Banyak Manfaat Timun Yang Kita Perlu Tahu .


Assalamualaikum ...

QV sangat suka dengan timun .
Kalau boleh nak makan sebiji timun setiap hari .
Tak rugi makan timun nih .
Sebab banyak sangat kebaikannya .

Manfaat timun untuk kecantikan ;


Boleh jadikan kita awet muda bila makan sebiji sehari Boleh menegangkan kulit . 
Boleh mencegah hidrasi pada kulit .
Boleh meremajakan kulit wajah . 
Boleh menggalakkan pengelupasan dalam epidermis 
Membantu meninggalkan kesan lembut serta halus pada kulit . 
Silika dalam timun adalah kolagen yang boleh mengusir dan mencegah munculnya kedutan . 
Memberi kelegaan pada kulit yang terdedah pada matahari . 
Timun juga sangat efektif menangkis radikal bebas yang boleh mempercepatkan penuaan .



Selalunya QV takkan potong timun sampai habis .
Bahagian hujung tu kan pahit . 
Sapa nak makan !
Tapi jangan dibuang , sebab ada kegunaannya .



QV akan ambil bahagian hujung yang pahit tu ,
 hiris nipis - nipis dan letak kat muka sebelum tidur semalaman .
Bangun tidur , terus jer kopek satu demi satu .
Kulit muka akan rasa tegang .
Jangan lupa letak sekali kat mata ya !



Kalau lebih rajin , 
bolehlah parut atau blend timun .Tapis airnya .

Campurkan timun tu dengan 

putih telur , lemon / yogurt dan madu .
Tepekkan kat muka , biarkan selama 30 minit hingga 1 jam .
Pastu , cuci muka dengan air suam .
Selepas lap muka , sapukan toner untuk tutup liang - liang pori .

Beberapa info menarik tentang timun ;

Kat Mesir , 
jus timun digunakan sebagai ubat penurun panas 
bukan saja untuk demam , tapi rasa ' terbakar ' dalam badan .

Timun sebenarnya mengandungi 95 % air .
Maka sangat bagus untuk turunkan berat badan 
sebab kalorinya rendah .

Mengamalkan makan timun boleh atasi masalah sembelit .

Sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun 
membantu mengurangkan paras kolesterol .

Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun 
membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata .

Jika mata letih dan bengkak , 
tekapkan timun yang dipotong membulat pada mata .
Ini kerana timun mempunyai sifat anti - inflamasi .

Tahukah anda , timun juga dapat membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat 
kerana ia mengandungi silikon dan sulfur .

Sumber ; Berita Harian .


10 Sila komen:

  1. Wah.... terbaik la... abak makan jer timun kalau ada dalam nsi lemak...hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak manfaat timun ne...yang cik tahu letak kat muke jae...hihihih.
    ape2 pon nice sharing...

    ReplyDelete
  3. Saya suka juga ulam timun dan jus timun..mmm

    ReplyDelete
  4. Saya makan timun dgn nasi lemak je. Nasi lemak tanpa timun mmg tak lengkap.

    ReplyDelete
  5. Saya juga suka buah timun yg dibuat ulam atau dibuat rojak.....

    ReplyDelete
  6. thank for sharing good info..tb ske timun gk

    ReplyDelete
  7. menarik tips ni..kebetulan encik hubby meniaga sate..timun wajib ada..

    ReplyDelete
  8. hana suka timun ! yup sayur yang ada jugak benefitnya :)

    ReplyDelete
  9. suka jugak makan timun buat ulam.. tapi, sekarang dah kurangkan sebab timun sejuk...

    ReplyDelete
  10. Akak dulu memg rajin buat masker timun+putih telor..best..kulit jadi tegang...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...