Assalamualaikum ...
Bila cerita tentang astro ni mesti korang dah cop stesen juara program berulang - ulang . Kalau korang kerja , belah malam boleh lah tengok program ulangan tu . Kalau tak dapat tengok malam lak , boleh je marathon di hujung minggu .
Apa sebenarnya yang den nak membebel pasal pakej ASTRO ni sebenarnya ? Sebenarnya beberapa hari lepas , sedang den khusyuk menonton tv berjemaah bersama my anak buah , tetiba my kakak yg dok sebelah den bersuara :
" cuba tengok HBO ? "
Automatik den tengok muka my kakak .
" boleh ke ? astro ada on ke ? "
my kakak menggangguk . Otak den pun mula fikir lah .
" tak nampak promo pun astro bagi tengok free ... "
sambil bersoal jawab , sambil jari den menekan nombor 430 . Owh boleh la pulak . Lepas tu galak lah my jari menekan semua channel movie . owh , memang on pun . My kakak berusara lagi ...
" aku tukar pakej . pakej baru ni sama je dengan pakej lama tapi tambah movies . Kena tambah bayar rm 2 je kalau tak salah . tapi aku risau bebudak ni le ... "
Risau bebudak tu ada 2 maksud lah . maksud pertama melenjan tengok tv tak ingat nak study dan satu lagi ada adegan 18sx kat movies tu . Kalau bab bebudak melenjan tengok tv tu , tak de astro pun liat nak buka buku ... heh heh heh . Cuma malam bila man in the house tengok tv , bebudak terus je masuk bilik buat hal masing - masing . tak pun masuk bilik mamanya , lepak sana ramai - ramai . Abah bebudak ni kalau tengok tv , sukan dan berita je dia layan . memanglah kami boring weyyy .
Kalau tak silap den , sebelum ni my kakak ambik pakej family , pastu tambah mustika .
" dah lama dah diaorang pujuk aku tukar pakej tapi aku malas nak layan . nanti mereka datang tukar decoder free . Boleh pasang PVR . "
Sudahnya my kakak termakan pujukan juga lah ni . Maklumlah cuma kena tambah dalam RM2 je gitu . Ada PVR , memang merakam le my anak buah ni nanti .
Maka bersukaria lah my anak buah sebab dapat tengok movie . Den cuma suka sebab dapat tengok channel tayangan hebat box office 130 je . Masuk hari kedua , tengok semua channel movies , filem yang sama gak dan kebanyakan filem tu dah tengok kat channel lain ... macam tak de makna je kan !
Malam tadi , saja nak join bebudak tengok tv sementara man in the house masih belum turun , my anak buah tengok animax . Den pun terkejutlah . Animax pun termasuk juga ke ? Maka otak den pun ligat berikir lagi . Betul ke kena tambah bayar RM 2 je ni ... jeng jeng jeng . Bila tanya my kakak pakej apa , dia dah lupa lah pulak .
" tak pe lah mama , tengok je lah bill yang datang nanti ... "
Bila dah nampak animax pun on maka den pun tengoklah channel yang berjiran dengannya . sampai je kat star world channel , si hanani bersuara :
" mak usu jangan tengok cerita ni . dia cerita pasal sex mak usu . tadi ada keluar gambar tu tapi gambar blurr . Aqif ko nampak tak ? "
Bila Aqif sengih maknanya dia nampak juga . Den yang dah tua ni kena ingatkan dengan anak buah lah pulak . Channel tu memang programnya untuk golongan dewasa je . Maka den pun selamba je . My anak buah ni hati mereka masih bersih lagi . Kalau ada adegan cium tu , kalau sempat mereka tukar channel , kalau tak sempat , mereka alihkan mata ke lain .
Setakat ni , my anak buah banyak layan cerita kartun . Selebihnya kat pakej mustika lah aka program melayu . Owh , mereka suka tengok dokumentari juga kat national geografi dan channel yang berjiran dengannya . Mak usunya je yang melenjan channel 7++ ni bila dah habis tengok drama korea .
Sejak astro tau mereka bakal ada pesaing ( mytv - tv rtm dari analog nak tukar ke digital dah siap sepenuhnya pada 2017 ) maka astro dah mula pasang strategi . Tapi kan , walau hebat macam mana pun tawaran astro , jika program - program yang ada masih diulang tayang , orang tetap akan pergi juga meninggalkan astro nanti . Mana taknya kalau pesaing dia nanti tawarkan 80 channel free dan cuma kena bayar rm400 klu tak silap untuk harga decoder dan sekali bayar je !
My kakak pun dah decide . Bila tv digital rtm tu dilancarkan nanti , dia nak tutup je akaun astro ni . Bagi den lak yang gila drama korea ni , sebab bersiri maka berulang pun tak pe sebab kadang ada siri yang termiss tengok . Nasib baik cuma dua channel . Kadang tu nak tengok hujung minggu pun kena fight dengan bebudak . Bapak budak jangan ceritalah . Confirm kena undur diri dengan rela ... heh heh heh .
Apasal lah my kakak tak ambik sekali untuk channel drama korea ... waaaaaaaaa
bagus juga nie...rtm buat macam astro..harap2 80 siaran tu bukan siaran ulangan..;-))
ReplyDeletewaaa.. 2 hinggit je tambah? hehe
ReplyDeleteTahniah tersenarai.. Terima kasih sudi komen.. :) "Senarai Pengomen Tegar Mac, April, Mei, Jun, dan Julai 2015"
susah juga nak pantau anak2 yg xberapa cerdik spt anak2 sdra qv yg bijak filter sendiri siri tv yg elok ditonton ni...di rumah langgan astro yg paling murah tapi jarang tengok pun asyik on tv1 tv2 tv3 jer...
ReplyDeleteperghh..peminat tegar drama korea...
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletekalau lah pakej Astro movie tu boleh set pin number untuk filem-filem rating 18..huhu
ReplyDeletewalaupon pkai astrio kt rmh.jrg sgt tgk channel astro..alih2 tv 3 & 9..
ReplyDeletetp tpksa gna astro sebab klo pkai ariel tv x dpt trs siaran.. adoi...
nnti plan nk pkai Njoi je.. skali byr, tnpa komitmen bulanan..
Saya tak langgan astro....tapi balik kampung memang layan astro....tambah2 anak buah....kartun...24 jam pun depa tak bosan...
ReplyDeleteNi Pakej Superpack tu ke? Memang semua adakan tapi ya ke tambah RM2 jerk? Astro ni cakap ajelah tambah sikit sana, sikit sini... lepas dapat bill baru tau mereka terlupa campur GST sekali makanya nah, ambik banyak ni kena bayar. Tak silap saya superpack tu RM125 tapi campur sana-sini lebih daripada itulah.
ReplyDeleteSaya memang dah tahu Astro ni. Kalau kita upgrade dia suka. Kalau kita downgrade, dia caj RM10 sebab downgrade pakej tau. Lagi satu, bila kita tak ambil HBO bukan main trailer yang dia bagi tayang suruh kita langgan. Lepas kita langgan jerk, trailer cerita baru tu semua, sesekali je muncul hujung bulan. Yang banyak filem lama ulangtayang berpuluh kali.
Saya langgan Astro sebab anak-anak nak tengok kartun dan suami nak tengok berita dunia. Saya buka Astro pun setakat nak tengok 393 aje... Oh My Korean Drama ~_^
xsabar nak tengok..heheheh
ReplyDeleteDuk tunggu gak ni bilala tv digital rtm tu dilancarkan sepenuhnya...
ReplyDeleteKalau pasal berebut nak tgk siaran tv dengan budak2 memang susahlah...
ReplyDeleteKonfem yang dah tua2 ni kena mengalah.... :(
cik en pakai injoi je.. sng.. sbb jrg di rumah..
ReplyDeletekalo akak vee amik channel korea abis la tv vee yg konker.
ReplyDeleteSy pn fikir cm tu jg ;)
ReplyDeletedia xminat korea lettew.. hehe
ReplyDeletesakanlah budak-budak tengok tv pasni :) ...
ReplyDeleteehehehe tapi Kak Vee.. sampai 31 Ogos ni semua channal astro adalah percuma..
ReplyDeletetengok cepat cuba cek heheh..
my kakak berusara lagi? kih kih kih mesti typo nih
ReplyDeletesis Vee minat drama korea jugak? give me 5!!!
ReplyDeletebila tahu ada channel movie free until 31 ogos..gigih kalau boleh x nk tido mlm..dasyat kan
ReplyDeleteitulah..kalau chanel movie ni mmg ada adegan 18sx...x sesuai tuk budak2...tp utk andalusia cam JM ni sesuai sgt heeeee
ReplyDelete