ASSALAMUALAIKUM ...
Banyak betul majlis perkahwinan sempena cuti CNY nih . Termasuk la anak sepupu den . Selamat Pengantin Baru . Kat sini den nak citer pengalaman pengantin tentang majlis perkahwinannya .
N berasal dari negeri Pantai Timur bertemu jodoh dengan oarng Semenanjung . Tarikh yang telah ditetapkan jatuh pada musim tengkujuh . Bimbang juga kalau banjir . Sebab dah tak de lagi tarikh yang sesuai , maka terpaksalah buat juga pada musim cuti sekolah .
Tiga hari sebelum majlis berlangsung , cuaca dah mula tak menentu . Awal pagi panas , hujan menjelang petang dan terus lebat hingga ke malam kadang kala terus hingga ke pagi esoknya . N mula risau dengan keadaan tu . Halaman rumah sudah mula becak . Nhanya boleh berharap keadaan itu akan berhenti menjelang hari perkahwinan nya .
Akhirnya hari itu tiba juga . N dinikahkan dalam suasana hujan yang renyai - renyai . Hujan masih tidak berhenti malah semakin lebat pada hari persandingannya . Ahli keluarganya serta saudara marah terus memasak di bawah khemah tanpa mengendahkan hujan yang turun . N hanya pasrah . Selepas siap diandam , N hanya tunggu masa untuk bersanding . Hujan lebat masih tak berhenti walaupun jam dah tunjuk pukul 3.00 pm . Suami dan rombongan juga masih tak tunjuk muka lagi .
Banjir pun mula berlaku . Paras air tak la tinggi sangat , tapi dah cukup melumpuhkan majlis . Jadi bapa N mengarahkan majlis tu dijalankan di sebuah dewan . Alangkah sedihnya N ketika itu bila terpaksa meninggalkan pelamin yang telah dihias indah . Di dewan , kami hanya duduk di kerusi biasa dengan majlis berjalan dalam suasana yang cukup sederhana . Dah jadi majlis kawin koboi lak . N bagai nak menangis tetapi terpaksa melaluinya . Tapi kekecewaan N terubat bila dia dapat bersanding dengan gemilang di pihak keluarga suaminya .
Kalau korang memang dah tau rumah ibu bapa korang tuh kerap banjir bila musim hujan , carilah tarikh musim panas ya . Bukan apa , tak nak korang meraung sebab tak dapat bersanding dengan gilang gemilang . Heheheeee ....
tapi musim sekarang ni tak menentu...tak dapat nak dijangka bila banjir ke tak.. hurmmm.. agaklah, holiday ni ramai yang kahwin... ayah ena sbg naib kadi, kesian dia sebab tak duduk diam ada org nak kahwin
ReplyDeletetak dapat dok diam x pe , poket tebal tuh ... alhamdulillah
Deletealahai... kesiannya... kenapala buat juga walaupun musim tengkujuh?
ReplyDelete