KALAU ADIK ADA BINI ...




ASSALAMUALAIKUM ...

Den ada anak saudara lelaki yang berumur 3 tahun . Petah bercakap mengalahkan orang tua . Dia memang suka dok kat umah atok den yang rumahnya kat sebelah jer . Den panggil dia adik .

Satu hari atok tengah menggoreng biji kopi , si adik pun tunggulah kononnya nak temankan atok . Sambil menongkat dagu , " Ishhh tok , adik kesian la tengok atok nih ! "

" La, nape adik kesian kat tok ? "

" Ya la , hari - hari tok buat kopi , nak tumbuk kopi lagi . Penat la adik tengok . Tok , kalau adik ada bini  , boleh bini adik tolong tok tumbuk kopi . "

" Banyak la bini adik . Bukan nak bagi tok senang . Susah lagi ada la . Mana nak buat susu kat adik , nak buat susu kat bini adik lagi ! "

Begitulah anak sedara den yang seorang ini . Itu belum masuk bab bersembang dengan orang tua - tua kawan atuk yang macam kawan - kawan dia juga . Pernah sekali aku terkena dengannya ketika membawa balik  bunga yang telah dikeringkan . Selamba jer dia " sound " den .

" Mak usu hari ini bawa balik bunga , esok - esok bawa balik cincin pulak . " Aduh ! terkena aku . Ketawa mak mendengarnya . Itulah Wee , ko jangan tunjuk apa - apa kat adik ni , kang satu kampung diceritanya . " Bahaya juga kan !










3 Sila komen:

  1. hahaha bijak sungguh mulut dia.. XD kretif atuk sis balas kata2 adik time dia cakap 'Kalau dia ada bini tu'... XD

    ReplyDelete
  2. hahahaaa ... moralnya , berhati - hati walaupun mrk tu masih budak !

    ReplyDelete
  3. comel la bebudak camtu...
    walaupun mulut dia... hahahahah

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...