Hi u olls !
Hidup den nih memang tak boleh nak pisahkan dengan ulam .
Den rasa macam tak lengkap makan kalau tak de ulam .
Ni nak citer pasal adik beradik ulam .
Tapi den wat jus .
Bahan - bahan cam yang ada kat imej atas nih ,
pegaga air yang den ternak kat ladang belakang umah .
Den guna pegaga dari daun sampai la akarnya .
Limau kasturi untuk kasi masam .
Dan madu untuk tambah manis dan umph ...
Pegaga kena la potong halus - halus supaya senang wak blender tuh nak proses .
Masukkan 1/3 gelas air ke dalam blender bersama dengan pegaga .
Kisar hingga halus .
Pas tu barulah masukkan kesemua air dalam gelas dan blend lagi .
Tuangkan jus tadi ke dalam cawan yang comel yer ... heheheee
Masukkan perahan sebiji limau kasturi dan juga sesudu madu .
Kacau hingga sebati .
Jemput minum ...
Pegaga nih memang banyak kahsiatnya .
Nak tau lebih lanjut , boleh la klik link ini ya .
Jumpa lagi ...
Wah, kagumlah dengan orang yang makan jus sayur ni. Saya pernah cuba tapi tak leh telan habis, lagi rela makan pegaga cicah budu atau sambal belacan. Minum macam tu rasa lain macam.. Kalau buah limau tu okla..haha, lain2 citarasa, kan?
ReplyDeletewah...berkhasiat nya...bagus...jaga kesihatan...
ReplyDeletemesti sihat sokmo nih^^
ReplyDeletewow!! bgusnyaa akk makan herba2 macam tu... kalau ena, tengok pun rse semacam kat tekak ni.... tapi yg tak sedap tulah yang ubat kan kak
ReplyDeletepernah juga cuba tapi tak ad abubuh limau dan madu..nak try buat lepas ni..
ReplyDeletekena mkn ulam2lah lps ni..gang tak berapa nak ada..tu yg malas nak membeli..nak tanam..al maklumlah
ReplyDeletehurmm,, x brni nk cuba,,
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletememang baikkan kalu rajin amalkan minuman jus pegaga ni ...
terutama orang perempuan..
bagusnya vee makan ulam... saya tak makan ulam.. huhuh
ReplyDelete