ASSALAMUALAIKUM ...
Ramai yang tak tahu guna coli dengan betul sama ada salah saiz atau cara pakai yang salah . Kita pakai coli ni gunanya untuk membentuk , menyokong dan mencantikkan payudara . Kalau tak pakai coli , jadilah can Paris Hilton punya tuh , panjang jer . Cantik ker ? Dah macam anak 10 tau !
TIPS PILIH COLI YANG SELESA .
1. Ikut kesesuaian .
Pilih coli ikut kesesuaian badan dan bentuk payu dara korang . Pilih cup yang tepat .
2. Sokongan cup yang tepat .
Cup yang lebih besar akan sebabkan payu dara korang jadi kendur . Cup yang kecil sangat lak akan sebabkan tali terpaksa pikul beban yang berat sekaligus menyekat peredaran darah .
3. Selesa di bahagian bawah payu dara ( Chestband )
Bahagian bawah cup mestilah selesa dan tidak mencengkam
4. Dawai sokongan yang selesa .
Pastikan dawai tidak mencucuk daging di bawah ketiak . Jika ini terjadi , mungkin kerana kelim sisi cup terlalu jauh ke hadapan atau terlalu ke dalam kerana cup bersaiz kecil .
5. Bahagian tengah coli berposisi tepat .
Pastikan bahagian tengah coli berada rata antara payu dara dan tidak terkeluar dari posisi tulang dada . Ia mesti menyokong payu dara dengan selesa tanpa menarik , mencucuk atau menekan payu dara anda sehingga berbekas .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...