Bagaimana Membina Jati Diri


ASSALAMUALAIKUM ...

Bagaimana Membina Jati Diri | Korang tahu tak apa itu jati diri ? Identiti ler . Mesti korang dah dapat fikirkan apa itu identiti kan ! Kalau belum ada identiti , kat bawah ni den nak ajor macam mana nak bina identity .



1. KEYAKINAN YANG TINGGI


Korang tak mudah terpengaruh terhadap apa yang ada kat keliling korang . "Ada wawasan " kata Awie dalam scene Zombie Kampung Pisang , heheheee ... dan berpandangan jauh . Korang ada idea yang  kritis . Korang sentiasa bersedia menerima sesuatu dalam sebarang keadaan malah bersedia menunaikan  kewajipan .


2. LATIHAN BERDIKARI 


Korang tidak bergantung pada orang lain , berani ambil risiko , berani ke hadapan dan sanggup bekerja keras .


3. SABAR DAN TABAH


Apa yang korang buat , sentiasa bergantung pada kuasa Allah , mudah menerima nasihat , bertolak ansur dan tidak mudah berputus asa .

4. TANAMKAN SEMANGAT KERJASAMA


Korang tak pentingkan diri sendiri , bersatu hati bekerja dalam satu kumpulan , meletakkan ketua dan pengikut dengan fungsi masing - masing dan bertolak ansur dalam hal remeh temeh .


5. TETAP PENDIRIAN



Korang perlu ada hujah dan idea yang bernas , tegas dengan keputusan , bertanggungjawab atas tindakan dan bijak membuat keputusan .


6. BINA SEMANGAT JUANG



Korang mesti berani dan berdaya saing , bersungguh - sungguh dan tekun , sanggup berkorban dan aktif dalam setiap aktiviti .


Orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah individu cemerlang yang dilahirkan dengan memiliki jati diri yang tinggi .








0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...