Bila Hujung Minggu


Assalamualaikum ...

Ni lah aktiviti anak buah hambo setiap hujung minggu .
Si abang sedang khusyuk menabur nasi baki makan malam .
Si adik mahu pergi ke tadika sebab ada latihan futsal .
Kalau masa tu ada roti , confirm habis satu packet di tabur kat jalan nun .


Burung merpati nih hanya ada sebelah kaki .
Hambo pun tak perasan kalau anak buah tak cakap .


Ada 4 ekor burung tiong .
Burung tiong nih kena fight dengan merpati kalau nak makan .
Kekadang burung merpati nih sporting , kekadang lak mematuk burung lain yang join makan .


Tu burung gagak .
Hah ! dahsyat tak ?
Burung gagak pun mai mintak makan .
Tu la kalau hutan dah jadi batu . 
Sian mereka dah tak de habitat .


Makanan dah habis , jom kita pi rumah sebelah lak .
Kita tengok apa makanan yang ada .
Tak kenyang la weh kongsi makan dengan korang .


Tempat biasa merpati melepak .
Kekadang tu sampai 20 ekor .
Sesapa yang nak berdiri kat bawah tu , rajin - rajinlah mendongak ke atas ya .
Kalau tak , dapat hadiah special lak nanti .
Heh heh heh ...


Semoga hari yang ceria nih telah menceriakan  hari teman - teman .
Angin sepoi - sepoi bahasa nyaman menerjah .
Melepak di porch sambil menikmati keindahan alam .
Sangat indah rasanya ...




1 Sila komen:

  1. Memberi burung makan Vee bayangkan kalau setiap kali burung itu mematuk pahala, kiralah berapa ganjaran yg anak buah dapat. Burung pun tahu siapa dan dimana dia boleh dapat makan.

    Pasti Allah murahkan rezeki anak-anak buah Vee juga

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...