Dapat Wajah Baru Doh


Assalamualaikum ...

Mendung lak pagi nih .
Lagunya macam nak hujan .
Memang tak meriah kalau pi tengok floria d putrayjaya nih .

Akhirnya siap juga wajah baru blog hambo setelah godek sana , sini .
Url juga hambo tukar sama lah .


Ini header lama blog hambo .
"Ohhh ... yang nih "
dialog yang akan kuar daripada mulut teman - teman kot ...

Eh , eh ... belum ada header baru ler .
Tak done lagi lah kan ! 
Hahahahaaa ...
Baru perasan la beb ...

Lebih kurang hujung bulan 6 thn lepas lah blog ni terlahir ...
erkkk ... dilahirkan .
Maka dah setahun lah kan .

Untuk tahun ke 2 nih , akan ada perubahan .
Mungkin daripada style penulisan atau cara persembahan ...
cehhh ... skema gitu kan ...

Harapan hambo , teman - teman lebih terhibur dan rasa santai bila baca nanti yer .
Kalau nak menghayati pun leh gak .
Tak de saper marah pun .
Polis pun tak leh tangkap U ....

Jumpa lagi .....

Bonzaiku Sudah Berbunga







Keladi Dah Jadi Macam - Macam .




Jerebu , jerebu juga . 
Cerita makan tetap maintain u .
Ada tak antara teman - teman semua yang dah beli stok dapur ?
Maklum lah bila dah jerebu nih , nak kuar pun tak sihat .


Angah hambo mai daripada Bagan Datok .
Menziarahi our bonda kat sini .
Bawa buah tangan kat atas tu yang dah lama hambo tak jumpa .
Baki 2 sebab yang satu lagi hambo dah buat kolak keladi kat atas nun .
Untuk juadah berbuka .

Maka berfikirlah otak nih .
Nak buat menu apa dengan keladi nih .
Takkan semua nak buat pengat kot .


Keladi goreng nih produk ke 2 .
Makan cecah kat sambal kicap .
Yam , yam ... nasib baik tak gatal .
Heh heh heh ...


Ni cekodok keladi .
Perasa manis memang marveles lah .


Akhir sekali , terciptalah bingka keladi .
Terlupa lak nak snap yang dipotong .

Ada satu benda yang hambo nak try buat guna makhluk keladi nih .
.... ais krim keladi .
Mungkin juga kek ...
Next time kot sebab keladi dah habis .
Kena tunggu stok baru sampai .

Pastikan teman - teman sekeluarga 
sentiasa pakai mask , 
minum banyak air dan 
kurangkan aktiviti luar .

Jerebu Di Mata , Jerebu Di Hati ...





Nasi lemak tu ler lunch semalam selepas separuh hari kat Tasik Cyberjaya .
Konon nak hirup udara segar sambil beriadah selepas melalui hari - hari yang jerebu .
Tapi rupanya tak der yang berubah .
Lagi teruk adalah .



Ini keadaan semalam di tasik cyberjaya . 
Walaupun jerebu , masih ada juga family yang bawa anak - anak beriadah .
Ada gak yang buat family day di situ .



Heheheee ... try letak imej sendiri yang kurang fotogenik nih .
Inilah pertama kali expose sapa hambo ...
Malu lah ... awwww



Pagi nih bangun tidur jer dah bau asap .
Imej atas tuh yang hambo snap pagi tadi .



Ini lak imej yang diambil tengahari tadi .
Jerebu makin teruk .
Bacaan index tak tau la .
Tapi view tu dah macam nak hujan lak .
Angin pun tiup kekadang jer .

Apalah salah kami rakyat Malaysia yang dah memberi peluang warga Indon mencari rezeki di sini sehingga terpaksa melalui situasi ini .
Subhanallah ... ujian Allah sebenarnya .
Redha dan tawakkal jer la .
Mudah - mudahan kita sekeluarga sihat belaka ... aaamin .







Telur Bola Ping Pong






Apa khabar teman blogger ? 
Harap semua sihat walaupun cuaca kita tak sihat !
Ambil semua langkah berjaga - jaga demi kesihatan seluruh ahli keluarga .
Hambo kat sini , alhamdulillah jerebu ala manja - manja gitu .
Pun begitu tetap perlu minum banyak air .
Maklumlah cuaca panas kering .
Mudah sakit tekak , batuk dan deman .




Bukan main kecoh lagi bebudak nih .
Seriau gak hati hambo .
Tetiba terjah jer bilik mak usunya tunjuk telur sebiji .
Bulat bagai bola ping pong .
Suruh snap masuk kat blog .




Telur kuningnya sangat besar .
Dah namanya telur , pelik tang mana pun tetap masuk kuali nak oiii .
Si kakak nak goreng telur nih untuk si bungsu .

Bila dah siap goreng , rasanya tetap telur .
Takkan nak jadi rasa kambing lak yer ...
Heheheee




COMELNYA MEREKA ...




















Masam Yang Tak Elok Untuk Perempuan ...






Hopefully teman - teman semua sihat belaka ...
Dah macam biskut lak blog hambo nih .
 Jap ada entry , jap idak .
Nak buat camno , masa cemburu sesangat .

Hambo nih memang suka sesangat dengan teh limau .
Nak dijadikan citer , satu hari tuh selamba jer minum .
Tetiba teringat , alamak !
Nasib baik baru seteguk .
Kesannya , satu hari line clear ... huhuhuuu .

Maka teringatlah abang hambo berseloroh ;
" Kalau nak stop datang bulan , senang jer ...
makan epal hijau yang masam . "
Confirm stop !

Itu ler yang hambo cuba cerita nih .
Pompuan yang sedang datang bulan tak digalakkan makan / minum yang masam .
Nanti tak pasal - pasal trus stop jer line tu kang .
Dah nama " kotor " tu , dah tentu kena buang kasi habis .
Walau tak banyak , sikit mesti akan bagi effect kat badan .
Sebab tu Allah beri dia kuar sekali sebulan daripada badan kita .

Bila dah clear , nak makan / minum segala jenis masam pun tak per .

Harap pesanan nih berguna untuk teman - teman ya .
Mungkin ada yang dah tahu ...
Saja jer hambo bagi tau lagi ...
Heheheeee ...

Thanks , sudi baca .
Jumpa lagi ...







Gunung Yang Tak Larat Nak Diruntuhkan ...






Sedang kemalas - malasan nih . 
Rasanya , teman - teman pun camtu gak .
Lagi lah tersangat malas + letih bila baru pulang daripada perjalanan yang jauh .

Gunung kat atas tu terhasil daripada longgokan baju selama seminggu yang belum terlipat lagi .
Mamanya minta tolong bebudak nih untuk cari , lipat dan simpan baju masing - masing .
Dah namanya pun budak , lain yang mamanya suruh , lain lak yang dibuatnya .

Si mamat seorang tuh sedang elok jer pakai kaca mata boya nya .
Si kecik lak , bila nampak mak usunya pegang camera , trus jer inter frame lah .

Hambo sebenarnya sedang menonton tv 
bila mereka buat gunung tuh .
Mamanya disebelah sedang berhempas pulas 
melipat segala jenis pakaian nak bagi roboh gunung tuh .
Cuti sekolah 2 minggu .
Kerja pun ikut cuti gak ... hahahaaa

Hambo memang pemalas gila bab melipat kain / baju nih .
Hobi hambo sangkut jer .
Senang dan cepat .

Jumpa lagi dan terim kasih sudi baca ...






Hati Batu





















Jus Tomato Dan Khasiatnya ...


Apa khabar teman - teman ? 
Dah tentu sihat kan !
Kalau tidak , tak de la entry baru . 
Tapi ada gak yang tetap post entry walaupun sakit .
Itulah semangat kental blogger .


Nak Makan Pun Kena Ada Seni ...

















Tom Yam Soohon




Secara umumnya , 
agak puas hati dengan perlawanan PHG dengan JDT .
Aura TMJ tak mengecewakan .
Tapi corak permainan JDT perlu diperbaiki kalau nak rampas takhta Kelantan .

Sedih sebenarnya bila tengok corak permainan JDT yang agak kucar kacir .
1 pemain JDT lawan 3 pemain PHG .
Trick tu takkan pemain JDT tak nampak ?
Pertahanan lak , aduhai ...
Mudah sangat di bolosi PHG .

Ada gak babak kelakar bila pemain PHG terlepas bola pas tu pemain JDT pun terlepas gak .
Macam dah kena badi lak ... 
salute lah kat pemain JDT Norshahrul yang pandai gelecek bola kat sebelah garisan sehingga membawa kepada tendangan sudut ...  
Memang itu kepakarannya aka hobinya , 
bila dapat bola , lagu tuh la dibuatnya ...
Hahahahaaa ...

Walaupun aggregate 2 sama , tapi kelebihan memihak kepada JDT .
Sebab tuh para pemain bermain sambil  lewa selepas JDT dapat 1 gol .
Kecewa sikit bila Safei Sali masih tak dapat tunjuk taringnya ...
Okehhh ...

Hidangan tu terhasil bila sup ayam dan nasi himpit makan malam masih berbaki .
Macam biasa , buat resepi sendiri .


Panaskan kuali , masukkan sikit minyak .
Masukkan bawang putih yg ditumbuk halus .
Tumis hingga kekuningan .
Masukkan 1 sudu cili boh , tumis hingga naik minyak .
Masukkan sup ayam dan sedikit air asam jawa , biarkan mendidih .

Bila mendidih , masukkan ayam , carrot , cendawan , 
tomato , cili padi ketuk dan bawang besar .
Bila ayam dah masak , masukkan soo hoon dan sotong . 
Bila soo hoon dah agak kembang , tutup api .
Sotong tak boleh masak lama , nanti liat .

Masukkan nasi himpit , tuangkan kuah sup dan isinya keatasnya .
Taburkan hirisan timun dan tomato aka ikut suka hati ler .

Tak tau apa nama masakan nih .
Yang pasti bukan tom yam ya sebab tak de serai .
Tapi sup ni masam dan pedas .
Apa - apa jer la .
Janji taste hambo ...
Hahahaaa ...







Kerabu Soohon Berkacang





Sambil dok menunggu game bola sepak antara JDT dan Pahang , sempat lah edit entry nih sikit .
Juadah kat atas tu terhasil bila semua bahan campuran ada dalam peti sejuk .
Dah lama benarnya pasang niat nak buat menatang nih yang macam Japchee Korea tuh .
Kalau salah nama tuh , maafkan aja lah yer ...
Heheheee ...