ASSALAMUALAIKUM...
Kajian yang dibuat oleh American College of Sports Medicines mengatakan bahawa orang dewasa cam kita ni ,
( heh heh heh ... korang dah dewasa ke lum ??? )
perlu buat senaman cam
3 - 5 x latiahan aerobik ,
2 - 3 x sesi latihan untuk jasmani dan
2 - 3 sesi latihan regangan
kalau nak badan sentiasa cergas dan segar .
( heh heh heh ... korang dah dewasa ke lum ??? )
perlu buat senaman cam
3 - 5 x latiahan aerobik ,
2 - 3 x sesi latihan untuk jasmani dan
2 - 3 sesi latihan regangan
kalau nak badan sentiasa cergas dan segar .
Tapi kalau dah busy sok mo , wat jer lah cam kat bawah ni ;
1. Latihan aerobik untuk daya tahan - baik untuk jantung dan paru - paru .
Caranya sonang jo . Korang pi lah berjalan dengan cepat , berlari anak dan berenang .
* untuk elakkan otot cedera , wat lah warming - up yang optimum pada waktu pagi dan malam .
2. Latihan kekuatan otot .
Ambil majalah atau buku , angkat berulangkali dengan cepat sebanyak 30 saat . Latihan ini melibatkan 6 - 8 anggota badan yang besar seperti tangan dan kaki .
3. Latihan peregangan .
Korang boleh buat dengan berdiri atau duduk dengan menjadikan dinding , batu , kerusi dll sebagai alat bantu . Lakukan beberapa minit sebelum wat senam yang lebih berat .
4. Banyakkan naik tangga .
Sesapa yang umahnya ada banyak tangga , rajin - rajinlah wat exercise turun naik tangga . Kalau ofis tu tak berapa tinggi , tak yah lah naik lif . Kan naik tangga tu boleh bakar kalori . Tapi pas tu jangan lak pi makan roti canai lak ya .
5. Berjalan sebanyak mungkin .
park la keta tu jauh - jauh . Pi la makan kat tempat yang jauh sikit tapi masih ok untuk berjalan kaki kesana . Bila nak maik barang / ulang - alik , jalan lah laju sikit .
6. Lakukan pelbagai kegiatan di luar rumah .
Rajin - rajinlah berkebun kat sekeliling umah tu . Sambil ber facebook pun boleh gak rasanya . Hahahaaa . Bertukang , menyapu , membasuh pakaian dan mengemas umah pun senaman gak .
7. Bermain bersama anak
Main la bola ker , badminton ker , kejar - kejar ke ... heheheee . Apa saja yang boleh keluarkan peluh lah
8. Menari
Ni paling senang . Bila korang tengok jer klip video ker dengar lagu kat radio ker , korang menarilah sekali ikut irama muziknya . Hah kan senag tuh . Atau sesekali tu wat la shuffle ker .
Mudah saja sebenarnya kalau kita nak bersenam . Asalkan kita wat pergerakan yang menggerakkan otot lebih kerap , badan pun berpeluh , maka sihat dan cergas lah tubuh badan kita nih .
0 Sila komen:
Post a Comment
Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...