KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR


ASSALAMUALAIKUM ...

KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR | Cuaca sekarang ni panas . Panas dan kering . Terasa sangat bahangnya . Sesiapa yang banyak wat aktiviti luar , memang kena banyak minum air kosong sebab air dalam badan cepat terhidrat . Tu sebab tekak kita cepat rasa haus . Kalau tetiba hujan , confirm leh demam .

KHASIAT MINUM AIR SECARA TERATUR



Permulaan hari kita bermula dengan minum air . Perkara pertama bila kita terjaga dari tidur , selalunya kita akan membasahkan tekak dan juga nak selesakan perut . Minum segelas air suam  pada pagi hari boleh buang angin dalam perut . Orang tua kata boleh awet muda . Islam lak galakkan kita berselawat 3 x sebelum minum air suam selepas bangun tidur . Menurut kajian sains , minum 2 gelas air setelah bangun dari tidur dapat membantu menggiatkan organ dalaman . 1 Gelas air selepas bangun tidur dan 1 gelas air sebelum makan . Dah macam minyak pelincir lah kiranya . 

Kita juga digalakkan minum air sebelum mandi . kita dianjurkan untuk minum 1 gelas air supaya dapat membantu menurunkan tekanan darah . Bukan hanya mandi waktu pagi malah setiap kali sebelum kita nak mandi .

Rasulullah SAW mengamalkan minum 1 gelas air 1 jam sebelum makan . Malah dah menjadi sunnah pada para pengikutnya . Kenapa rasulullah SAW amalkannya ? Menurut kajian , minum air sebelum makan boleh membantu proses penghadaman . Tapi kalau minum selepas makan , buncit lah erut tuh jawapnya . Heheheee ...

Untuk elakkan serangan jantung dan angin ahmar , kita digalakkan minum 1 gelas air sebelum tidur . Ini juga petua orang tua - tua . Cuma mereka tak beritahu kenapa . Mereka kata ,  awet muda . Mana la mereka tau nak wat kajian sains kan .

Bila dihitung , 4 kali makan ( termasuk minum petang ) , 2 kali mandi , 1 segelas selepas bangun tidur dan 1 gelas sebelum tidur , jumlahnya sama dengan 8 gelas sehari . Maka cukuplah jumlah yang diperlukan untuk badan kita selama satu hari . Jadi , rajinkanlah minum air yer . Kalau makan kat luar tu , pi order air dulu , minum . Pas 30 minit barulah order makan .

Semoga kita semua mengamalkannya untuk kebaikan kita juga .




2 Sila komen:

  1. Tips y berguna.nina akn cuba amalkan. Sb sblm ni nina main hentam jea minum 4-6 liter air sehari.. tak kira watu. Huuu

    ReplyDelete
  2. gud info..tq..
    mmg skrg panas aje..sy pun da mula kena sakit tekak..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...