Chocolate Indulgence Cake


CHOCOLATE INDULGENCE CAKE | Suka benor den bila jumpa resepi kek Chocolate Indulgence Cake . Rasa macam nak cuba . Sebelum den lupa mana jumpa resepi Chocolate Indulgence Cake , den kongsikan kat sini resepi Chocolate Indulgence Cake untuk buat koleksi den . Senang je den nak cari bila teringin nak buat .


Chocolate Indulgence Cake




CHOCOLATE INDULGENCE CAKE


BAHAN-BAHAN UNTUK KEK

150 gram tepung naik sendiri*

150 gram gula kastor
120 ml susu coklat
80 ml minyak jagung/butter yang dicairkan
5 biji telur Gred A
3 sudu besar serbuk koko*
2 sudu besar coffee emulco
1 1/2 sudu besar ovallet
Satukan bahan bertanda* dan ayak

CARA MEMBUATNYA

1.Pukul telur dan gula kastor hingga kembang.Masukkan ovallet dan pukul lagi hingga gebu dan ringan

2.Masukkan minyak jagung,putar perlahan.Masukkan pula susu coklat dan coffee emulco
3.Apabila sebati,masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko yang telah diayak tadi.Pukul perlahan hingga sebati
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang digris dan lapik baking paper,bakar selama 30-40 minit,suhu 180'c bergantung kepada kapasiti oven masing2.Guna loyang size 8".Bila kek dah masak,sejukkan dan potong menjadi 4 keping .



WHITE CHOCOLATE FILLING



BAHAN-BAHAN UNTUK WHITE CHOCOLATE FILLING


100 gram compound white chocolate(saya guna brand Beryl's Gourmet)

250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's Gold Label)
150 gram butter
100 gram gula kastor
2 biji kuning telur

CARA MEMBUATNYA


1.Cairkan coklat compound secara double boil.Ketepikan

2.Pukul non dairy whipping cream hingga pekat.Ketepikan
3.Dalam mangkuk/bekas lain,satukan gula kastor dan butter.Pukul hingga kembang.Masukkan kuning telur dan pukul lagi.Masukkan coklat compound yang dicairkan tadi,kacau sebati.Akhir sekali masukkan whipping cream yang sudah dipukul tadi,kacau sebati


DARK CHOCOLATE FILLING


BAHAN-BAHAN UNTUK  DARK CHOCOLATE FILLING


100 gram compound dark chocolate(saya guna brand Beryl's Gourmet)

250 gram non dairy whipping cream(saya guna brand Rich's Gold Label)
150 gram butter
100 gram gula kastor
2 biji kuning telur

CARA MEMBUATNYA

*CARA2NYA SAMA DENGAN KAEDAH PENYEDIAAN WHITE CHOCOLATE FILLING DI ATAS


GANACHE



BAHAN-BAHAN UNTUK GANACHE

300 gram compound dark chocolate(potong kecil2 supaya cepat larut)

300 gram non dairy whipping cream
25 gram butter

CARA MEMBUATNYA


1.Tuang non dairy whipping cream ke dalam periuk,masak di atas dapur hingga timbul buih2 kecil

2.Masukkan butter kacau perlahan
3.Masukkan coklat compound dan kacau sehingga coklat cair,kacau lagi sehingga agak pekat,tutup api
4.Sejukkan sekejap sebelum tuang atas kek

CARA MELAPIS KEK



1.Ambil kek yg dah dipotong kepada 4 keping tadi

2.Ambil sekeping kek dan letak atas papan kek,sapukan white chocolate filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan
3.Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling,anggaran 1/2 daripada adunan dan ratakan
4.Ulang hingga lapisan kek habis.Sejukkan didalam peti ais beberapa jam sebelum dituang ganache(saya sejukkan kira2 2 jam)
5.Bila dah sejuk,keluarkan dari peti ais dan curah ganache di atas dan sekeliling kek.Hias mengikut kreativiti.Sejukkan semula kek ke dalam peti ais sebelum dihidang



STEP MELAPIS KEK



KEK-WHITE CHOC FILLING-

KEK-DARK CHOC FILLING-
KEK-WHITE CHOC FILLING-
KEK-DARK CHOC FILLING-GANACHE



TIPS:


UNTUK MENDAPATKAN POTONGAN KEK YANG CANTIK DAN KEMAS,GUNAKAN PISAU YANG TELAH DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS SELAMA BEBERAPA MINIT,KEMUDIAN LAP PISAU DENGAN KAIN BERSIH,BARU POTONG KEK. 





1 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...