Resepi Tahu Goreng Bersayur


Assalamualaikum ...

Frozen sedang ditayangkan . Maka banyaklah yang meniru gayanya termasuk kartun . Kat rumah ni pun ada juga . Maka QV pun nak upload lah gambar si kecik berkostum ala Frozen . Cari terus mencari , sudah hilang rupanya . Ntah tangan sape yang gatal mendelete pun tak tahu lah . Adeh ... geram pun ada . 




Maka berpindah pula pada satu gambar ni yang ada kisah umpama sudah jatuh ditimpa tangga lah pula . 

My abang ipar suka sangat beli tahu . Kekadang tu sampai 10 ketul sekali beli . Maka QV pun teringinlah mencuba resepi tauhu goreng yang QV jumpa kat blog anallyysa . 

Resepi Tahu Goreng Bersayur


Bersemangatlah QV menghancurkan dan memesrakan semua bahan dalam adunan tu .
Masukkan perasa , dah ok lah ni .



Pastu , masukkan ke dalam pengukus dan biarkan hingga masak .
Dah masak , angkat dan sejukkan .

Bila dah sejuk baru teringat bahawa QV sepatutnya blend tahu tu bersama telur dan tauhu telur . Hasilnya akan kelihatan lebih halus daripada tauhu asal . 

Ini lah bahananya kalau tunjuk pandai buat tanpa rujuk resepi . Ikut apa yang terlintas dikepala . Macam kepala ni boleh memori semua benda yang dibaca .

Ok , tak apa , masih boleh makan . Maka QV teruskan macam kat resepi tu . Potong - potong celup kat adunan tepung (sepatutnya telur ) dan goreng . Adunan tepung tu QV letak garam sikit sebab tauhu tu QV letak serbuk secukup rasa lebih banyak daripada garam .

Tiba masa makan ... mak aiiii ... masinnya ! Malu punya pasal nak offer kat warga rumah ni , maka QV tabahkan hati habiskan sendiri . Tapi makan dengan nasi . Rasanya kalau makan dengan bubur lagi sedap kan ! 

Lain kali sebelum cuba resepi , semak dulu resepi dan jangan malu untuk merasa adunan tu ya . Kalau tak jadi macam QV nih . QV belum sampai tahap bagi tong sampah makan . Sebab rezeki ni masih boleh makan dengan cara lain . heh heh heh





9 Sila komen:

  1. Hehe saya pulak selalunya masak asyik tawar jek

    ReplyDelete
  2. baru follow kt sini...anak noe lagu frozen tu dah hafal...noe perasan ramai yg masak tauhu ni...tp noe x pernah cuba pun...

    ReplyDelete
  3. nampak mcm pelik sikit cara masaknya tp x salah kalau abe kie mencuba kan?

    ReplyDelete
  4. hehehhee..takpe sis..macam nak try juga lah..

    ReplyDelete
  5. Salam Puan Qaseh Vee, ziarah kembali;), teruskan menulis, apa-apa sahaja agar bermanfaat untuk semua;).

    ReplyDelete
  6. heheheh saya pun kadang gitu... rasa macam semua resipi ada dlm kepala... hahaha

    ReplyDelete
  7. Takpalah, janji boleh dimakan. Lagipun kalau kita masak, kita makan, ikut suka hati kitalah kan :)

    ReplyDelete
  8. sya suka sgt sgt masakan mak sya sungguh sedap

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...