Apa khabar teman - teman !
Hari nih VS nak kongsi resepi .
Dah lama benor simpan benda nih wat pekasam ...
Heheheeee ...
Resepi segera wat orang bujang .
Idea datang bila nampak wak jemput - jemput breakfast masih ada baki pada petang hari ...
Ni jemput - jemput , kata orang johor lah .
Kalau cekodok tuh , manis dan campur pisang .
Bahannya mudah jer ...
Cuma tepung , tuang sikit air , campak sikit garam dan secubit rasa nona .
Macam kita bancuh cekodok ler ...
Sebab ada sos 3 sekawan ni lah tangan VS gatal nak memasak wak jemput - jemput nih .
Ni bahan dan sos untuk menumis .
Amik 1 sudu sos lada hitam , sos cili dan soso tiram .
1 sudu cili boh .
1 biji bawang besar di mayang
1 biji bawang putih dicincang halus .
1 batang fish cake
sedikit taugeh
3 sudu minyak masak .
1/2 cawan air .
Jom ! masak ...
Panaskan kuali , masukkan minyak .
Masukkan bawang putih , tumis hingga agak perang .
Masukkan bawang besar tumis hingga layu .
Masukkan fish cake dan kacau sampai kembang sikit .
Masukkan cili boh , tumis hingga naik minyak / garing .
Masukkan sos tiram , sos cili dan sos lada hitam .
Bila dah sebati , masukkan 1/2 cawan air .
Kacau hingga mendidih .
Masukkan jemput - jemput yang dah dipotong sederhana tebal .
Gaul sampai sebati dengan sos tuh .
Masukkan taugeh , gaul rata dan tutup api .
Jangan biar taugeh tu layu . Nanti hilang kerangupannya !
Masuk dalam pinggan , tabur daun sup , daun bawang dan cilipadi yang dihiris halus .
Bagi pedas kaw - kaw punya .
Kalau nak lagi selera , gorengkanlah sebiji telur mata lembu
JOM MAKAN !
Alahai sedapnye... Blew buat u b'buka puasa ptg nie...^^
ReplyDeleteaaaauuuu sedapnyaaaaa... boleh la try ni....
ReplyDeleteadeh lapar la pula tengok menu ni..malam bw ni blm makan lagi..sos tu yg menyelerakan..
ReplyDeleteYummy...bru perama kli tgk jemput jemput gtu gaya....
ReplyDeleteSedapnya nampak... yum yum...
ReplyDeleteenaknya..
ReplyDelete