai
Niat asal nak buat nasi minyak je . Tapi sebab den nampak stok serai yang banyak , maka den cuba masukkan serai lebih siki ke dalam nasi minyak den untuk dapatkan kelainan dan kesedapan . Kalau korang nak tahu , apa rasanya nasi minyak serai ni , kenalah cuba sendiri resepi nasi minyak serai den ni ya .
Kek Keju Mudah Sukatan Cawan
Satu hari di bulan ramadhan , den terjumpa resepi kek keju jepun di dalam FB page . Oleh kerana gambar kek keju jepun tu sangat gebu , maka den terujalah nak cuba untuk sambut ulangtahun si kecik nanti .
Maka gigih la den cari kaedah sukatan gram ke cawan . Dengan lebih kurang , timbang tara sesuka hati , akhirnya naik gebu juga kek keju den dengan jayanya . Mau resepi ? Klik aja nama kek keju di atas .
Jagung
Dalam pada den sibuk nak siapkan kek , my kakak lak selamba je pi rebus jagung kat periuk tekanan .
" mana ko beli jagung tu ? "
" kat sekolah aku kan banyak kedai . Ada orang datang jual . tak sampai hati lak tak beli . "
Jagungnya memang manis . Puas hatilah membeli dan memakannya . My anak buah memang suka gila dengan jagung ni . Panas - panas pun mereka tak sabar nak membahamnya .
Roti Jala
Apa mimpi la my kakak ni rajin bebenor . Tak cukup dengan jagung , dia pi buat roti jala lagi . Dah rezeki si kecik la ni sambut ulangtahun ada macam - macam hidangan . Bukan sepinggan tau my kakak buat roti jala , tapi se talam aka dulang kecil . Dah macam tepung satu kilo je dia membuatnya .
Kari Ayam
Dah ada roti jala , haruslah kena buat cecah untuk lawannya . My kakak masak ayam masak kari je . Lagi senang kan . Campak - campak je dah siap .
Malam tu , kami makan semua benda kat atas tu lah sampaikan si kecik qistina tu tak larat nak potong kek . Sudahnya kek tu Qistina potong pada petang jumaat .
Bulan depan lak giliran den . Ada ke yang nak sambut ulangtahun den ni . rasanya my anak buah pun tak tau tarikhnya . sedang fikir apa nak buat ... jeng jeng jeng .
Selamat ulang tahun yaya..miga jadi anak yang solehah...amin
ReplyDeletehappy birthday qistina bertuah qistina dpt mak n makusu yg rajin n pandai masak bila sambut birthday meriah sekali hidangannya...
ReplyDeleteWah meriah. Macam-macam makanan ada. Air tangan sendiri pulak tu..mesti best
ReplyDeleteHappy birthday Qistina. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang solehah...aamiin
Sedapnya ayam tu, rasa macam nak buat ^-^
ReplyDeletebanyak nya! sis Vee ni mesti jenis yang masak main campak-campak je pun jadi sedap. Jeles!
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat Qistina.. ;)
ReplyDeletehepi besday yaya ... sama umur dgn anak sulung auntie :)
ReplyDeletesedap-sedap semua menu tu ... cheese cake, ayam percik, roti jala nyum~ :)
ReplyDeleteuntungnya qistina...
ReplyDeletemcm2 tu ada...
selamat hari lahir/// smoga mjadi ank y bjaya dunia akhirat..amin
Happy belated birthday, Qistina! Macam-macam ada untuk harijadi si kecil ni. Untunglah ada emak dan Mak Usu yang rajin. Dapatlah kenduri makan-makan di hari jadi ~_^
ReplyDeleteEh, bulan depan tu samalah dengan anak saya si Bubbly Abang. Sept 2 ni harijadinya yang ke-9. Den tak tahu nak watpa lagi, Vee. Nak tolong bagi idea ke? Hehehe....
Happy belated birthday qistina... byk nyer mknn
ReplyDeletenasi minyak nasi planta semuaaalah !! sedap nyaa..
ReplyDeletedah tujuh tahun,,,epy belated besday yaya
ReplyDeleteayam percik madu berempah tu merembes
ReplyDelete